Ular!! Ular!! Ular!!

Posted by: Ayuin Love
18
Oct

Assallammualaikum..

Pembaca yang budiman, syukur Alhamdulillah, saya, suami & anak diselamatkan Allah dari menjadi mangsa bisa si ular tedung..

Malam kelmarrin, hari Sabtu, 16hb Oktober, kira2 jam 9.30 malam, saya terlihat seekor ular tedung hitam di dalam rumah saya.  Waktu itu, saya sedang menonton televisyen.  Ditakdirkan Allah, saya terlihat ada benda berkilat berwarna hitam di bawah pintu bilik tetamu.  Bila saya lihat dengan lebih dekat, ular itu mengeluarkan lidahnya dan mula menegakkan badan!

Apalagi, saya terus menjerit2 memanggail suami saya! 

“Sayang! ada ulau! ada ular (habis loghat melaka saya keluar!!! ahahhaah)

Suami saya yang sentiasa cool, menenangkan saya, dan menuju ke bilik tetamu tersebut.. memang betul, ada ular, dan saya tidak berhalusinasi..

suami cuba mengacah ular tersebut kerana ia bersembunyi di belakang radio.  kali kedua dicucuk dengan batang penyapu, ular tersebut menyembur ke arah suami.  saya terus mendukung iemrand, dan mengajak suami keluar rumah.  Kemudian, suami memanggil wak indonesia yang bertanggungjawab menguruskan maintenance di situ.. Aduhai, wak keluar pula, terpaksa tunggu lebih kurang 15 minit sebelum wak balik.. Waktu itu, sudah ada beberapa orang jiran yang menemani, kurang sikit takut saya..

Waktu wak sampai, dia terus masuk bilik.  Kemudian, dia minta batang kayu utk mengetuk kepala ular tersebut.  Dari luar, jelas terdengar desiran bila ular tersebut menyembur ke arah wak dan suami saya.. Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang 10minit, ular  tersebut dapat dibunuh.  Waktu dibawa keluar, ular itu masih menguit2.. panjangnya lebih kurang semeter, dan besarnya lebih kuang 3 jari.. Hitam pekat warnanya..  Geli geleman kami semua dibuatnya!!

Ular tersebut ada menyemburkan bisanya, dan kena pada bantal.  Kain di bantal tersebut herot, seakan2 seterika panas yang terkena baju.. kalaulah bisa tersebut terkena tangan @ anggota bahagian lain, nauzubillah..!!!

Sampai hari ini, terasa fobia kala hendak tidur, terperasan2 ular nak mematuk @ naik ke kaki saya.. Nauzubillah! Mujurlah Allah menyelamatkan kami anak beranak.. kalau tidak, tak taulah apa nasib kami semua.. Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah..

malam tersebut, suami menabur garam kasar di seluruh pintu masuk ke bilik dan rumah… sekarang ni, tengah cari belerang dan buluh runcing, petua orang2 tua, ular takut masuk ke rumah yang ada buluh..

kami rasa, ular tersebut masuk ke rumah kerana semak dan pokok kelapa di belakang rumah saya, ditebang oleh wak tersebut.. jadi mungkin ular tersebut mencari penempatan baru.. aduhai, banyak2 rumah, rumah saya yang dipilihnya! huhu..

apa2 pun, saya bersyukur sangat Allah memperlihatkan kepada saya ular tersebut, jika tidak, mungkin kami sudah menjadi mangsa patukannya.. Sesungguhnya Allah lah pelindung kita semua, banyak2 berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari segala bala dan mala petaka.. Aminnnnnnnnn!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

ular tedung,gambar ular tedung,ular,ular tedung hitam,kenapa ular takut buluh,petua elak ular masuk rumah,maksud ular masuk rumah,belerang ular,ular masuk rumah,anak ular tedung,kenapa ular takut dengan buluh,maksud ular hitam masuk rumah,ular hitam,elak ular masuk rumah,ular hitam masuk rumah,ular takut apa,doa halau ular,makna ular masuk rumah,ular takut buluh,gambar ular masuk rumah,tumbuhan untuk halau ular masuk rumah,ular takut pada buluh ke,ulaar tedung,ular tedung takut,ular tedung hitam ada tanda,ular apa warna hitam,ular takut kepada buluh,ular takut dengan belerang,ular apakah berwarna hitam,ular dan buluh
This entry was posted on Monday, October 18th, 2010 at 1:52 pm and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

No comments yet

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player