Tag Archives: Westminster Bridge & Leicester Square

Autumn in London – Eye of London, Westminster Bridge & Leicester Square

Assallammualaikum wbt

Usai melawat Big Ben, saya sempat bergambar di atas Westminster Bridge, kemudian, kami menaiki bus untuk ke Leicester Square.

Westminster Bridge

Westminster Bridge

Untuk ke sana, kami perlu tukar dua bus, nanti saya check semula nombor bus. Kami perlu berhenti di Regent Street untuk menaiki bas kedua ke Leicester Square.

Di Regent Street ni, ada Hamley’s, kedai mainan yang terkenal di London. Ini sedikit info mengenai Hamleys (sumber dari Wikepedia):-

“Hamleys is the oldest and largest toy shop in the world and one of the world’s best-known retailers of toys. Founded by William Hamley as “Noahs Ark” in High Holborn, London, in 1760, it moved to its current site on Regent Street in 1881.”

regent-street-2

regent-street-3

Kami singgah sekejap saja di Hamleys sebab risau terlepas bas. Memang besar & best gila.. anak saya sampai tak nak keluar, kalau boleh nak tido dalam tu haha

Tujuan utama kami ke Leicester Square ialah untuk melawat M&M’s World. Masuk adalah percuma! Kalau anda penggemar coklat & ingin mendapatkan pakaian bertemakan M&Ms, silalah sediakan duit secukupnya sbb mmg rambang mata bila dah sampai sini. anda boleh check web M&Ms di sini sebelum pergi, so boleh la budget secukupnya ya..

Saya tengok di Leicester Square ini juga, ramai anak2 muda membuat pertunjukan tarian dan nyanyian secara percuma.. ala2 street performer gitu la.. Di sini juga ada IMAX, iaitu salah satu rangkaian panggung wayang di London. Masa kami di sana, cerita Bond sedang ditanyangkan.. tapi sebab takde budget, kami ambik gambar je la depan IMAX.

mms-world-leicester-square

mms-world-london-2

mms-world-london-4

mms-world-london-3

leicester-square

leicester-square-2

Usai melawat M&MS World dan berehat seketika di Leicester Square, kami balik ke apartment untuk solat & makan.

Sebelah petangnya, kami kembali semula ke Westminster, nak tengok London Eye & Big Ben di waktu malam.

Sebelah malam lagiiiii la sejuk.. Tapi gigih la redah kesejukan nak tengok London Eye dgn Wesminster di waktu malam kan.. Sempat la juga dengar jam Big Ben tu berbunyi.. memang teruja, selalu tengok dalam TV, kali ni dengar dengan telinga sendiri.. Rasa sebak, sebab rasa besarnya nikmat Allah bagi, sampai ke London Allah panjangkan rezeki saya..

london-eye

Insya Allah, akan saya sambung lagi bila ada rezeki & kelapangan waktu..

xoxo