Tag Archives: tips memilih lokasi percutian

Tips Memilih Lokasi Percutian

Assallammualaikum wbt,

Last week, ada yang tanya, macam mana saya buat keputusan dalam memililih lokasi percutian.. Saya kongsikan “cara saya” dan suami dalam membuat pilihan ye..

1)      Mula2 tanya dulu – Siapa yang akan pergi? Pergi sendiri? Pergi dengan suami/isteri? Anak2 ikut tak? Ada orang tua tak? Kenapa ye? Sebab kalau ada anak2 @ orang tua, tak kan nak ajak diorang panjat gunung, redah hutan, berenang di lautan, kan? Tempatnya kena sesuai dengan semua orang & kena dengan kesihatan semua orang.  Contohnya kalau ada yang bawak family, dan kakinya tak boleh berjalan jauh, so kena cari tempat lawatan yang “within walking distance” antara satu sama lain.. Contoh je ni ye..

2)      Bila No 1 dah ditetapkan, boleh la fikir  tempat yang ingin dilawati.

3)      Tetapkan masa bila kita nak pergi – kalau Negara yang ada 4 musim tentukan samada musim panas, musim sejuk, musim bunga @ musim luruh. Kalau Negara beriklim seperti Malaysia, mungkin boleh pilih pertengahan tahun dan sebagainya.

4)      Research: – Banyak, banyak, banyak buat research di internet majalah, buku + blogs.  Saya baca semua blog, tak kiralah samada backpacker, sederhana @ mewah. Masing2 ada kelebihan yang boleh kita gunakan @ kekurangan yang boleh kita jauhi.  Setiap orang ada pengalaman & pandangan masing2, jadi bacalah semua blog yang ada kena mengena dengan destinasi yang kita nak pergi tu.  Mungkin orang yang kaya raya ni tahu tempat2 percuma yang orang2 biasa @ backpacker tak tau dan sebaliknya. Setiap orang ada cara travel masing2, tak ada yang betul & tak ada yang salah.. Simpan satu file @ buku note mengenai research kita ni.  kalau saya, saya siap bind dan adakan satu buku nota khas untuk rujukan.

5)      Senaraikan tempat2 menarik yang PERCUMA dan apa2 bentuk pass yang membolehkan kita dapat diskaun utk masuk ke semua @ sesetengah tempat dan pengangkutan.  Kita boleh safe banyak duit kalau beli pass (seperti Museum Pass Istanbul + Holland Pas, Amsterdam).

6)      Subscribe pada semua travel groups, travel forums, travel blogs, airlines web, hotel webs etc, yang akan sentiasa ada updates mengenai promosi terbaru @ diskaun.

7)      Bila semua ni dah buat, dan kita dah pasti siapa dan ke mana tempat tujuan kita, dah boleh buat budget + itinerary perjalanan kita.

8)      Sentiasa berdoa banyak2 semoga Allah mudahkan perjalanan, memberikan kesihata & kekuatan serta melindungi kita dari segala bahaya.

9)      Jaga kesihatan bila dah dekat2 tarikh nak berjalan tu, banyak bersenam dan makan makanan sihat supaya tak demam dan sebagainya.. Kita merancang, Allah yang mentukan..

10)   Kalau ada masa, share tentang lawatan kita tu di blog @ facebook dengan niat supaya kawan2 lain yang nak melawat tempat tu, akan dapat manfaat & pengetahuan.  Tak semua orang suka dengan perkongsian kita, ada orang akan kata kita poyo atau macam bagus, tapi Insya Allah, yang Maha Esa tahu apa yang tersurat & tersirat dalam hati kita, Insya Allah…

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.. Happy travelling everybody!

Inside Train from Roosendaal To Antwerpen Centrale