Tag Archives: tourist guide Melayu ke Haytai

Sawadika- Sehari di Hatyai – Songkhla Zoo

Assallammualaikum semua

Seperti yang telah diberitahu pada posting sebelum ini, saya dan keluarga mertua telah melawat Zoo Songkhla pada 03Februari, 2013.

Perjalanan bermula dari Padang Besar, Perlis.  Sepanjang perjalanan menuju ke Songkhla, saya dapati negaranya lebih kurang Malaysia sahaja.. Cuaca pun sama, so kalau ada sesiapa nak ke Songkhla ni, tak payah ler nak poyo2 bawak kot bagai ye, cuaca sama je dik non! huhu..

Immigration Padang Besar

Kami ke sana dengan van yang telah disewa bersama dengan pemandu cum tourist guide, iaitu Abang Man yang hensem (sorry, abang Man dah kahwin, anak 3 ye.. sekian, fullstop) hehe.. Kalau ada yang nak menggunakan khimat Abang Man untuk ke Hatyai, boleh tinggalkan komen di ruangan komen ye..  Kelebihan Abang Man ni, dia pandai cakap Siam, so kalau kena tahan dengan polis Siam (macam kami kena aritu) takder masalah sebab dia boleh menggunakan kemahiran bahasanya itu untuk berkomunikasi.. kalau kena kat kami, kami cakap Sawadikapppppppppp jer la memanjang.. muahahaha.. Abang Man ni based in Padang Besar, Perlis, dia dah kerap ke sana, so dia tahu selok belok & tempat untuk shopping & cari makanan halal (Abang Man, jangan lupa komisyen noo.. penat promote ni.. muahahah)

Abang-Man-Tourist-Guide-ke-Hatyai

Ni la van yang selesa yang kami sewa selama sehari tu..

Ni la van yang selesa yang kami sewa selama sehari tu..

 

Ok, back to the journey, lepas dah tukar duit Thai Bhat kat Padang Besar, kami pun memulakan perjalanan..

 

Papan Tanda Haytai

Di sepanjang jalan menuju Hatyai, saya dapat melihat gambar raja Thailand.. Saya difahamkan, raja tersebut sedang gering ketika ini..

Perjalanan ke Haytai Perjalanan ke Haytai 2

Setalah menempuh lebih kurang 40 minit perjalanan, sampailah kami ke Hatyai.. Dari jauh dah nampak signboard Welcome to Thailand! Sawadikaaaaaaa!

Welcome To Thailand Signboard

Perjalanan ke Haytai 3

Apabila sudah sampai ke bahagian pekan, jalan sudah mulai sibuk.. Di sini terdapat ramai penjual kalungan bunga yang akan menghampiri kereta2 yang berhenti semasa lampu merah, harga satu kalung bunga ialah TB10 – RM1.00

Penjual Kalungan Bunga di Haytai

Lebih kurang 15 minit kemudian, dah nampak dah signboard Welcome to Songkhla Zoo.. Yippieeeeeee! Anda tak mungkin terlepas zoo ni sebab banyak kali jugaklah jumpa sigboard Songkhla Zoo ni.. Pintu gerbang dia pun besar & cantik2..

Songkhla Zoo Signboard Welcome to Songkla Zoo

Pintu Gerbang Songkhla Zoo

Berbeza dengan Malaysia, zoo biasanya terletak di tepi jalan, tapi Zoo Songkhla ni terletak di hujung kawasan perumahan, di atas bukit.

Berbeza dengan Malaysia, zoo biasanya terletak di tepi jalan, tapi Zoo Songkhla ni terletak di hujung kawasan perumahan, di atas bukit.

 

Ok, ini jalan masuk ke Songkla Zoo.. Nak masuk ke dalam pun jauh babe, memang kena naik keta @ tut tut la.. tapi kalau gagah perkosa, boleh jer jalan sampai ke dalam.. 🙂  Cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan sudah mula renyai2 semasa kami tiba..

Jalan masuk ke Songkhla Zoo Jalan Masuk ke Songkhla Zoo 2

Jalan Masuk ke Songkhla Zoo 3

Inilah kaunter tiket Songkhla Zoo.  Seorang pelawat dikenakan TB100 (RM10.00), dan kereta pula dikenakan caj TB50 (RM5.00), so kami sekeluarga kena bayar TB850.00.  Soalannya – berapa ramaikah ahli keluarga saya yang membuat rombongan cik kiah ke Songhkla Zoo pada 03/02/2013? Ha, cepat2 kira.. heheheh

Check Point Zoo Songkhla

Songhkla Zoo ini amatlah luas sekali.. Berbeza dengan Malaysia, yang mana jarak antara kandang hanyalah sepelaung, kat sini pulak kena naik kereta @ train yang disediakan oleh pihak zoo bagi melawat setiap kandang..

Di sini juga ada masa-masa tertentu untuk pertujukan haiwan seperti burung, singa laut & harimau.. Tapi masa kami bergegas pergi ke pertunjukan burung, dah habis dah.. sempat tengok dalam 5 minit la.. rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Bird Show Stage - Songkhla Zoo

Ini la stage tempat Bird Show tu..
Tengok stage jer la yer..

Bird Show - Songkhla Zoo

Sempat tengok burung helang ni terbang dari tangan
abang ni kepada kawan dia kat bawah.. huhu

Bird Show - Songkhla Zoo 2

Terbang sekejap……
aik, dah sampai..
sekian!

Survival of the Wild Signborad - Songkhla Zoo

Orang ramai yang telah sampai lebih awal..

Usai sahaja pertunjukan ni, kami bergegas nak tengok seal show, tak nak ketinggalan lagik, so terus naik keta dan vroommmmmmm ke tempat seal show.

Arca Penguin @ Songkhla Zoo

Ini arca penguin di tapak pentas seal show.. Dalam flyers kata ada penguin, tapi kami perg, tak ada pulak.. sedih lagik.. Arca Seal @ Songkhla Zoo

Seal Presentation Signboard Songkhla Zoo

Seal presentation ni memang amatttt menghiburkan! Ada dua ekor seal (anjing laut) yang membuat persembahan.. Tengok jer la gambar2 tu ek, memang best!

Seal Show= Songkhla Zoo

Seal Show= Songkhla Zoo 2

Seal Show = Songkhla Zoo 3 Seal Show = Songkhla Zoo 4 Seal Show = Songkhla zoo 7

Seal Show = Songkhla Zoo 5

Seal Show Kissing Show - Songkhla Zoo 9

Seal ShowKissing Show - Songkhla Zoo 8

Ni namanya Macho, dia lebih besar dari anjing laut yang pertama tadi..

Ni namanya Macho, dia lebih besar dari anjing laut yang pertama tadi..

Seal Show - Songkhla Zoo 6 Seal Show - Songkhla Zoo 8 Seal Show - Songkhla Zoo 9

Macho melompat ke udara untuk menyentuh bola dengan hidungnya

Macho melompat ke udara untuk menyentuh bola dengan hidungnya

Seal Show- Songhkla Zoo 10 Seal Show- Songkhla Zoo 10

Lepas menonton pertunjukan seal tu, kami naik kereta balik dan menuju ke sangkar burung.. masa ni hujan lebat so kami tak turun, ambik gambar dari dalam van aje.. Arghhhhhhhhhhh, rugi! huhu

Ini laluan di antara sangkar burung2 di zoo tersebut

Ini laluan di antara sangkar burung2 di zoo tersebut

Burung @ Songkhla Zoo

Ini ler satu-satunya burung yang kami nampak dari dalam van.. huhu

 

Dari sangkar burung, kami ke kandang gajah.. ada 3 ekor gajah kat sini.. kandang ni besar ye kawan2, memang luas, sesuai la dengan fizikal gajah yang besar kan.. Nampak happy je gajah ni..

Gajah Elephant @ Songkhla Zoo

Dari kandang gajah, kami meneruskan perjalanan ke kandang harimau.. Kat dalam kandang ni ada lebih kurang 6 ekor rimau, semuanyaaaaaaaaa nampak sihat dan aktive!

Harimau Tiger @ Songkhla Zoo

Ini yang paling menarik perhatian saya – harimau putih.. ada 2 ekor, sekor rehat2 di bahagian atas, sekor lagik sedang bersiram.. besar woooo.. dia dok perhati je pengunjung2 kat bahagian atas.. mungkin rimau ni berpikir, kalau aku BBQ ke, masak masam manis ke, tak pun buat daging manusia masak merah ke, ok gak kot? muahahahhaHarimau Putih @ Songkhla Zooia  Harimau Putih Berenang @ Songhkla Zoo Harimau Putih Berenang @ Songhkla Zoo 2 Harimau Putih Berenang @ Songhkla Zoo 3

Dari kandang rimau, kami ke Pulau Oran Utan, tapi hampa sekali lagik sebab tak ada sekor pun orang utan, ada orang utan batu je! Keciwa..  🙁

Pulau Orang Utan @ Songkhla Zoo 2

Ni kat sangkar monyet, si kecik ni tak tahan, busuk katanye.. poyo! huhu

Ni kat sangkar monyet, si kecik ni tak tahan, busuk katanye.. poyo! huhu

Gibbon @ Ungka Island Songkhla Zoo

Dari Pulau Orang Utan, kami ke Gibbon Island, atau nama kampungnya, Ungka.. hehe

Ungka Hitam @ Songkhla Zoo Ungka 2 @ Songkhla Zoo

Arapaima @ Songkhla Zoo

Ikan Arapaima, nampak dalam gambar kecik, tapi panjangnya lebih kurang sedepa.
Ikan ini sengaja diletakkan dalam kolam agar ungka2 ini tidak meredah air untuk melarikan diri.

Arapaima 2 @ Songkhla Zoo Arapaima 3 @ Songkhla Zoo

Sekali je ikan ni melompat, tapi sangat pantas, nampak sikit je bahagian badannya..  Bila nampak aje ikan ni, ungka2 tu bersahut-sahutan, mungkin memberi amaran kepada kawan2 yang musuh sedang berada di dalam kawasan mereka..Ungka @ Songkhla Zoo

Ungka Coklat @ Songkhla Zoo

Dari Pualu Ungka, kami bergerak ke Anjung Tinjau.. View kat sini memang awesome! Sangattttttttttttt cantik!!

Pemandangan dari Songkhla Zoo

Sewaktu di anjung tinjau, hujan dah mula lebat semula, so kami mengambil keputusan untuk keluar untuk ke destinasi seterusnya..

Dalam perjalanan keluar, kami nampakla Songkhla Water Park.. Disebabkan mengejar masa & hujan, tak dapat la singgah.. Maybe next time, Insya-Allah 🙂

View of Songkhla Zoo Waterpark 2 View of Songkhla Zoo Waterpark Bye2 Songkhla Zoo

Bon Voyage Songkla Zoo!Bon Voyage @ Songkhla Zoo Haiwan di pintu gerbang Zoo Songkhla 3 Haiwan di pintu gerbang Zoo Songkhla Haiwan di pintu gerbang Zoo Songkhla 2

Pemandangan Songkhla Zoo dari jalanraya

Pelawat menemui web ini melalui carian:

Kereta sewa hatyai ke padang besar,tempat menarik di songkhla,sewa van ke hatyai,tempat menarik di hatyai dan songkhla,tempat menarik di songkhla thailand,sewa van dari padang besar ke hadyai