Assallammualaikum semua
Dah makan tengahari ke? Cuaca sekarang ni panas sungguh kan.. nak keluar makan pun malas.. jadiknya saya menulis la pasal lawatan ke Amsterdam lagik ye..
19.05.2013 merupakan harijadi anak saya yang ke 3.. So dah pakat2 dengan suami nak bawak dia gi Zoo.. Excited gak sebab 1st time nak tengok zoo di bahagian Europe kan.. So pagi2 tu kami dah keluar.. Dah bawak siap2 sandwich, pisang, roti, air milo + air masak semua.. Kami menggunakan free pass yang kami dapat dengan pembelian Holland Pass untuk ditukarkan kepada 24 hour GVB ticket.. Gambarnya boleh tengok kat bawah tu ye.. Dari Schipol, kami naik bus ke Amsterdam Sloterjik, dari sana pulak naik tram ke Amsterdam Centrale & tukar tram untuk ke Artist Zoo. Berikut adalah perbelanjaan kami untuk 19.05.2013.
p/s: untuk detail perbelanjaan, saya akan buat entry khas ye… so tak bercampur2 dengan entry tentang lawatan..

Kami terlepas satu stesen, so kami turun di stesen yang berikutnya.. Tiba di stesen tram tu, kami tercangak2 gak.. kiri kanan semua bangunan aje.. mana pulak ler zoo ni kan??? Rupanya zoo tu memang dalam kawasan bandar.. Masa tiba kat sana, orang punyalah ramaiiiiiiiiiiiiii, sampai keluar beraturnya.. Nasib baik dah ada free ticket dengan pembelian Holland Pass, so kami redeem aje tapi untuk birthday boy, kena beli sebab umur 3 tahun ke atas dah kena bayar.. Untuk masa pembukaan & harga tiket, sila rujuk di bawah:-


Artist Zoo ni dah berusia 175 tahun tau!! Dah lama sangat kan? Masa masuk tu, saya anggap zoo ni macam typical zoo la, ada binatang2 aje kan, tapi silap la impression saya.. Artist Zoo ni aquarium, planetarium, small park untuk kanak2 main gelongsor, cafe dan perpustakaan! Hebat betul.. Zoo ni sangatlah bersih, siap ada taman bunga tulips lagik tu, boleh piknik kat sini tau! Kalau anda ada anak2, sesuaiiiiii sangat la nak pegi sini, highly recommended!
Jom tengok gambar2 kat sana, sambil tu saya akan berikan description sekali yek! Sebelum tu sila baca history Artist Zoo ni 🙂


Map ni boleh dibeli dengan harga 2Euro.


Birthday boy yang excited nak tengok gajah! hehe
Ok, ni tram station tempat kami brhenti.. kalau anda ke zoo, advisable naik dari sini sebab kalau berhenti kat tram station yang sebenar, ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat, berebut nak naik!




Tulipssssssssssssssss!
Cantik sangat!





tengok gigi pun dah seram!
sebelum kita sempat goreng, dia dah baham tangan kita dulu! hahaha
Ini kat dalam Aquaria.. Seriously saya tergamam tengok ikan2 yang besar macam saya dalam Aquaria ni.. Tapi tak dapat nak ambik gambar sebab lampunya sangat malap, seolah2 macam dasar laut.. Anak saya menangis2 takut tengok ikan tu.. huhu.. Bukan sekor dua, tapi ada dalam 15 ekor.. kalau kena libas dengan ekor, rasanya hilang sebelah pipi saya! haha.. So gambar2 bawah ni jelah yang sempat ambik dalam Aquaria..

Ha nampak tak chimpanzee ni? Semuanya berada di dalam sangkar atas kepala kita tau! So berhati2 jalan bawah ni sebab tak nak dapat “hadiah” istimewa dari mereka – apa lagik kalau bukan najis kan? hahaha.. Tapi jalan di bawah sangkar ni bersih tau, takder tanda2 najis pun.. nampaknya pihak zoo betul2 menjaga kebersihan..

jangan la kacau!
orang tengah bertafakur ni!!

