Monthly Archives: August 2009

Apa gunanya anugerah bila dah mati??

Assallammualaikum..

Apa khabar anda semua? Maaf sebab dah lama tak update pos, saya agak sibuk sekarang nih..

Saya terpanggil untuk menulis mengenai “anugerah” yang diberikan kepada seniman2 kita yang telah meninggal dunia ini.. Ya, anugerah seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.. Saya tidak mahu menyebut nama alahyarham2 dan mendiang2 yang telah meninggalkan kita, tidak mahu menjadikan blog ini kontroversi atau dibenci sesetengah pihak.. hehehh… Saya akan nyatakan secara umum, secara global sahaja..

Mungkin, bagi sesetengah pihak, darjah kebesaran patut diberikan kepada seniman2 ini kerana mereka banyak berjasa pada dunia seni tanahair.. Lantas, gelaran Datuk, Tan Sri diberikan kepada mereka.. Namun, pada saya, persoalannnya, kenapa tidak diberikan kepada seniman2 dan seniwati2 yang masih hidup, yang masih memberikan sumbangan dalam bidang seni ini? Ramai pelakon2 lama, dan penyanyi2 lama yang banyak menabur bakti kepada dunia seni dan perfileman tanahair, namun tidak dipandang atau mungkin dilupakan sahaja..

Owh, mungkin saya ini buta seni, buta tentang filem, buta dalam menilai siapa yang terbaik untuk diberikan penghargaan, tapi saya masih diberikan akal fikiran untuk berfikir..

Saya lihat, kalaupun ada pangkat yang diberikan kepada artis2 yang masih hidup, anugerah demi anugarah diberikan kepada penyanyi yang sama, seolah2 dia sahaja yang terbaik, padahal saya lihat kemampuannya sebagai penyanyi, hanya biasa2 sahaja, tidak ada apa sangat yang boleh dibanggakan..

Mungkin trend di Malaysia, atau di mana2 sahaja, seseorang hanya akan disanjung, dipuja, diberikan pangkat & penghormatan, apabila sudah meninggal dunia.. Mungkin sudah tiba masanya kita menghargai mereka yang masih hidup, yang masih boleh berbangga dengan pangkat dan anugerah yang diberikan, yang masih boleh mengucapkan terima kasih secara lisan ketika menerima pangkat atau anugarah itu.. Saya yakin, ramai seniwati dan seniman yang mendambai pangkat dan anugerah atas segala bakti dan pengalaman mereka dalam bidang sni ini.. Namun, mungkin selepas mereka “pergi” tak kembali, barulah kepala kita seakan “diketuk” untuk menyedari yang mereka banyak memberi sumbangan..

Satu lagi yang membuat saya terkilan, bila anugerah Datuk diberikan kepada seorang pelakon Bollywood, yang hanya menari2 seketika, dan menuturkan beberapa rangkap dialog di Bandaraya Bersejarah kita.. Alasannya, dia secara tak langsung mempromosikan negara kita dalam ceritanya.. Aduh, malu pulak nak mengaku saya anak jati negeri tersebut..

Maaflah, mungkin post kali ini agak melalut, saya cuma ingin menyampaikan apa yang terbuku di hati, sebab rasa kesal bila melihat pangkat dan anugerah diberikan pada orang yang telah tiada, sedangkan yang masih bernyawa tidak dipertimbangkan untuk menerima penghargaan tersebut..

Ok, sampai sini dulu, kita bertemu lagi di lain kali, dan harap waktu itu, otak saya dah boleh berfungsi dengan betul untuk memberikan post2 yang lebih menarik.. heheheheh..

He caught me at Hello….

Assallammualaikum…

Hari ini 12.08.09, pada anda mungkin ini hari biasa, tapi ada kenangan buat saya pada tarikh ini..

Tanggal 12.08.07, saya mendapat panggilan pertama dari suami, yang pada masa itu dalam proses mengurat saya.. ahaksss…

Saya dan suami berkenalan melalui email.. Kebetulan, pada masa itu, ada kerja kosong di ofis saya. Saya kemudiannya menghantar email mengenai kerja tersebut kepada adik angkat saya. Kebetulan, adik angkat saya itu, Firdaus, adalah rakan baik suami saya. Maka, email itu pun diforwardkan oleh adik angkat saya kepadanya.. Kemudian, dia menghantar email kepada saya, bertanyakan tentang kerja tersebut.. Mulai tarikh itu, 17.01.07, kami bertukar2 email setiap hari.. 🙂

Aktiviti bertukar2 email jenaka itu kemudiannya menjurus kepada mengenali diri masing2.. Dari bulan Januari, suami yang pada masa itu masih kawan, terus berbalas-balas email dengan saya hinggalah 18.06.07. Pada tarikh itu, saya demam panas, dan diberikan MC selama 4 hari. Menyedari saya tidak membalas emailnya seperti kelaziman, dia menghantar sms pertama kepada saya pada tarikh tersebut.. Pada mulanya,dia tidak memberitahu namanya, tapi naluri wanita saya mengatakan, itu dia.. Jangkaan saya memang tepat, kerana adik angkat saya mengesahkan itu nombor hpnya! hahahah…

Kemudian, dari tarikh 18.06.07 itu, kami terus berbalas-balas sms pula, namun suami masih belum menghubungi saya melaui telefon.. Pada waktu itu, saya tau saya sudah jatuh cinta padanya, walaupun saya belum pernah melihat wajah atau suaranya, saya jatuh cinta pada jenaka2 dan kata2nya yang dikirim melalui email dan sms.. Saya yakin dia lelaki yang sangat loving, caring & prihatin..

Seterusnya, pada 12.08.07, dia menelefon saya untuk kali pertama.. Aduh, berdebar2 dada takala melihat nombor hpnya terpapar di skrin hp.. And yes, when I picked up the phone to answer, he did caught me at hello… 😉

Kisah cinta kami bermula dengan “hello”.. Kali pertama memang agak kekok, kerana selama ini kami hanya berkomunikasi melalui sms & email, tapi kali ini kami mendengar suara, mendengar tawa.. Sukar saya gambarkan perasaan itu..

Berikutan dari panggilan itu, kami kemudiannya bertemu buat kali pertama pada 25.08.07 di KL Central.. heheheh.. Ya, KL Central, memang tempat bertemu dan berpisah, tapi di KL Central lah cinta kami berputik untuk kali pertama..

Pertemuan itu ternyata permulaan pada detik2 indah percintaan hinggalah kami berumahtangga.. Suami datang bertemu keluarga saya pada 28.10.07 & 03.11.07, dan kemudian saya pula ke Perlis, kampung beliau pada 30.11.07. Apa yang melucukan, emak suami terus mahu datang meminang saya pada minggu hadapannya! hahahah.. Kalut juga, nasib baik suami dapat memujuk untuk membuat persiapan sewajarnya.. pada 29.12.07, keluarga suami datang merisik, dan sekaligus menghantar tanda & kami bertunang.. Pada 15.03.08, tarikh perkahwinan ditetapkan, dan Alhamdulillah, kami dinikahkan pada 31.05.08..

Saya jatuh cinta pada suami tanpa mengenal rupa, tanpa mendengar suara.. Saya jatuh cinta padanya lewat kiriman2 email & smsnya kepada saya.. Siapa kata cinta yang lahir melalui teknologi cyber dan telekomunikasi ini tidak boleh berjaya?? Saya dan suami adalah buktinya!!!

Kini, setelah 2 tahun bersama2, cinta kami masih seperti dulu.. Dia masih lelaki yang saya kenali melalui sms & email, masih menghantar email & sms cinta kepada saya walaupun jarak ofis kami hanya 5 minit berjalan kaki.. Dan hari ini, dia menghantar sebuah puisi indah sempena mengingati hari ini.. Puisi itu menusuk hati saya, membuat saya dilanda keharuan & pastinya saya merasakan keikhlasannya cintanya dalam puisi itu.. Ini puisi yang dihantarnya:-

I asked God for a flower, He gave me a bouquet
I asked God for a minute, He gave me day
I asked God for true love, He gave me that too
I asked for an angel, He gave me YOU

Yes, my love you are the best
And to this I can attest
I married the right one, I feel
Because our marriage is ideal

Ya Allah, moga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat..

Yes, he caught me at hello yesterday, today and he will always caught me with his love..

Awek cun, duit dan cinta…

Assallamualaikum!

Hello semuaaaaaaaaa!!  Semoga semua sihat2 dan ceria hendaknya..

Saya terbaca keluhan seorang lelaki di dalam sebuah forum.. Dia meluahkan rasa bengang dan kesal kerana ditipu seorang awek cun yang putih dan gebu, yang pastinya cantik dan lawa.. Di awal perkenalan, si awek cun ini mengatakan dia masih solo. Maka lelaki ini pun, mulalah cucuk jarum dan ajak si awek cun ini keluar.. Duitnya habis hampir RM200 untuk belanja perempuan itu makan, berjalan-jalan dan menonton wayang.. Selepas itu, bila dia menghubungi awek cun itu melalui hp, awek itu acuh tak acuh menjawap panggilannya, dan mengatakan dia bengang dengan lelaki itu, dan terus mengatakan dia sudah bertunanggggg! Apa lagi, marah gila la lelaki itu kerana di tipu, dan terus dicop awek cun tadi sebagai pengikis, dan suruh semua orang berhati-hati dengan awek cun!

Ya, mungkin anda semua pernah terdengar atau menonton cerita ini di kaca tv.. Apabila terjadi perkara ini, selalunya yang dipersalahkan, ialah kaum wanita.. Disebakan seorang wanita, habis semua di cop sebagai pengikis..

Ini adalah komen saya di dalam forum terhadap luahan perasaan lelaki tersebut. Semoga komen saya ini menjadi panduan kepada anda semua:-

Salam saudara,

Sebagai penulis Panduan Cinta Lelaki, saya terpanggil untuk memberi komen di sini, anggap komen saya sebagai nasihat dan pandangan ikhlas ye, bukan nak memburukkan keadaan..

Yang pertama, masa saudara belanja dia hampir RM200 tu, adakah dia yang minta, atau saudara sendiri yang sukarela berbelanja? Kalau saudara sendiri yang sukarela, maka tak bolehlah labelkan dia sebagai pengikis, kerana saudara sendiri yang keluarkan duit tanpa dipaksa…..

Yang kedua, dah berapa lama saudara kenal dengan dia sebelum mamat buat keputusan nak sunting dia sebagai isteri? Dekat mana saudara kenal dengan si dia tu? Orang perempuan memang takut nak terima kalau setakat keluar sekali dua, dah bercakap pasal kahwin, sebab kahwin ni soal komitmen untuk jangka masa panjang.. Kena kenal hati budi masing2 sebelum ambil keputusan nak kawin, sebab kawin bukan macam couple, bukan boleh suka2 break jer.. Kahwin ni datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak, perkahwinan perlukan keserasian dan cinta yang ikhlas dari kedua-dua belah pihak…

Yang ketiga, masa dia cakap dia bengang dengan saudara, ada saduara tanya kenapa? Tak kan lah dia tiba-tiba je bengang dengan suadara tanpa alasan yang kukuh, kan? Ada tak saudara siasat dengan terperinci?

Yang keempat, pernah tengok tak cerita Halimah Jongang di ASTRO? Dalam cerita tu, ada seorang awek cantik nih, Esah namanya, dia dipikat seorang pemuda bernama Ali. Ali tu kaya, ada kandang kambing. Emak Ali memang tak suka, sebab tahu Esah tu cuma nak pada duit All, tapi Ali kata, cinta dia ikhlas – lantas emak dia tanya, “Macam mana Ali tau cinta Ali ikhlas? Esah cintakan Ali sebab duit Ali yang banyak tu, dan Ali pulak sukakan Esah sebab Esah cantik.. Ikhlas ke namanya tu?”. Cuba aplikasikan cerita ni dengan keadaan saudara sekarang..

Yang kelima, hadis nabi pun ada menyatakan – “Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim).. Renung-renungkanlah..

Yang keenam, kita semua ada kekurangan, maka janganlah meletakkan kesalahan di bahu orang lain bila terjadi sesuatu kegagalan dalam perhubungan.. Ada hikmah di sebalik kejadian, dan mungkin ini salah satu cara Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya untuk saudara lebih berhati-hati dalam memilih pasangan di masa akan datang…

Ok, saya rasa cukup nasihat saya, harap saudara jangan berkecil hati, ini nasihat yang tulus dari hati saya.. saya doakan saudara bertemu dengan seorang gadis yang beriman, berilmu & beramal soleh.. Amin

Saya tidak berniat untuk mengaibkan mana2 pihak, cuma kadang-kala dalam keghairahan mencari teman wanita yang cantik, seksi, dan lawa, kita terlupa yang itu bukan jaminan kebahagiaan.. Bila ditipu, ditinggalkan, kita menyalahkan perempuan itu.. Ingatlah, wajah yang cantik hanyalah bonus, yang menjamin kebahagiaan ialah keikhlasan dan cinta yang datang semata2 kerana Allah.. Renung2kan.. 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cerita awek cun,awek solo,Awek chubby

Ebook Panduan Cinta Lelaki kini dalam bentuk naskah!!

Assallammualaikum..
Apa khabar semua? Pasti ramai yang berpuasa hari ini bersempena dengan Nifsu Syaaban.. Alhamdulillah, semoga Allah melimpahi semua umat Islam dengan keberkatan dan rahmatNya yang tidak terhingga..

Hari ini, saya ingin mengumumkan bahasa ebook panduan cinta lelaki kini boleh didapati dalam bentuk naskah! Ya, dalam bentuk naskah yang bermakna anda boleh pegang dengan tangan, bawa tidur, bawa ke ofis atau baca dalam LRT, komuter @ bas!

Saya sebenarnya ada terfikir untuk membuat ebook ini dalam bentuk naskah, cuma saya mahu lihat dahulu sambutannya. Setakat ini sudah ada lebih kurang 10 orang yang bertanya dan membuat permintaan supaya ebook panduan cinta lelaki ini dijilidkan.

Kepada sesiapa yang berminat, harga ebook ini masih sama jika dibeli dalam bentuk naskah, tetapi, bayaran tambahan sebanyak RM5.00 dikenakan untuk yuran pos. Saya akan menggunakan khidmat pos berdaftar dari Pos Malaysia. Pembayaran boleh dilakukan melalui link www.panduancintalelaki.com. Tetapi, apabila anda menghantar email untuk bukti pembelian, sila masukkan RM30.00, dan nyatakan yang anda ingin ebook tersebut dalam bentuk naskah…

Di sini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti gambar di dalam ebook naskah itu tidak akan jadi secantik atau sewarna-warni seperti dalam ebook, kerana saya tidak dapat menggunakan cetakan berwarna. namun, saya akan cuba sedaya upaya memberikan cetakan yang paling berkualiti untuk anda semua! Apa-apapun, ilmu yang anda perolehi dari ebook dalam bentuk naskah itu tidakkurang sedikitpun dari yang diperolehi secara online.. 🙂

Untuk apa2 pertanyaan, sila hubungi saya di contact form di blog saya ini ya..

Salam sayang untuk semua!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

senarai bahan membuat batik,senarai bahan untuk membuat batik,senarai bahan batik

Beza “tak tau nak makan apa” dengan “tak ada apa nak makan”..

Assallammualaikum…
Sekejap saja kita dah melangkah masuk ke bulan Ogos.. memang cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya senarai resolusi tahun baru pun masih belum tertunai.. heheheh..

Hurm.. malam nih nak makan apa yer? Lazimnya, suami kesayangan saya akan menelefon setiap hari dari ofis, dalam pukul 5, dan salah seorang akan bertanya “Nak makan apa malam ni?”, dan sama ada saya atau suami akan menjawab “Ntah, tak tau nak makan apa…”.. Kemudian masing2 akan terdiam sejenak, dan kemudian menyambung, “tak apalah, nanti dalam perjalanan balik kita fikirkan”..

Satu hari, saya dan suami menonton rancangan “Bersamamu” di TV3.. saya tak ingat slot apa, tapi ada satu ayat yang mencengkam hati dan lubuk sanubari saya bila ibu yang kehidupannya sangat daif itu berkata “saya tak ada apa-apa nak bagi anak2 saya makan.. kadang2 kami tidur kelaparan..” Astagfirullah… di kala saya sibuk2 memikirkan nak makan apa, sampaikan tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan, ada orang yang TAK ADA APA2 NAK MAKAN..

Apabila krew bersamamu bertanya kepada si anak, kalau ada duit, apa makanan yang adik nakkkkk sangat makan? KFC ke, McDonald ke, Pizza Hut ker? Dengan linangan air mata, dia menjawab “Saya nak makan mee sup”.. Aduh, berlinang air mata saya mendengar jawapan itu.. Bayangkanlah, mee sup itu makanan harian kita, namun ada yang tak pernah langsung menjamah mee sup seumur hidup mereka!

Aduh.. kerdilnya saya rasa ketika itu.. Saya terus merasakan betapa banyaknya rezeki yang Allah beri pada saya dan suami, rezeki dalam bentuk makanan yang lazat & sihat dan juga dalam bentuk wang ringgit.. Betapa beruntungnya saya ada rumah yang elok untuk berteduh, untuk tidur, solat dan berehat2, sedangkan ada orang yang tidur berbumbungkan langit & beralaskan tanah.. Subahannallah.. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tidak terperi ini..

Ada kala mungkin kita terlalu melihat kepada kekayaan orang lain, dan merasakan diri kita susah.. Dan mungkin kita selalu mengatakan “tak ada duit” sedangakan ayat yag sepatutnya ialah “tak cukup duit…” Saya rasa insaf dan rasa sangatttttt bersyukur dengan apa yang ada..

Marilah kawan2 semua, kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.. Janganlah tinggal solat, bezikir & membaca Al Quran, dan juga besedekah, kerana dalam setiap ringgit yang kita perolehi, ada hak2 orang miskin di dalamnya.. Semoga selepas ini kita tidak lagi merungut2 jika makanan yang dimakan tidak enak, kerana sekurang2nya kita ada duit untuk membeli makanan, dan janganlah membazir makanan yang ada, kerana ada orang dan anak2 kecil yang kebuluran dan kelaparan di luar sana..

Hanya secebis peringatan buat anda dan saya yang selalu terlupa..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

nak makan apa malam ni,nak makan apa hari ini,nak makan apa malam ini