Assallammualaikum,
Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat berkongsi lagi 3 fadilat dari Asmaul Husna yang sangat indah ini.
Ya Ghaffar bermakna Maha Pengampun. Allah itu suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan hambaNya yang dikehendaki. Jadikanlah Ya Ghaffar sebagai zikir harian, Insya-Allah, segala dosa2nya akan diampunkan. Seterusnya, sesiapa yang membaca Ya Ghaffar sebanyak 100 kali setelah usai solat Jumaat, Insya-Allah, Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.
Ya Qahhar membawa maksud Maha Menguasai. Amalkan membaca Ya Qahhar sebanyak 306 kali sehari semalam, dengan izin Yang Maha Esa, orang itu akan terhapus dari perasaan cintakan dunia & kehebatan sesuatu selain dari Allah s.w.t dan Allah akan membantunya menghadapi musuh2nya. Seandainya anda berhajat dengan untuk mendapatkan sesuatu, bacalah ya Qahhar sebanyak 100kali dan kemudaia berdoalah dengan menadah tangan dan mengangkat kepalanya serta berdoa dengan bersungguh2, Insya-Allah akan dikabulkan doa tersebut.
Allah itu Maha Pemberi, itulah maksud Ya Wahhab. Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali atau lebih setiap hari selepas mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, anda akan dikurniakan kekayaan, kehebatan & kebesaran.
Bersama-samalah kita mengamalkan Asmaul Husna ini dengan penuh istiqamah & keyakinan, Allah Maha Melihat & Mendengar, Insya-Allah semua doa dan harapan kita akan dikabulkan. Insya-Allah…
Pelawat menemui web ini melalui carian:
ya wahab,doa kekayaan,maksud ya wahab,ya qahhar,maksud ya qahhar,arti ya wahab,ya Ghaffar,ya wahhab,ya wahab zikir,zikir ya wahab,makna ya wahab,zikir kekayaan,zikir zikir harian dan kelebihannya,maksud ya wahhab,zikir ya qahhar,zikir asma ul husna,zikir ya wahhab,kelebihan zikir ya rahman ya rahim,asmaul husna dan maksudnya,asmaul husna dan kelebihannya,amalan asmaul husna supaya dikabulkan doa,arti ya wahhab,maksud qahar,maksud Ya Rahman,doa untuk kekayaan,zikir harian dan maksud,asmaul husna dan maknanya,makna ya wahhab,maksud ya rahman ya rahim,zikir ya rahman ya rahimTags: Asmaul Husna, Ya Ghaffar, Ya Qahhar, Ya Wahhab
Salam.
Mengamalkan zikir Asmaul Husna ni mmg banyak kelebihannya. Saya sendiri cuba mengamalkan 3 Asmaul Husna yang bersesuian dengan diri saya.
Alhamdulillah, kesihatan, kesabaran dan emosi saya bertambah baik dan kini saya semakin sihat.
So, kepada pembaca di luar sana,banyakkan berzikir dan membaca Asmaul Husna ni.
Rasulullah s.a.w bersabda ” Banyakkanlah olehmu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba drp bencana di dunia dan di akhirat drp menyebut Allah (berzikir).
Ye, saya setuju, Saya pon nak mengamalkannya jugak
KenariPutih recently posted..Say NO to rambut gugur!
tq sharing info yang amat berfaedah untuk diri saya juga pembaca
misliha recently posted..Hello world!
Sama2, Jazakallah
syukur dgn apa yg telah Allah berikan…di samping tu dpt jgk kita pahala zikir..
Alhamdulillah, sama2 kita beramal untuk mendapatkan keredhaan Allan swt