Tambang bas naik lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Salam semua!!!

Yeayyyyy, hari ni hari Jumaat!!! Esok cuti!!! heeheheheh…

Dah baca muka hadapan akhbar pada hari ini?? Ya, tambang bas dan teksi naik lagi… Berita gembira untuk syarikat bas dan teksi, tapi bagaimana pula dengan pengguna??

Tambang bas sudah beberapa kali dinaikkan.. Dulu, sewaktu saya masih menuntut di UiTM Shah Alam, tambang bas ke Melaka cuma RM6.70, kemudian naik ke RM8.40, sekarang, sudah RM12.40, lepas nih, tak tau lah berapa ringgit lagi.. Aduh.. nampaknya bus bukan lagi pengangkutan yang ‘affordable”.. Kalau dulu, mungkin ada yang balik kampung setiap minggu, namum selepas kenaikan harga ini, ada yang terpaksa berfikir dua kali..

Saya terfikir kepada keluarga yang tidak ada kereta sendiri, yang mana memang bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk balik ke kampung pada hari-hari perayaan.. Hurm.. Kenaikan tambang pasti agak membebankan terutama jika bilangan ahli keluarga itu besar.. Owh, kasihannya!! 

Gaji masih sama, tapi barang, tambang, semuanyaaaaaaaa naik, Dan nampaknya, mereka yang menggunakan bas dan teksi setiap hari, terpaksa membuat budget baru mulai 1 Ogos ini.. !!

Saya tidak berniat untuk membidas kerajaan atau meniupkan kemarahan rakyat jelata yang membaca post saya kali ini, cuma saya meluahkan perasaan sedih dan tidak puas hati saya sebagai seorang pengguna dan rakyat yang prihatin, itu sahaja.. Saya terfikir, apakah kenaikan harga itu bererti peningkatan kualiti servis?  Adakah keselamatan penumpang akan lebih terjamin dan terjaga?  Adakah kenaikan itu akan mengurangkan kemalangan2 ngeri ataupun menghapuskan terus para pembawa teksi yang cekik darah??  Hurm, entahlah.. Siapa nak tolong jawab untuk saya?? huhuuhhu

5 thoughts on “Tambang bas naik lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

  1. Ayu Post author

    rem,
    pada yang berkemampuan, bolehlah beli pengangkutan sendiri, tapi bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah yang memang betul2 berharap pada pengangkutan awam sahaja untuk ke sana sini?
    gaji mereka pun dah cukup2 makan, inikan pulak nak beli pengangkutan sendiri..
    kesian mengingatkan keadaan mereka ini..

    nashrique,
    dalam paper ada mengatakan kerajaan akan memastikan perkhidmatan dinaiktaraf @ diperbaiki selaras dengan surcharge 30% tu.. tapi sejauh mana keberkesanan & perlaksaaannya, kita tungguuuuuuuuuu aje laaaaa.. heheheh

  2. rem

    maknanya,dulu tu taklama dahulu la kan..saya dulu pun slalu jek balek guna public transport..memang untung,murah..tapi tu dululah…

    maknanya,skarang ni lebey baek ada transport sendiri kalau nak kemana-mana..lagi untung,share duit minyak dgan kawan-kawan..aduh duh

  3. Ayu Post author

    Yup.. UiTm.. usaha jaya maraaaaaa… huhuhu
    Tu la dik, menyusahkan betul la…
    Orang akan fikir 3-4 kali nak balik kg..
    RM50.00 tuh banyak, kan? Macam2 buleh buat dengan RM50.00 tuh..
    Terpaksalah buat budget betul2 lepas nih.. Bus mini pun naik! huh!!! 🙁

  4. Fatin Pauzi

    Owh, akak UiTM Shah Alam ek?
    Huhu. senior la ni. keke..
    Tambang bas memang dah melampau2
    naik sekarang. Yang dulu asal balik
    ganu RM 30 je dah naik dekat RM 50. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge