Tandas oh Tandas..

Posted by: Ayuin motivasi
22
Apr

Assallammualaikum..

Semoga kita semua berada dalam lindungan & peliharaan Allah dari segala bala dan malapetaka pada hari ini.. Insya-Allah..

Pagi2 tadi, masa masuk tandas, hati saya dah panassssss semacam.  Masakan tidak, tandas sangatttttttt kotor, ada orang dah membuang, tapi tak tau nak flush.. Hairanlah saya.. Di level saya ni, rasanya semua sekolah hingga tingkatan 5, rasanya semua berpelajaran, tapi bila tiba bab jaga tandas, perangai mengalahkan orang zaman neolitik & paleolitik!!

Satu lagi, memang setiap pagi, akan ada taburan “bunga2″ abu rokok & putung rokok merata2 dalam toilet tu.. Kat sini, perempuan lebih hebat menghisap rokok dari lelaki tau! So, toilet tu memang selalu “berasap”.  Lepas tu, yang tak tahannya, hisap rokok tu sambil tengok cermin yang besar tu, mungkin sedang berangan-angan melakonkan watak apa agaknya di depan cermin tu.. padahal, depan cermin tu, dah ada papan tanda besar – NO SMOKING! Tapi mungkin ada yang tak pagam bahasa @ buat2 tak paham la tu.. Hadoi, macam2 perangai… kata kakak cleaner di tempat saya ni, tandas lelaki lebih bersih dari tandas perempuan, penat dia memberus dan mencuci tandas perempuan setiap pagi..  

Perasaan saya bercampur baur bila cerita tentang tandas ni.. Mana2 saja yang saya pergi (dalam Malaysia la), susah betul nak jumpa tandas yang bersih, terutama yang percuma la, rasa macam masuk dalam loji kumbahan kalau masuk toilet percuma ni. Yang berbayar sekalipun, ada yang kotor juga, rasa tak berbaloi bayar RM0.30 untuk masuk toilet tu.. Air kencing, najis, tisu dan tuala wanita, bersepah2 atas lantai @ di dalam lubang tandas.. Kadang-kadang terbantut “hajat” sebab geli dan loya tengok keadaan tandas tu..

Hairan ye, nama tandas perempuan, tapi kotornya mengalahkan tandas lelaki pulak.. Bukankah perempuan sepatutnya terkenal dengan sifat kebersihan dan ketelitian? Kadang-kadang saya terfikir, macam manalah agaknya tandas di rumah mereka? Kotor dan jijik juga @ dijaga rapi & bersih?  Manusia ni, kalau barang sendiri, biasanya akan dijaga elok2, dibersihkan dan sebagainya, tapi kalau dapat barang free, buat tak endah saja.. Bilalah mentaliti ini akan berubah agaknya???

Rasanya kerajaan pun kena buat 1MALAYSIA, 1TANDAS la, baru semua orang akan jaga tandas elok2.. Ataupun agaknya kena letak seorang Security Guard dalam toilet, setiap kali ada seorang pengguna keluar dari toilet, security guard akan check keadaan toilet, kalau kotor, si pengguna tadi kena cuci sampai bersih, kalau ingkar, kena saman, yang perlu dibayar di pintu masuk toilet.. Hehehhe.. Melampau ke cadangan saya ni? Agaknya kalau buat macam ini, barulah tandas terjaga dengan rapi & bersih..

Satu lagi, mungkin kerajaan kena buat iklan – SAYANGILAH TANDAS ANDA.  Iklan tu mesti tunjuk tata cara yang betul untuk masuk ke tandas, dari saat masuk tandas, buang hajat, flush, buang tisu hinggalah keluar tandas semula. Iklan tu pulak, mesti dimainkan waktu2 prime time, masa berita semasa @ time2 cerita best2 ditayangkan, dan dalam panggung wayang, supaya melekat dalam kepala otak semua orang tatacara yang betul menggunakan tandas.. Pastu, dalam tandas tu sendiri, kena mainkan iklan tu, pasang2 kuat2 supaya mereka ikut semua etika penggunaan tandas!!

Another way is that, pastikan tandas tu ada pinru automatik.. Ni mungkin mahal sikit la, tapi setiap kali orang gunakan tandas, mesin akan tanya – Have u flushed your toilet?  If not, please do so.. 2)  Please throw the tissue inside the bin. Please make sure the toilet is clean.  Haaaaaaaa, dah siap2 semua tu, baru pintu toilet akan dibuka.. Hahahahha.. Maaf, agak biul sikit hari ni, emosi bila cerita pasal toilet ni! :p

Kalau difikir2kan, bukan susah sangat nak flush toilet lepas digunakan, cuma tarik @ tekan saja butang dalam toilet tu.  Tempat buang tisu pun ada disediakan.  Tapi entah mengapa yer, susah sangat tangan tu nak menarik flush tersebut @ buang tisu dalam bekas yang disediakan..

Saya harap, selepas baca post saya ni, kita semua sama2 ambil tanggungjawab menjaga tandas2 di negara kita ni.. kalau kita boleh jaga tandas di rumah agar bersih, harum2, maknanya, kita boleh juga buat benda yang sama pada tandas2 awam.. Kita buat benda yang sama dalam semuaaaa tandas, so tak ada bezanya tatacara penggunaan tandas di rumah @ di luar.  Bersama2lah kita jaga kebersihan, bukankah kebersihan dituntut oleh setiap agama…?  

Malaysia ni tempat tarikan pelancong, tapi kalau masuk toilet, FAIL! Biarlah pelancong2 ni balik ke negara mereka dengan cerita2 baik mengenai negara mereka, dan bukan tentag betapa jijiknya tandas2 kita, ok!  Malaysia boleyyyyyyyy!

Satu Malaysia, Satu Tandas! heheheheh ;)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

etika penggunaan tandas,etika penggunaan tandas 5s,cara menjaga kebersihan tandas sekolah,tatacara penggunaan tandas,poster tandas bersih,ETIKA TANDAS,tatacara penggunaan tandas sekolah,etika menggunakan tandas,GAMBAR TANDAS BERSIH,poster jaga kebersihan tandas,poster tandas,kebersihan tandas sekolah,cara cuci tandas,tata cara penggunaan tandas,poster kebersihan tandas,gambar tandas sekolah bersih,tandas 5s,penggunaan tandas yang betul,cara menjaga kebersihan tandas,papan tanda kebersihan tandas,penggunaan tandas,gambar kebersihan tandas,cara mencuci tandas,cara menjaga tandas sekolah,tandas sekolah,GAMBAR TANDAS 5S,cara penggunaan tandas yang betul,tandas kotor,cara-cara menjaga kebersihan tandas,cara-cara menjaga kebersihan tandas sekolah

Tags: , , , , ,

This entry was posted on Thursday, April 22nd, 2010 at 11:19 am and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments so far

1.  Bro Framestone
May 3rd, 2010 at 6:54 pm

dorg kat rumah xpakai tandas huhuhu… tue yg suka mengotorkan tandas di luar he..23x

yg bro rase selesa tandas pavilion je…

tandas klia tidak memuaskan… lagi terus tandas low yatt

2.  Ayu
May 4th, 2010 at 11:32 am

bro framestone,

mungkin gak la, kat umah pakai tandas gali jer kot? uhuhuhuh
erm, tandas low yat tak yah citer ar, rasa nak muntah kalau teringat.. yuckssssssssss!!

3.  salam
June 5th, 2010 at 4:14 pm

orang2 tak bersihkan tandas ni orang yang di laknat allah….ayu mari kita exchange link…ni blog saya..klu sudi bgtahu..http://sabahikhwansalafiiy.blogspot.com

4.  nash
July 20th, 2010 at 11:11 pm

huhu..nice info..tak sangke pompuan lagi dasat merokok dalam tandas….huhu..tapi apepown tandas lelaki still yang teruk…hahahahha :P

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash player