Tandas Oh Tandas

Assallammualaikum wbt

The Malay Mail hari ini melaporkan Kerajaan memperuntukkan RM2.5juta untuk mempebaiki semua tandas di Malaysia sempene Tahun Melawat Malaysia 2014.  peruntukan ini dibuat setelah mendapat banyak aduan daripada para pelancong mengenai kebersihan tandas di Malaysia..

Photo1874 (640x448)

Hurm.. Rasanya tak perlu tunggu komen dari pelancong asing untuk membuat perubahan pada tandas2 di Malaysia.. Isu kebersihan tandas ni dah lama sangat berlaku dan saya pernah menulis mengenainya di posting ini dalam tahun 2010 –http://ayufatarina.com/tandas-oh-tandas

Iye, mungkin bukan semua tandas kat Malaysia ni kotor, tapi majority tandas di Malaysia memang tahap “sedih”.. Kalau berbayar pun, tak tentu lagi bersih..  Saya sebagai orang tempatan pun kadang2 mual nak masuk tandas awam, nak melepaskan hajat pun tak jadi disebabkan terlalu kotor + berbau.. Geli tengok tisu & najis merata2, kalau “nasib baik” boleh jumpa pad yang masih “segar” lagi ditinggalkan begitu aje dalam tandas tu… Mungkin para menteri perlu turun dan melihat sendiri “keindahan” tandas2 di Malaysia ni, instead of tengok laporan & komplen bertulis aje.. Namun demikian, tandas2 di Malaysia bukan sahaja perlu diperbaiki, tapi MENTALITI & SIKAP rakyat Malaysia juga perlu berubah selaras dengan “upgrading” tandas2 tersebut.. Kalau di rumah kita boleh jaga kebersihan tandas, pastinya kat luar pun kita boleh buat benda yang sama.. bukan susah nak flush, buang tisu + pastikan tandas bersih sebelum keluar, kan? Tapi kalau tandas di rumah pun memang macam tandas awam, kotor + jijik, then I reserve my comments.. hehe

Saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan tandas di Amsterdam, Belgium + Istanbul – secara jujur tandas2 yang saya masuki di sana SANGAT BERSIH! Mungkin nasib saya baik sebab tandas2 yang saya masuk tu adalah tandas2 di kawasan tarikan pelancongan, tapi memang saya puji kebersihan tandas di sana.. Tisu dibuang di tong sampah, tiada grafiti pada dinding2 tandas, tiada kata2 lucah, owh ya mungkin cuma saya “bernasib baik”, tapi bukankah sewajarnya tandas di tempat tarikan utama pelancongan di mana2 pun dijaga rapi & bersih? Mungkin En Khairul Abdullah boleh berkongsi mengenai tandas2 di Frankfurt, German + Saudara Afif juga boleh berkongsi pengalaman beliau menggunakan tandas sepanjang pengembaraan beliau di Europe, kan? Pasti ramai yang tertarik nak membaca tentang pengurusan tandas di tempat lain serata dunia..

Saya pasti, ada yang akan comdemn posting ni dan berkata – syukurlah negara kita masih punyai tandas yang sempurna, bukan macam India, Afrika, bla2, kencing berak merata2.. .. Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan tidak bersyukur, syukur sangat2, tapi bersyukur saja tidak cukup untuk memastikan tandas itu sentiasa bersih + wangi, kena ubah attitude dan mentality kita semua.. orang selalu pikir, ah lantaklah, nanti ada orang bersihkan tandas ni.. tapi kita lupa duit bina tandas tu adalah dari tax yang kita bayar setiap tahun.. so wajarlah kita sama2 menjaga kebersihan tandas2 tu semua bersama2.

Saya amat berharap semoga peruntukan RM2.4juta itu digunakan sebaik2nya bukan saja untuk “upgrade” tandas, malah juga untuk “maintenance” tandas2 tersebut selepas dibaik pulih.. Tak guna upgrade tandas berjuta2, tapi lepas setahun, tandas tu tak terjaga + menjadi kotor semula.. Semoga para pelancong akan balik ke negara masing2 dan kata – ITS NOT ONLY THE SCENERY, THE HISTORY, THE PEOPLE, BUT THE TOILETS IN MALAYSIA ARE VERY CLEAN, I LOVE IT!! Boleh gitu? hehe

2 thoughts on “Tandas Oh Tandas

  1. Khairul Abdullah

    InshaAllah kalau ada kelapangan pasti saya akan tulis 🙂

    Yang pastinya majoriti tandas di sini adalah bersih kategori A+. Tandas di sini sentiasa kering (sebab nature org sini pakai lap dgn tisu saja) jadi tiada lecah, becak, basah, lembab, kusam, kepam dan sbagainya di dalam tandas.

    Dan setiap tandas ada berus, jadi lepas buang kalau ada tinggalan dan kesan kena cuci sendiri dengan berus.
    Khairul Abdullah recently posted..Tremendous Traffic FlowMy Profile

  2. Muhamad Afif The Time Traveller

    actually tempat2 pelancong di Bandar2 utama South Africa jauh lebih baik dan bersih.. at least kan.. walau mereka afrika.. kawasan luar bandar agak kotor.. but still tak ada satu tandas yg saya lihat ada conteng di dinding..

    Untuk menjadi negara maju.. kebersihan tandas saya rasa perlu di pandang tinggi.. sebab itu menujukan etika kehidupan orang di sesbuah kawasan itu..
    Muhamad Afif The Time Traveller recently posted..The Kimberley Big Hole – South AfricaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge