Terima kasih, sayang…

Salam semua…

Apa khabar?  Harap anda semua sihat-sihat dan sedang bersantai-santai di rumah bersama-sama dengan yang tersayang…

Saya kurang sihat hari ini, diserang senggugut yang sangat menyakitkan.. Memang begini keadaanya bila saya datang bulan, seksa yang amat, memang tak boleh bangun, rasa perut bagai di pulas2..  Saya cuma mampu makan ubat, berkelubung dengan comforter, tutup kipas dan jatuhkan langsir, dan tidurrrrrrrrr! Kalau pergi doktor pun, ubat yang sama diberi setiap bulan..

Sepanjang hari, dari pagi, suami saya yang menguruskan segala-galanya, kemas rumah, sapu & lap lantai, masak & kemas dapur, serta membasuh & menyidai baju2.. Bila bangun, saya lihat semuanya bersih dan kemas, lauk-pauk dan nasi telah tersedia untuk makan.. Aduhai, terharu saya dibuatnya.. Selepas makan, dia juga yang mengemaskan semuanya, katanya dia mahu saya berehat2 sahaja hari ini, biar dia menguruskan segalanya… Jauh di lubuk hati, saya benar-benar bersyukur dikurniakan oleh Allah dengan seorang suami yang amat penyayang, bertangungjawab dan mengambil berat.. Dia tidak pernah merungut jika saya perlukan bantuannya di dapur atau mengemas jika saya terlalu sibuk.. He is a good cook!! Kerja2 rumah dibantu tanpa mengharapkan balasan..

Pada saya, kasih sayangnya dan personaliti suami saya ini lebih berharga dari duit, emas dan kekayaan lain.. Di kala saya mendengar masalah2 kawan2 atau terbaca masalah rumahtangga di akhbar atau di majalah, saya memanjatkan kesyukuran yang teramat pada Ilahi kerana suami saya bukan begitu.. Dari waktu kami bercinta sehingga sekarang, dia tidak pernah berubah, malah cinta dan kasih sayangnya bertambah-tambah, melimpah ruah untuk saya..

Benar, kami tidak hidup dalam kemewahan, tapi Alhamdulillah, kami mewah kasih sayang dan cinta.. Kami mewah dengan keredhaan dan keberkatan rumah tangga.. Rezeki kami sentiasa mencukupi dan bertambah dari hari ke hari, Alhamdulillah.. Tidak perlulah rumah sebesar istana, kereta mewah menjalar, cukuplah dia ada di samping saya, mencintai & menyayangi saya setiap hari..

Kepada adik2, kakak2 yang masih belum bertemu jodoh, ingatlah, duit bukan segala-galanya dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga.. Bila anda telah bernikah, sesungguhnya rezeki Allah akan sentiasa terbuka, jangan risau anda tidak cukup makan atau pakai, Insya-Allah rezeki anda suami isteri sentiasa ada, kerana anda telah menjaga agama dan maruah anda dengan berkahwin.. Duit boleh dicari, tapi cinta dan kasih sayang yang suci & murni, serta ikhlas, tidak boleh di beli dengan wang ringgit, intan & permata…

Untuk suami, andai dia membaca blog saya ini, saya ingin ucapkan “Terima kasih sayang, sebab memilih B untuk jadi isteri sayang.. Terima kasih untuk segala-galanya, semoga perkahwinan kita bahagia dan berkekalan dunia & akhirat.. I love you so much!!”….

4 thoughts on “Terima kasih, sayang…

  1. Ayu Post author

    Khairul,
    tak semua perempuan, tapi kebanyakkannya la
    ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan
    biasanya sakit di bahagian pinggang dan perut, sebab di situlah letaknya rahim

    kitaran haid yang biasa ialah 7-8 hari sebulan 🙂

  2. khairul

    Cuma nak tye sikit. semua org prmpn bila dtg bulan pasti kena sengugut ke?

    belah mana sakitnya.
    Kalau dtg bulan selalunya berapa hari bulan dan tempoh tamatnya.

  3. Ayu Post author

    Owh, saya ada dengar & baca pasal miracle flusk tuh…
    nanti ada masa saya ke blog dhiela & baca sekali lagi yer..
    thanks for the advice, insya-allah saya akan banyak-banyakkan minum air panas suam dan elakkan minuman berais 🙂

  4. Dhiela Dot Com

    seronok baca … cinta itu memang indah dan mengasyikkan lebih-lebih lagi untuk insan yang tahu bagaimana untuk menghargainya …
    kesian gak dengar citer Rina sengugut … teruk erk kalau kena tue walaupun sebulan sekali … dulu dhiela pon camtu gak .. tiap kali datang sure kena injek pain killer … sejuk muntah dll … now alhamdulillah dah beberapa bulan dh tak kena sengugut sejak amalkan minum air Miracle Flusk …
    banyak-banyakkan minum air panas suam dan elakkan minuman berais … take care k!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge