Assallammualaikum wbt
Kabare semua? Seronoknya adik2 yang cuti sekolah tu, boleh bangun lambat + tengok tv + main game lama2! Tapi ada yang mengeluh sebab masih kena pergi tuisyen, pegi kelas taekwando bla bla bla.. Tak kurang jugak yang dok “memerap” mak ayah ajak pegi jalan2 masa cuti sekolah ni.. Kalau adik2 @ mama @ abah tak tau nak pergi ke mana masa cuti ni, apa kata anda melawat Taman Burung Kuala Lumpur 🙂
Saya tau ada pembaca kata, si Ayu ni, pegi zoo la, taman burung la, taman rama2 la, taman ular la, asyik2 tengok binatang, tak boring ker? Jawapan saya – Tak boring langsung!!! Inilah caranya kita mendekatkan diri kita dengan makhluk2 Allah yang lain, belajar sesuatu yang baru tentang makhluk2 ini & menghargai ciptaan Allah yang Maha Esa.. Tambahan pula, mana lagi nak tengok haiwan2 ni secara dekat kalau kita tak pegi ke taman2 sebegini, kan? Kalau nampak ular kat umah, ada berani ke nak tengok ular tu depan2 mata?? Sahih kita dah melompat2 dan carik benda nak bunuh ular tu kan? 🙂
Ok, sebelum pergi, 2perkara penting ni mama + abah kena tengok dulu, iaitu harga tiket + waktu operasi Taman Burung Kuala Lumpur. Sila rujuk gambar di bawah (gambar ehsan dari website Taman Burung Kuala Lumpur).
Bagi anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur – anda boleh menggunakan perkhidmatan bas awam, komuter @ LRT untuk ke Taman Burung ini.:-
By public transport
- Rapid KL Bus No. B115 from Kotaraya to Jalan Parlimen
- KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service, disembark at Station No. 14 in front of KL Bird Park Main Entrance. Buses available at every 30 to 45 minutes interval.
- By KTM Commuter Train, disembark at the KTM Old Railway Kuala Lumpur Station located near the National Mosque
- Public taxis – Advisable to look for taxis that uses the coupon or meter system.
Sila rujuk gambarajah untuk peta ke Taman Burung Kuala Lumpur ini ye..
Seterusnya, rancang waktu perjalanan sebab setiap hari, ada waktu2 tertentu untuk pertunjukan @ aktiviti dengan burung2 di sini.. Masa saya pergi tu, saya tak check website ni dulu, so banyak pertunjukan yang kami terlepas 🙁
Seelok2nya, datang pada awal pagi, jadi cuaca tidak begitu panas & banyak masa yang anda boleh habiskan dengan burung2 di sini… Tempat parking kereta pun terhad, kalau anda datang lambat, kena parking jauhhhh & kena jalan jauhhh jugak la…
Satu lagi, jangan lupa bawak kamera yang dah dicaj sepenuhnya.. kalau bawak kamera takder bateri pun tak guna u olsss.. kena gelak jer dengan burung2 tu.. haha…
Ok, kalau semua perkara di atas dah settle, silalah melawat Taman Burung dengan gumbira! Lalalalalalala.. Kami ke Taman Burung ni tahun lepas, cuaca tak menyebelahi kami sebab hujan renyai2.. Tapi, kami still enjoy the visit! Istimewanya Taman Burung Kuala Lumpur ini, anda boleh melihat burung2 ni live depan mata sebab kebanyakan burung2 ini tidak dikurung dalam sangkar.. Taman Burung Kuala Lumpur ni juga dikenali sebagai World’s Largest Free Flight Walk in Aviary @ dalam Bahasa Melayunya – Taman Burung Dengan Laluan Jalan Kaki Terbesar Di Dunia (please correct me if i’m wrong ya!)
Lepas beli tiket, kita akan diberikan tiket dalam bentuk gelang kertas ni, jangan buka sampai la balik nanti..
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam sangkar burung2 ni, anda akan disambut oleh sekawan burung kakak tua.. Terus datang mood nak nyanyi: –
Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sebelum masuk Taman Burung tu, nyanyi ramai2, ambik feel dulu… hehehe..
Urm, 2000 ekor burung macam yang dinyatakan dalam papan tanda selamat datang tu, macam tak boleh nak percaya sangat la sebab tak banyak burung yangkami nampak.. Mungkin 2000 tu termasuk burung2 yang dah mati agaknya.. huhu.. Gambar2 kat bawah ni adalah burung yang kami jumpa masa lawatan kami dulu..

Burung merak ni, macam tau2 je kami nak ambik gambar dia.
Nampak je kami pegang kamera, terus dia kembangkan sayap.
Cantik sangat kan 🙂
Masa ni kami memang rasa teruja sebab burung2 ni akan datang dekat2 dengan kita untuk makan.. Semuanya jinak2.. Ada sorang staff akan tabur makanan pada burung2 ni.. nasib baik masa tu kami berdiri sebelah staff tu, so dapatlah tengok burung2 ni dekat2, lepas tu dah ramai tourist berkumpul sekeliling burung2 ni..
Selain dari burung2 kat atas, ada juga kolam ikan koi.. Macam kat Taman Rama2, ikan2 kat sini sihat walafiat.. hehe
Di Taman Burung ni juga, ada surau, kedai makan + kedai cenderahati.. So tak perlu risau kalau tak sempat nak tapau apa2 dari rumah, boleh menjamu selera di sini ye.. Selamat melawat Taman Burung Kuala Lumpur!!!