Tasik Raban, Lenggong, Perak

Assallammualaikum wbt,

Tasik Raban adalah satu nama yang asing bagi saya, sehinggalah saya sekeluarga menemuinya secara tidak sengaja minggu lepas..

Alkisahnya, kami memulakan perjalan jam 430 pagi menuju je Perlis pada 01/05 yang lalu.. Sangkaan kami, tentulah jalan “clear” kerana kebiasaannya, orang akan balik kampunh selepas pulang daari kerja atau usai solat Subuh.. tapi kali ini, jangkaan kami silap.. kereta sudah pun “bumper to bumper” jam 5 pagi.. Suami terus buat keputusan untuk ikut jalan kampung, dan rupanya Allah nak temukan kami dengan keindahan alamNya di Lenggong, Perak.

Menyusuri perjalanan ke arah Gerik, kami ternampak papan tanda Tasik Raban.. Tapi waktu itu, cuma terfikir, resort biasa saja agaknya.. kami pun bersembang suami isteri.. kereta pun tak banyak dan suasana sangat nyaman.. di kiri kanan kabus menyelubungi pepohon hijau.. Tiba2 nampak papan tanda “Tasik Raban, 1km di hadapan”.  Entah mengapa, saya cakap dengan suami, “jom yang, kita tengok apa yang ada…”  Lebih kurang 500m selepas itu, kami nampak Resort Tasik Raban dari atas flyover… Subahanallah.. tak terkata saya kecantikan tempat itu.. Marvellous kata orang putih.. hihi.. memang sangat2 cantik, bagaikan mutiara di celah2 pepasir.. bayangkan lah, sepanjang perjalanan kami Cuma nampak pokok2 & hutan, tiba2 ada tasik yang sangat indah! Tak percaya, mari saya tunjukkan gambar..

Tasik Raban 1

Tasik Raban 2

Tasik Raban 3

Tasik Raban 4

 

Amacam? Memang cantik sangat kan.. Insya Allah, kalau ada rezeki, kami nak bermalam di resort di sini.. Difahamkan dari staf yang bertugas, harga resort dari RM110 utk satu malam, tanpa breakfast..

Nanti saya cuba search no telefon resort ni dan update ye..

3 thoughts on “Tasik Raban, Lenggong, Perak

  1. Papa-NtiQ

    Salam. Saya baru singgah Restoran Tasik Raban di Lenggong bersama keluarga. Sangat puas hati dengan hidangan2 terutama ikan2 bakar dengan pelbagai jenis ikan sungai. Tempat parking luas dan ruang makan pun luas. Saya baru letak gambar2 yang diambil masa makan disini dalam blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com

    Senang2 tu jenguk2 la ye blog saya ni. Semua topik 100% tentang makan, makan dan makan hihi…tempat makan2 yang menarik di merata tempat terutama sekali di Johor tanah tumpah darah ku 🙂 Sila tinggal kn komen ye bila menyinggah tu dan kalu minat follow yer…terima kasih banyak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge