Tag Archives: turkish delight

Diari Istanbul 20 – Spice Bazaar @ Misir Carsisi

Assallammualaikum..

Salam hari Jumaat pertama dalam tahun 1434 Hijrah πŸ™‚

Saya masih lagi selsema, dengan keadaan sejuk dalam opis ni, memang hidung tersumbat, dok bernafas dengan mulut dari pagi tadik.. dah pakai sweater, dah pakai stokin, jadik macam orang dalam pantang lak hari ni.. hik2..

Waktu2 sejuk begini, teringat teh epal di Spice Bazaar.. Rasanya memang sedap sangat.. Kami ada beli beberapa kotak teh epal, tapi tak sama langsung dengan yang dijual di Spice Bazaar tu πŸ™

Spice Bazaar ni adalah tempat membeli belah yang kedua terbesar di Istanbul.. Ia juga dikenali sebagai Misir Carsisi.. Ia lebih kecil dari Grand Bazaar, tapi kebanyakkan barang2nya adalah sama, dengan harga yang lebih murah.. Seperti di Grand Bazaar, anda juga perlu tawar-menawar hingga penjual memberikan anda harga yang paling murah..

Jika anda dari hotel2 di sekitar Sultanahmet, anda boleh naik train dan turun di stesen Eminonu.. Spice bazaar ini juga berada di belakang New Camii, jadi tidak payah untuk anda mencari tempat ini..

Para pengunjung di hadapan pintu masuk Spice Bazaar

 

 

Bahagian dalam Spice Bazaar

 

 

Berbagai jenis lokum di Spice Bazaar

 

Buah-buahan kering & kacang2..

 

Kofte – daging yang telah dicampurkan dengan rempah2, sedap!

 

 

 

 

 

 

 

Ha, orang ni menjual air, harganya 1TL segelas kecil πŸ™‚

 

Tengok papan tanda tu, Spice Bazaar ni dah dibuka sejak 1664!
Dah lama sangat kan?