Tag Archives: cinta

Si Nyonya, aku & lif – part 2

Selamat Pagiiiii!!

Ssaya nak sambung kisah lif lagi, tapi bukan berkenaan dengan nyonya tu, tapi berkenaan dengan “budaya naik lif” di Malaysia ini…

Saya tinggal di pangsapuri.. Tingkat 12.. Ada 4 lif untuk kami gunakan, tapi masih tidak mencukupi untuk menampung semua orang di kawasan perumahan tersebut.  Saya dapati, di mana-mana sahaja, “budaya naik lif” adalah seperti berikut:-

1)  Tidak tahu beratur

2)  Berasak-asak dan berebut-rebut masuk ke lif, sedangkan orang yang di dalam lif itu belum lagi keluar

3)  Sangat selfish, apabila sudah masuk ke lif, tidak mahu menolong untuk menekan butang buka bagi membolehkan orang lain masuk.

4)  Tidak mahu masuk ke bahagian belakang, suka berdiri di hadapan pintu lif, sedangkan ada banyak lagi ruang untuk orang lain masuk

5)  Masih ingin berebut-rebut naik lif, sedangkan pejabat di tingkat satu.. Haiyaaaaa.. Satu tingkat saja maaa, peluh pun belum sempat keluar!!!

6)  Suka menconteng dinding atau pintu lif dengan kata-kata lucah & menampal segala bentuk iklan di dalam lif..

7)  Memasukkan sampah ke dalam lif, dan tekan butang ke bawah, dengan harapan ada orang yang akan mengeluar dan membuang sampah itu untuk mereka.. Memang biadap, lif jadi kotor dan sangat busuk!

8) Tidak memberi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti warga tua dan orang yang mengandung, yang penting, mereka dapat naik dahulu

9)  Seperti si nyonya di bangunan saya ini, cepat2 menekan butang tutup supaya orang lain tidak dapat naik, padahal dia nampak orang itu berlari2 untuk naik lif (saya dah kena 4 kali)…

10)  Bawa motor naik ke rumah, menyebabkan lif selalu jem dan rosak.  Ini cerita betul ya.. Waktu saya menyewa di Lembah Subang, motor kerap di bawa naik ke rumah, menyebabkan lif jem & rosak.. Kerosakan kerap berlaku, hingga akhirnya pihak berwajib tidak mahu membetulkannya lagi.  Mujur saya tinggal di tingkat 5 sahaja.  namun, berlaku satu perkara yang amat menyayat, seorang warga tua yang meninggal di tingkat 12 terpaksa diusung dengan menggunakan tangga.. bayangkanlah…. Disebabkan kesalahan dan keangkuhan sesetengah pihak, orang lain yang mendapat kesusahannya…

Ok, itulah sedikit sebanyak pemerhatian saya dengan “budaya naik lif” di Malaysia ni.. Memang menyedihkan.. Di kala lagu “budi bahasa budaya kita” dinyanyikan, masih ada lagi yang tidak ambil kisah… Memang naik lif hanya seketika, tapi kalau hari2 berhadapan dengan orang2 yang tak reti bahasa ni, memag boleh bikin hati gua panassssss jer.. heeheheh

Saya harap kita semua dapat berubah menjadi orang yang lebih baik.. Lif  disediakan untuk kegunaan semua orang, ia bukan milik peribadi.. Semua orang membayar untuk penyelenggaraan lif tersebut.. Jadi, sama2lah menjaga kebersihan lif, dan jadilah orang yang berhemah ketika menggunakan lif.. Kalau lif rosak, kitaaaaaaa juga yang susah!!  Renung2kan.. 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

main dengan nyonya,cerita lucah cina,main dengan nyonya tua,Cerita kongkek,cerita lucah nyonya,Main dgn nyonya tua,main dengan nyonya cina,main dgn nyonya,nyonya bb part 2,kongkek nyonya,main dgn nyonya cina,ceritalucahcina,main dengan nyonya cina tua,nyonya bb,cerita main nyonya,kongkek cina,cerita seks nyonya,cerpen lucah

Haruskah saya belajar bahasa Indonesia..??

Salam semuaaaa!!

Hari ni dah hari Jumaat!! Cepat benar masa berlalu.. Dah nak penghujung bulan Julai pun, dan nanti, tiba2 sahaja dah bulan Disember.. heheheh

Urm, saya sebenarnya banyak mendapat email2 dari seberang, dari Indonesia.  Mereka bertanyakan masalah2 cinta mereka melalui email.. Seronok juga bila mengetahui ada pembaca-pembaca yang mengikuti perkembangan saya dari Indonesia, namun, saya rasa sedikit kecewa kerana saya tidak dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.  Email2 yang diberikan, ditulis dalam bahasa Indonesia, jadi memang saya ngak faham dong..

Saya tidak mahu menghampakan harapan dan pertolongan yang diminta oleh rakan-rakan kita ini.. Apa yang saya buat setakat ini ialah, menghantar email kepada mereka, beritahu yang saya ini orang Malaysia, tulis dalam bahasa paling mudah tentang apa yang saya faham tentang email mereka.  Seterusnya, saya beritahu yang seandainya bukan itu yang mereka mahukan, saya nasihatkan agar mereka menulis dalam  bahasa Inggeris pula..

Saya harap, pembaca2 dan pengikut2 blog saya dari Indonesia tidak  berkecil hati, bukan tujuan saya mengecil2kan bahasa anda, sejujurnya, saya memang tidak faham, tetapi saya amat berbangga dan berbesar hati kerana anda semua mengikuti dan menghargai karya saya.. Bukan mudah untuk mendapat perhatian dari orang-orang luar.. Terima kasih untuk pembaca-pembaca saya di Indonesiaaaaa!!

Hurmmmmm… mungkin saya perlu belajar bahasa Indonesia 🙂  Apa pendapat anda??

Komen pertama dari pembeli pertama ebook Panduan Cinta Lelaki…!

Salam semua…

Diharap hari ini anda semua sihat-sihat dan bersedia untuk mula bekerja esok! 🙂

Hari ini, saya amat teruja untuk berkongsi pandangan dan komen pertama dari pembeli pertama ebook panduan cinta lelaki ini:-

“Bagi saya, ebook PanduanCintaLelaki ni amat berguna sangat untuk kaum2 lelaki yg masih single di luar sana seperti saya..hehe.
Banyak yang saya dapat pelajari dari ebook ini, seperti menjaga penampilan, keyakinan diri, berjimat cermat.
Saya pasti banyak lagi yang akan saya pelajari dalam ebook ini yang dapat menolong saya dalam hal cinta ni.
Saya juga suka cara Kak Ayu menulis ebook ini iaitu dengan secara santai lalu senang dan fun untuk sesiapa yang membacanya.”

Aduhai, lapang dada dan gembira sungguh saya mendapat komen dan pandangan dari adik kita ini.. Saya mendoakan beliau mendapat kejayaan dan keberkatan dalam hidup dan cintanya kelak.. Aminnnn…

Buat anda di luar sana yang masih ragu-ragu untuk membeli, saya sudah berikan buktinya di sini, bahawa e-book ini pasti memberikan anda panduan dan tips-tips yang berguna untuk menjadi lelaki yang terbaik, memang wang yang anda laburkan untuk ebook ini berbaloi untuk sepanjang hayat!!

Jadi, tunggu apa lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ebook panduan cinta lelaki di sini – www.panduancintalelaki.com

“Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak…”

Salam..

Dah sarapan?  Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis sekali lagi untuk anda semua…

Semalam saya ada menyaksikan sebuah rancangan TV, namun maaf, saya betul2 lupa tajuknya.. Ia adalah sebuah rancangan kecantikan.  Kisah yang dipaparkan adalah kisah sebenar yang berlaku pada seorang wanita bernama Siti.. Beliau adalah seorang guru dalam awal 40-an, namun kelihatan lebih tua dari usianya.  Pernah terjadi, rakan suaminya menyangka dia “makcik” kepada si suami.. Pada suatu hari, Siti dan suaminya terserempak dengan rakan lama Siti di sebuah pusat membeli belah.  Rakan lamanya itu masih cantik, “bergetah” dan “stylo”.  Suami Siti memandang si rakan tadi tanpa jemu sambil tersenyum2.. Rakan Siti yang bernama Adawiyah itu sempat memberikan name cardnya sebelum meneruskan perjalanan.  Sebaik sahaja Adawiyah meninggalkan mereka, suami Siti terus bertanya “Siapa tu?”.  “Oh, itu Adawiyah, kawan saya masa di Universiti dulu..”, jawab Siti.  “Rakan seuniversiti?  Maknanya dia sebayalah dengan awak?”, suami Siti bertanya lagi.  “Ya, sebayalah..”.  “Hmmmm, tapi kenapa awak nampak lebih tua, macam makcik?” tanya suaminya lagi.. Siti terdiam, dia rasa kecil hati dengan kata-kata suaminya.  Suami Siti terus meminta name card Adawiyah, dengan alasan dia mahu buat urusan perniagaan dengannya.  Di dalam kereta mereka bergaduh sehinggakan suami Siti berkata “Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak, awak ubahlah cara pakaian, cari produk perawatan muka yang bagus sehingga awak jadik cantik macam Adawiyah tu!!… “

Aduh, saya rasa sedih da kesal dengan kata2 yang terpacul dari mulut si suami…  Adakah kasih sayang dan cintanya pudar hanya semata-mata kerana kecantikan Siti sudah mulai hilang?? Adakah dia sayang dan cinta kepada Siti hanya kerana paras rupanya?  Adakah kedut2 dan garis2 halus di wajah itu alasan untuk dia cari yang lain?  Adakah dia terfikir perkara-perkara lain yang dilakukan dan dikorbankan oleh Siti untuknya dalam perkahwinan itu?  Alahai… Sedihnya saya memikirkan persoalan2 ini…

Saudara, itulah akibatnya kalau anda jatuh cinta kerana wajah.. saya percaya, Siti seorang gadis yang cantik semasa mudanya, kalau tidak, masakan si suami jatuh cinta padanya.. Cuma dek kerana tuntutan kerjaya, tuntutan keluarga, menjaga anak2 dan sebagainya, Siti tidak punya masa lagi untuk menguruskan dirinya seperti dahulu… Di sinilah kesilapan Siti.. Dia lupa si suami mahu dia menjadi “gadis cantik yang mencuri hatinya seperti 20  tahun dahulu setiap hari”… Dia lupa bahawa si suami mahu dia cantik bergaya, dengan wajah yang gebu dan tegang setiap hari.. Dia lupa wajahnya asset pertama yang mencuri hati suaminya.. Ya, dia lupa kerana dia fikirkan wajah bukan kayu pengukur cinta suaminya, tapi dia silap, dan begitu juga kita, para ibu-ibu, wanita-wanita yang bekerjaya…  Kita sebagai wanita ada banyak tuntutan dalam kehidupan, dan salah satu darinya ialah untuk kelihatan jelita dan cantik sepanjang masa.. Ada yang mengabaikan untuk tampil cantik dan jelita kerana menyangka “alah, suami aku tak kisah…..” Jangan begitu puan2, dah ada bukti bahawa suami akan cari lain kalau kita tak pandai jaga kecantikan.. Jadi, mulai hari ini, kita kenalah ubah semuanya, cara berpakaian, jaga badan, jaga wajah dan segala-galanya agar kita jadi wanita super dalam hati si suami.. Jangan nanti, dek kerana pakaian, rupa paras dan badan, suami cari alasan nak pasang lain macam suami Siti…

Buat para suami, kalau anda inginkan isteri-isteri anda sentiasa cantik, bergaya hebat dan mantap, rajin2lah belikan produk kecantikan, pakaian, alat-alat makeup dan pelansingan badan.. Jangan pandai komen saja, tapi tak buat apa2.. Kesianlah kat isteri yang bekerja siang malam di opis dan di rumah.. Berilah dorongan dan semangat kepada isteri, bukan komen yang kritikan yang membinasakan…

Berbalik kepada Siti tadi.. Siti kemudiannya nekad, mencari jalan penyelesaian bagi merawat wajahnya, dia kemudiannya pergi ke salah sebuah pusat rawatan kecantikan muka dan setelah hampir 3 bulan, dia kelihatan seakan-akan seorang wanita lewat 20-an.. Suaminya pula, sudah tidak malu lagi berjalan berpimpin tangan dengannya, dan tidak malu lagi memperkenalkannya kepada rakan-rakan lain. Pandai pulak, dah cantik baru nak tunjuk2, peluk2 isteri depan orang ramai, huh!!

Saudara, kalau anda rasa isteri ada kekurangan, begitu juga dengan anda.. Tapi isteri biasaya berdiam diri, kerana mereka menerima anda seadanya.. Walaupun perut anda maju kehadapan dan bersaiz lebih daripada 35, mereka tetapppppppppp sayang.. Kalaupun rambut dah boleh dikira dengan jari, si isteri masih cintaaaaaaakan anda!  So, kita harus saling ingat-mengingatkan antara suami dan isteri, sokong & beri semangat kepada each other, jangan pasal rupa, anda cari alasan untuk pasang yang lain!

Nak tau apa lagi ciri-ciri lelaki idaman wanita, jangan lupa beli ebook saya di www.panduancintalelaki.com! 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa supaya suami ingat isteri,doa agar suami sentiasa ingat isteri

Dompet usang & cinta…

 Salam semua…

Apa khabar anda hari ini?  Diharapkan anda semua sihat sejahtera dan ceria2 selalu..

 

Saudara/Saudari,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah cerita yang pernah saya baca, yang membuatkan saya rasa amat terharu dan yakin bahawa cinta itu memang Allah jadikan untuk semua makhluk.. Jodoh untuk kita memang ada, cuma masa sahaja yang belum sampai lagi…

 

Ceritanya lebih kurang begini:-

 

Aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tiba-tiba dia tersepak sebuah dompet usang berwarna hitam.  Pada mulanya, aku mahu terus berjalan pulang, apatah lagi gerimis sudah mula menjamah bumi, namun hatiku memaksa aku mengangkat dan membuka dompet usang itu.

 

Cuma ada RM2 di dalam dompet itu, dan kad pengenalan seorang lelaki tua.  Di dalammnya juga terdapat kad nama sebuah pusat penjagaan orang-orang tua.  Ku belek lagi dompet tersebut, dank u lihat ada sekeping surat yang sudah usang.  Perlahan-lahan dan dengan cermat ku buka surat tersebut, kerana aku khuatir jari-jariku akan mengoyakkan kertas yang sudah rapuh itu

Di dalamnya, dengan tulisan tangan yang cukup kemas dan cantik, tertulis kata2 ini…

 

 Abang,  

 Mah terpaksa pergi meninggalkanmu kerana ibu bapamu tidak merestui perhubungan kita ini.  Mah sedar, Mah tidak layak untukmu kerana darjat kita yang berbeza.. Namun, hati, jiwa, cinta dan kasih sayang Mah, semuanya hanya untuk abang.. Tidak akan ada orang lain yang mampu mengambilnya dari Mah…

 

Oppsss.. anda nak baca cerita penuh?  Sila subsribe pada newletter saya, dan anda akan dapat cerita ini secara bersiri!!

 

Daftar sekarang yer, jangan biarkan cerita ini bermain2 di fikiran anda tanpa mengetahui apa yang terjadi sebenarnya!!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

karangan tindakan terjumpa dompet,contoh karangan tindakan terjumpa dompet