Salam semua..

Selamat Pagi, harap anda semua telah puas berehat di rumah dan kembali ke pejabat dengan badan yang sihat & otak yang tenang! Heheheh…

Hari ini, saya cuma ingin berkongsi tentang tiga Asmaul Husna dan fadhilat membacanya.

 

Kita mulakan dengan Ya Allah.  Antara fadhilat membaca Asmaul Husna ini ialah:-

1)  Baca sebanyak 66kali setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardhu, Inysa-Allah namanya diharumkan dan si pembaca tadi mendapat kebaikan yang banyak. 

2)  Sesiapa yang membaca Ya Allah Ya Hayyu sebanyak 100kali pada setiap hari Jumaat, iaitu sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci dari hadas besar & hadas kecil, Insya Allah Allah mudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

 

Yang kedua ialah Ar Rahman, yang bermaksud Maha Pemurah.  Bagi anda yang pelupa, disyorkan mengamalkan membaca Ya Rahman sebanyak 100 kali setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, sifat lalai dan lupa itu akan dihilangkan oleh Allah.

 

Ar Rahim, atau yang bermaksud Maha Penyayang pula, elok diamalkan sebanyak 100x setiap hari kerna dengan izin Allah, hati si pembaca itu akan lembut dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk.  Dikatakan juga bahawa sesiapa yang membaca Ya Rahim sebanyak 100kali setiap kali selepas mengerjakan solat subuh, Insya-Allah semua orang akan menyayangi dan menyukainya.

 

Demikianlah saudara/saudari, 3 Asmaul Husna yang sangat bermanfaat untuk di amalkan setiap hari.. Tidak ada kerugian langsung menjadikan Asmaul Husna ini wirid seharian, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, amalan sekecil inipun mendapat ganjaran yang besar dariNya. 

 

Saudara/saudari, kalau kita boleh menonton Transformers selama 2 jam, menyaksikan pertandingan bola atau badminton lebih dari satu jam, takkanlah tak boleh berwirid hanya untuk 15 – 30 minit.. Tidak ada modal yang perlu dikeluarkan, hanya lidah, hati dan minda anda sendiri.. Sesunggunya Allah tidak akan melupakan hamba2 yang sentiasa ingat padaNya.

 

Jadi, marilah kita berzikir sambil bekerja, moga Allah memberkati hidup kita dunia & akhirat! :)

p/s:  Insya Allah saya akan berkongsi lagi Asmaul Husna yang lain pada post2 yang akan datang.  Jika anda ada mengetahui fadhilat2 yang boleh diperolehi dengan membaca Ya Allah, Ya Rahman & Ya Rahim ini, marilah kita berkongsi bersama-sama di blog ini!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

ya rahman ya rahim,ya rahim,ya allah ya rahman ya rahim,khasiat ya rahman ya rahim,ya rahman,kelebihan ya rahman ya rahim,wirid asmaul husna,Khasiat ya rohim,YA ROHMAN YA ROHIM,zikir ya allah ya rahman ya rahim,khasiat ya rohman ya rohim,Khasiat ya allah ya rohman ya rahim,wirid asmaul husna dan khasiatnya,arti ya rohim,khasiat zikir ya rahman ya rahim,arti ya rahman ya rahim,amalan ya rahman ya rahim,manfaat wirid ya rahman,kelebihan yarohman yarohim,wirid ya rahman ya rahim,kasiat yaa rohman yaa rohiim,Faidah ayat ya rahman ya rohim,khasiat asmaul husna ya rahim,maksud zikir ar rahim,is tajib lana yaa rahman apa artinya,Wirid yarohman yarohim,zikir ya rahim,amalan ya rahman,apa arti ya Allah ya rohman ya rohim ya haq,arti ya allah ya rohman ya rohim

Tags: , , , ,

This entry was posted on Monday, July 6th, 2009 at 9:45 am and is filed under Love, motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

No comments yet

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player