Tag Archives: Tujuh Amalan Sunnah Rasullulah SAW

Salam Maulidur Rasul :)

Assallammualaikum Semua,

Salam Maulidur Rasul buat semua, marilah kita sama2 banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  Saya tersentuh mendengar lagu Law Kana Bainanal Habib ni, sungguh indah liriknya, rasa rindu yang mendalam pada baginda Rasullulullah SAW.. Kredit terjemahan ini kepada blog Dr Nasrullah video dari You Tube 🙂

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.

Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan…

Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,

Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,

Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.

Kami mohon…Kami mohon pada-Mu,

Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam…..

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,

Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,

Dengan haruman baginda sebelum hilangnya

Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum

Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.

Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,

Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.

Hidayahmu kepada alam merata luas

Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.

Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.

Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai MuhammadWahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji

Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.

 

 

Tujuh Amalam Sunnah Rasullulah