UPSR 1992 & Appraisal 2012

Assallammualaikum Semua..

Apa khabar hari ni??? Ada adik2 yang bermurung durja nampaknya sebab result UPSR semalam tak best ye? Ada pulak yang senyum lebar sampai dalam tidur sebab dapat hadiah & anugerah pelajar cemerlang UPSR! Tahniah buat yang berjaya, yang kurang berjaya, jangan risau, this is not the end of the journey ya sayang!

Saya masih ingat ketika saya mengambil keputusan UPSR 20 tahun yang lalu.. Ye, DUA PULUH (20) tahun lalu, iaitu dalam tahun 1992 di Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka.. Pada tahun itu, kami cuma mengambil 4 subjek sahaja, English, Matematik & Bahasa Melayu..

Seperti yang dijangka semasa menanda kertas soalan bersama2 dengan Cikgu Deris (cikgu matematik yang sangat ler garangnya), saya mendapat B untuk matapelajaran matematik.. Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bukan kepalang masa tu, air mata ni macam air terjun, laju jer mengalirnya.. huhu.. rasa macam that’s it, its the end of the world for me, bodohnya aku tak boleh score Maths ni.. Macam2 perasaan ada masa tu, bercampur baur, malu dengan kawan2 pun ada.. Mujurlah mama kesayangan saya memberi sokongan moral, begitu juga dengan Ms Lim Siew Hong, guru Bahasa Inggeris yang amat saya sayangi.. seminggu jugak la saya rasa down sangat, apatah lagi bila kawan2 lain dah mula isi borang ke sekolah asrama penuh.. saya pun isi jugak borang asrama ke Sharifah Rodziah & Munshi Abdullah, Melaka, tapi macam tak yakin dapat la sebab result tak best kan.. huhu..

 

Mood sedih sampai seminggu tu.. huhu

 

Akhirnya, ketika kawan2 karib masuk ke sekolah berasrama penuh, saya cuma mampu ke Sekolah Menengah Canossa Convent, Melaka (which I am very thankful coz i get to make new friends and meet lovely teachers… )  Tipulah kalau saya tak rasa sedih bila tengok kawan2 semua berjaya masuk sekolah yang best2, kan? hehe.. Tapi that feeling fade along with time, i get used to it and i dont think they make a big fuss on where i go for secondary school, they are truly best friends!

 

 

So pada adik2 yang kurang berjaya @ tak dapat straight As untuk UPSR, jangan risau, jangan sedih ok, adik2 masih ada PMR & SPM untuk menebus kegagalan itu.. Jadikan keputusan UPSR ini utk dapat keputusan yang lebih baik pada peperiksaan besar di sekolah menengah nanti.. Macam akak, dulu akak pun dapat 3A 1B, tapi hari ini, 20 tahun lepas UPSR, akak berjaya jadi orang yang berguna & dapat kerja yang bagus!  Tensen mak ayah membebel tengok keputusan? Hurm, tu biasalah.. orang tua kan, nak yang terbaik utk anak2.. diorang marah sebab sayang.. so buktikan adik2 masih boleh berjaya dalam peperiksaan PMR & SPM nanti ye! Gambatteeeeeeeeee!!

 

 

Cerita hari ini, baru aje abis appraisal 2012 dengan boss.. Sebelum masuk bilik boss, kecut2 perut gak, risuanya kot2 kena bambu dengan boss.. huhu.. Alhamdulillah, semua komen2 yang membina dari boss.. Dia kata saya banyak improvement dan dia gembira sangat tengok kemajuan saya.. harap2 dapatlah increment dan bonus yang bagus tahun depan, Insya-Allah.. Amin..

 


Pelawat menemui web ini melalui carian:

subjek upsr 1992,upsr 1992

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge