Assallammualaikum Semua!
Hari ini Hari Selasa, Semoga Anda Semua Ceria! hehe – pantun 2 kerat yang tak berapa nak berirama.. haha…
Bulan lepas, 18/06, pada waktu begini saya masih di Amsterdam, dan pada bulan lepas pada tarikh ini, saya berada di Zaanse Schans.. Ini adalah salah satu tempat yang wajib dilawati di Amsterdam.. Ia sebua perkampungan yang cantik, dengan rumah2 seperti rumah gula2 dalam cerita dongeng, kincir angin yang cantik, kedai cheese dan yang paling popular, kedai clogs @ terompah kayu! Berada di sini sangat mendamaikan, cuaca juga menyebelahi kami kerana matahari memancar riang, namun diselangi dengan angin sejuk yang mencengkam tulang.. 5 lapis baju dipakai + satu kot, tapi masih terasa dingin yang menusuk2 bila angin datang menyapa.. (sorry, hari ni mood jiwang2 so ayat pun macam minah bunga! ahaksss)
Kami ke sini dengan menaiki bus dari Amsterdam Centrale.. Anda boleh ambik train & berhenti di Amsterdam Centrale. Kemudian, bila anda keluar dari bangunan, belok ke kanan. Anda akan nampak banyak tram & bus di situ.. Bus ke Zaanse Schans berwarna merah, nombor 391.. sangat mudah untuk mengenali bus ni sebab ada tertulis perkaatan Zaanse Schans di hadapan bus tersebut.. harga tambang saya tak ingat, esok saya update semula.. Pemandunya seorang Islam kerana apabila melihat saya, beliau segera memberi salam.. Itu yang indahnya Islam, pegucapan salam kepada saudara seagama terus mengikat kemesaraan.. 🙂
Bagi saya, menaiki bus lebih mudah kerana ia berhenti betul2 di hadapan Zaanse Schans Museum.. hanya perlu berjalan lebih kurang 5 minit untuk ke pintu masuk.. Kalau naik train, agak jauh juga anda perlu berjalan.. Masuk adalah PERCUMA!! Ye, percuma ye adik2! Tapi nak masuk muzeum kena bayar 9Euro.. dalam ni ada cafe, kedai cheese, kedai clogs & kedai cenderamata.. Tapi harga sangat ler mahal.. kalau nak beli seketul dua untuk kenangan boleh la..
Informasi mengenai Zaanse Schans, sila rujuk gambar2 di bawah..
Berada kat sini, memang rasa cam dalam fairy tale, mungkin sebab persekitarannya, suasananya yang damai.. Hampir sehari kami habiskan masa kat sini.. Sempat juga berpiknik sekejap kat tepi tasik, makan sandwich & buah2an..

Anak saya complaint sebab pakai baju banyak lapis!
2 sweater, 3 long sleeve!
Seluar panjang + jeans lagik.. hehe
Sejuk sangat!
- Jambatan ni akan terangkat bila ada kapal nak lalu.
lepas tu, ia kembali sebagai jambatan yang lurus
rezeki kamu nak tengok jambatan ni terangkat 🙂
Sape berani nak naik ferry tu?
2 euro aje! huhu
Ok, ni dah masuk kawasan muzeum & kedai terompah kayu.. Di sini ada demonstrasi membuat terompah ni.. Kalau boleh, pastikan dapat tempat duduk jadik anda boleh lihat dengan lebih jelas proses membuat terompah ni.. Harga cenderamata terompah2 ni agak mahal juga.. Satu keychain harga 3.95euro, padahal benda yang sama kat Amsterdam Centrale baru 1Euro.. Seronok tengok demo buat terompah tu & rasa teruja tengok terompah2 yang berwarna warni! Tapi bila kira2 balik syiling tak cukup, tak jadi le beli, mampu ambik gambau aje! haha..
Dari Zaanse Schans anda boleh ke Marken & Volendam, tapi kami tak pergi sebab hari dah petang & kami rushing nak balik ke Amsterdam Centrale untuk berjalan2 kat sana pulak.. My review of this place – MUST VISIT! Pergi awal pagi jadi anda ada banyak masa untuk menikmati pemandangan & boleh ambik gambar dari angle yang cantik2… Bila dah tengahari sikit, orang dah ramai, tak berapa best nak bergambar… Kat sini ada juga beberapa tempat untuk Bed & Breakfast.. Best woo kalau dapat tido kat sini, nyaman je, bangun2 tengok kincir angin kan.. hehe.. So make sure ye, tempat ni harus dilawati kalau ke Amsterdam!