Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

 

Hari ni saya terbaca Tips mengekalkan hubungan cinta di akhbar Utusan Malaysia dan saya rasa perlu berkongsi dengan anda semua

Ada tips2 yang saya persetujui dan ada juga yang saya rasakan perlu perubahan.. J

Perbincangan ini lebih kepada hubungan perkahwinan ye.. (sebagai peringatan utk diri saya yang kadang2 terlupa juga.. heheh)

 

Tips 1 – Tiga Kata Ajaib

Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya.  

Sebaiknya, anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan ”I love u”.  

Ini kerana anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya

 

Komen saya :  Saya rasa tidak salah mengucapkan I Love U pada pasangan anda setiap hari.. Ia membuatkan pasangan lebih dihargai dan mengingatkan dia bahawa anda cintakan dia setiap hari.. Tapi saya dapati ada pasangan yang malu nak ucapkan i love u pada suami / isteri.. kenapa agaknya ye?  Pada saya, tidak rugi mengingatkan pasangan yang anda cintakan dia setiap hari, apatah lagi kalau ucapan tersebut diikuti dengan ciuman dan pelukan mesra utk si dia.. Benda halal kan, dapat pahala kalau kita buat.. heheheh.. Jom kita ucapkan I love U pada pasangan kita setiap hari sebelum pegi kerja.. Kalau malu, kita sms dulu.. lepas tu dah lama2, dah terbiasa, kita ucapkan pula pada mereka.. pastinya ia menghangatkan perhubungan kita, Insya-Allah..

 

 

Tips 2 – Hayati Hubungan Anda

Walaupun si dia sudah lama berada dalam gengaman anda, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

 

Komen saya :  Dalam perkahwinan, setiap hari adalah hari baru, setiap hari anda cuba mengenali pasangan anda, jadi memang perlu utk menghayati dan menghargai cinta anda dan pasangan… Perlu banyak tolak ansur dan persefahaman serta kejujuran…

 

 

 

Tips 3 – Teruskan kehidupan normal

Jika sebelum anda bersama si dia, anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu.. Perlu diingatkan anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia.  Pasti, anda perlu berbincang mengenai rutin harian anda dengan si dia.

 

Komen saya : Ye, benar, kita perlu teruskan kehidupan normal NAMUN sudah ada hadnya.. Dulu jika anda bersukan 3 jam sehari, kalau dah kawin tu kurangkanlah pada 2 jam sehari.. Anda juga perlu ada kualiti time dengan pasangan.. kalau dah ada anak, lagik la kena bertoleransi, maklumlah, bila dah ada anak banyak benda yang kena buat dan dipikirkan..

 

 

Tips 4 – Jangan terlalu romantis

Romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan.  Ia adalah ramuan yang penting utk mengekalkan perhubungan,  Jadi tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

 

Komen saya : Ye, saya agak setuju, tapi ini pun bergantung pada individu.  Ada individu yang mahukan suasana dan layanan romantis dari pasangannya setiap masa dan ketika, dan ada juga yang LEMAS kalau pasangannya romantis sangat.. Sebaik2nya, bersederhanalah.. Romantis yang dibuat2 pasti mewujudkan keadaan serba tak kena, dan mengundang kebosanan pulak.. hehe

 

 

Tips 5 – Komunikasi secara terbuka

Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim.  Apabila cinta adan berdua sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing.  

Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali anda secara luaran dan dalaman.  Begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

 

Komen saya :  Oh yesssssssssssssss, communication is very essential in any relationships!  Komunikasi memang SANGAT PENTING… Suami dan isteri perlu duduk berbincang jika ada apa-apa masalah.. Apabila berbincang, seharusnya kita meluahkan segala yang terbuku dan terkandung dalam jiwa, fikiran dan hati kita.  Mungkin akan timbul perbalahan dan pertengkaran, namun ia boleh diatasi sekiranya suami dan isteri bersikap rational dan bertolak ansur, dan cuba mencari jalan penyelesaian bersama-sama.. Apabila anda berkomunikasi, pastikan pasangan faham apa kehendak dan keperluan anda, dan anda juga perlu menyampaikan apa yang anda inginkan kepada pasangan.. Jangan la diam saja kalau pasangan ajak berbincang.. Satu apa pun tak dapat diselesaikan kalau anda membatukan diri dan tidak membuka mulut menyuarakan isi hati anda.. So communication is the key to happiness J

 

 

 

Tips 6 – Jangan kelam Kabut

Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati dia tetap milik anda

 

Komen saya : Senang je, ni applicable pada orang yang cemburu buta!  Hello, kalau tak nak bagi pasangan anda bergaul, tinggal dalam GUA ok! Hehe.. Boleh la cemburu, tapi ada batasnya la kan.. kalau tak cemburu, dayus pulak namanya…

 

 

Tips 7- Peka perkara sensitive

Pertimbangkan dulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara2 yang sensitive.  Ingat situasi semasa, keadaan keliling dan kenali hati budinya.. Anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya..

 

Komen saya : Baca balik Tips ke 5 – COMMUNICATION!

 

 

 

Tips 8 – Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran

Perkara ini akan membuatkan hubungan adan tidak membosankan.  Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda.  Perhatikan si dia ketika menghadapi masalah.  Penting, cuba kawal perasaan agar diri anda tenang walau apa perkara sekalipun.

 

Komen saya : Pantai mana yang tidak pernah dilanda ombak, kan? Setiap perkahwinan ada dugaan dan cabarannya.. So anda perlu sama-sama susah dan sama-sama senang dengan suami @ isteri anda.. hargai pengorbananya yang setia bersama anda pada saat anda kesusahan.. jangan pulak time susah sama2, time senang anda sorang2 bergembira dengan orang lain.. banyak kes terjadi di mana suami @ isteri meninggalkan pasangan masing2 bila dah senang.. Di dunia mungkin anda lepas, tapi kat akhirat nanti, jawabla dengan Allah…

 

Ini semua hanya pendapat saya.. apa pula pendapat anda 😉

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

love baby,i love baby,love baby images,baby in love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge