Terimalah Kekurangan Suami Seadanya..

Email ini saya terima dari seorang rakan, rasa sebak bila membacanya..

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin.. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu.

Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

 

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

 



Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

 

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

 

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.

INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

 



Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. . Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata   


 “NO MAN IS PERFECT”.

 

10 thoughts on “Terimalah Kekurangan Suami Seadanya..

  1. Ayu Post author

    huhuhu.. buleh2.. bro kena bantu la, bagi idea & pandangan.. saya baru jer kawin, tak banyal pengalaman lagik.. hehehe..

  2. izalia2008

    tu dia ehh…KehidupanKu Merana, ingatkan post terbaru..komen rupernya …nie klu buat posting tak tau la panjang mana…hehehe

  3. Ayu Post author

    Owh.. nanti saya email yer.. Sabar, setiap perkahwinan tidak lari dari masalah, especially kewangan, semuanya bergantung pada kita untuk mengatasinya.. tunggu email saya yer..

  4. KehidupanKu Merana

    Rasanya orang yang dikatakan tu macam saya hendaknya.. ehmm.. Kegagalan yang menimpa suami semata kerana ingin mencari yang lebih (Rezeki), kegagalan yang diberikan cukup serik dihadapi hinggakan terabainya keluarga, pengalaman yang saya hadapi dulu dan sekarang semuanya masih sama.. Terus terang saya katakan saya antara golongan lelaki yang begitu, tetapi sayang pada isteri berlipat kali ganda.

    Tidak saya nafikan diantara semua kawan2 yang sebaya dengan saya semuanya telah berjaya dan ada diantara mereka lagi teruk dari kehidupan saya.. Menyesal pun takde gunanya..

    Tetapi isteri saya seorang yang sabar dan sometimes kesabaran tu pun ada batasnya, dan saya dapat rasakan yang dia kini semakin jauh dari saya, disebabkan kegagalan yang saya hadapi sekarang.. Tapi syukur kepada tuhan kerana dia masih lagi menyintai saya, tapi tidak tahu berapa lama lagi kehidupan kami akan kekal bersama..

    Kini kami sudah mempunyai 2 orang anak 2 orang anak yang cukup sempurna sifatnya.. dua dua pun princess.. Saya berasal dari sabah, dan dari keluarga yang susah.. Tetapi ini tidak melunturkan jiwa & raga saya untuk terus berusaha..

    Kekadang tu kitorang ada jugak bertengkar sikit tentang keadaan yang saya hadapi sekarang, tetapi pertengkaran tu tidak lama, asalkan kita faham keadaan dia dan dia faham keadaan kita..Sudah cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini..

    Misalnya si isteri yang emailkan awak tu, emmm.. rasanya saya kenal dia.. Tapi tak mengapalah kekadang instinct tu tak betul kan.. kan…

    Dalam beberapa tahun ni saya sudah merasakan yang saya akan hidup susah dengan dia, isteri saya adalah seorang yang bekerja kuar, pekerja cemerlang dibahagian kementerian luar negeri.. Tapi saya rasa saya ni macam tak dapat nak bagi dia apa2.. Telah banyak masa yang saya sia2kan ..

    Apa2 pun saya doakan semua yang berada diblog ayufatarina ini kekal bersama hingga sepanjang masa..

    P/s – Banyak kesusahan berlaku akhir – akhir ni, saya berharapkan dia bersabar hingga satu ketika nanti saya akan tetap berjaya dalam perkara yang saya lakukan sekarang..

    NOTE : Ayu Fatarina – Email saya tu betul, kalau nak tanya apa2 boleh…. Saya harap Kerjasama Ayu dapat membantu saya..

  5. izalia2008

    tul tu ferdy..

    tp tak salah klu tegur klu ader yg tak betul..tapi biarlah tegur cara yg betul..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge