#thankyouMAS

Assallammualaikum wbt..

1hb June adalah hari yang ditunggu2 oleh semua pekerja MAS, begitu juga dengan saya.. Suami saya  telah bekerja dengan MAS hampir 11 tahun (buat masa ini, sehingga beliau mendapat surat dalam minggu ini).. Bila saya berkahwin dengan beliau 7 tahun yang lalu, secara tidak langsung, saya juga “berkahwin” dengan MAS.. Walaupun hakikatnya hanya suami yang bekerja dengan MAS, saya merasakan MAS telah menjadi sebahagian dari hidup kami, rumah kedua kami, bagaikan ahli keluarga kami, kawan2 suami juga menjadi kawan2 saya.. Banyak kenangan manis yang kami cipta dengan MAS.. Saya bangga mengatakan bahawa suami warga MAS, menjadi sebahagian dari tenaga kerja MAS, dan menjadi sebahagian dari sejarah yang diukir oleh MAS, sekalipun ia sejarah yang buruk..

Bila sesuatu telah menjadi sebahagian dari hidup kita, amatlah payah dan susah untuk menerima hakikat seandainya kita terpaksa melepaskannya tanpa kerelaan kita atau terpaksa membuat perubahan kepada kebiasaan kita.. Setiap hari kami berdua menghadapi hari2 yang berlalu dengan penuh debaran..  Berita penamatan khidmat itu sahaja telah mendebarkan banyak hati, mematikan senyum dari wajah &  membuatkan sesaat terasa seperti seminggu…

Mungkin ada yang sangat gembira utk berhenti dari MAS, ada yang berdebar2 dan ada yang sangat2 sedih.. Semuanya terpulang kepada expectation & perancangan masing2.. Bagi kami, perasaan bercampur baur.. Lebih kepada sedih & memang akan merasa kehilangan.. kalau jodoh suami tiada lagi dengan MAS, kami sudah hilang “rumah kedua”, hilang “ahli keluarga” ..

Tapi saya yakin, aturan Allah itu yang paling indah, yang paling tepat, yang paling bagus.. Di saat hati mengatakan berat dugaan ini, itulah sebenarnya perancangan paling hebat yang telah Allah tuliskan.. yang buruk tak semestinya buruk, dan yang baik tak semestinya baik..

Untuk suami yang sangat saya sayangi, apa jua suratan yang telah Allah tetapkan, kita terima dengan hati terbuka.. B dan anak akan sentiasa berada dengan awak, di sisi awak, setiap waktu, setiap masa.. we are together in this.. you are not alone…

Dan kepada semua rakan2 MAS yang saya kenali, good luck & hadapilah semuanya dengan penuh kesabaran & kekuatan.. Allah knows that this is the best for us..

#thankyouMAS, thank you for making us part of your history, part of your story, part of your journey, part of your family.. This is a treasure that nobody can ever take away from us.. Keep on flying high and make us proud..

2 thoughts on “#thankyouMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge