Tag Archives: tips percutian ke London

Autumn in London – Tempat-tempat Wajib Dilawati Di London

Assallammualaikum wbt

Hari ni saya nak share kawasan-kawasan yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke London.. Semoga ia bermanfaat untuk anda menyusun perjalanan dan merancang masa lawatan anda ketika berada di sana.

London Attraction

tempat-wajib-lawat-di-london

Kawasan A tu landmark buildings utk London, kiranya tak complete lawatan kalau tak ke sana.. Saya syorkan anda spend setengah hari @ satu hari di sini kalau nak bergambar atau nak melawat semua tempat di sekitarnya.  Saya cuma habiskan setengah hari di sini untuk bergambar dan lepak2 .. Saya naik bus ke semua kawasan di atas, tube station tu adalah dari pembacaan saya.. So double check sebelum naik train ye.  Boleh check di sini

Kawasan B pun wajib pergi. Kalau naik bus, tolonglah pergi pagi2.. kami buat kesilapan sbb pergi petang dan naik bus, jem yang amat.. buang masa sejam tau 🙁  Kalau naik tube, tak jem la huhu

Kawasan C & D, optional, tu tempat shopping dan cuci2 mata saja,  Tapi kalau anda hantu shopping, ni jadi tempat wajib untuk anda la kan haha

Semoga posting ini bermanfaat untuk anda semua yang merancang percutian ke London 🙂