Kandang gorilla ni bersebelahan dengan kandang chimpanzee.. Masya-Allah, besau betul gorilla ni.. muka pun sombong je, dia ingat dia hensem sangat ler tu! Pelancong pulak penuh keliling sangkar, lagik la dia berlagak poyo kan? ahaksss… Saya amazed betul tengok gorilla ni, memang besauuuuuuuuuu! First time tengok gorilla kan, so memang cam “perak” sungguh la. Eh, of course la excited, ngko pernah tengok gorilla kat zoo malaysia ker? tak ada kan? hahahaha?

King of the Jungle!
Gorilla!!!

Yang ni pulak geng2 monyet yang suka makeup.. tengok tu penuh blusher & eye liner kat mata.. Comey tak kak tonnnnnnnnnnn?? hahah

Comel tak kak tonnnnnnnnnnnnnn???
Bear ni sekor2 jer.. tu yang dia sedih, tiada teman untuk berbicara.. kesiannn dia.. 🙁


Eh, apa ni ambik gambar saya ni?
Pegi2 jangan kacau saya!
Dah puas tengok binatang, rehat jap.. pegi ke bahagian tengah zoo, jumpa bunga tulips lagi! Alahai, cantik sangat, terpaksalah ambik gambar dengan bunga tulips tu! hehe

Abang seladang yang gagah perkosa sedang makan tengahari..

Yang ni pulak perpustakaan.. kami tak masuk pun.. rasa rugi lak.. 🙁

Lepas dah tengok seladang tu, kami melalui bangunan perpustakaan ni untuk ke bahagian satu lagi.. Masa melintas bawah bumbung tu, terasa ada angin yang sangat deras melalui bahagian kepala kami.. Bila kami dongak, nampaklah burung2 yang dinamakan European Vultures ni! Mak aiiiiiiiii, memang besauuuuuuuuuuuuuuu! Sayap dia lebih kurang sedepa tangan kita tau!

Ni pulak ukuran sayap burung2 vultures bila mereka terbang.. besarrrrrrrrrrr tau!

Gambar ni diambil oleh seorang pelancong Mat salleh.. dia offer diri dia untuk ambikkan gambar.. Dia tu photographer pro kot, lense kamera dia pun dah 8 jengkal! hehe.. But i love this pic! Thank u encik Mat salleh! hehe.. belakang tu ialah restoran.. kami tak masuk pun sebab dah piknik kat tulips tadi makan bekalan yang dibawa..

Taman permainan kanak2.. tinggi slide dia.. Si kecik tu tak nampak slide ni, kalau tak mau sampai malam dia nak mainnnnn jer kat sini.. huhu

Berdekatan dengan Taman permainan, ada air terjun buatan manusia ni, memang kena lalu untuk pergi ke next section.. deras air dia..

Percaya tak kalau saya bgtau ni bangunan di belakang zoo?? Tak percaya?? Ikut suka korang ler.. haha.. Seriuous, bangunan ni belakang zoo, yang memisahkan adalah sungai di tengah2 tu.. Macam saya kata tadi, Artis Zoo ni konsepnya ialah zoo dalam bandar, so memang dikelilingi kawasan perumahan & pejabat.. Tu yang saya terpikir, kot la gorilla ke, seladang ke, gimau ker terlepas, nahas la diorang ni semua kena makan.. huhuuuh

Masa kami sampai kat kandang Singa, kebetulan waktu makan.. Kami tengok singa2 ni diberi makan daging yang fresh & besar.. Demi Allah, singa ni besarnya macam sebiji kereta kancil ok!!! Sumpah besar! ternganga2 saya tengok size dia.. kalau dia hayun tangan sekali je, confirm la sadakallahulazim.. bayangkan keta Kancil hempap badan manusia, tak ke hancur kan?? Meremang2 bulu roma tengok saiz singa ni.. kalau lawan dengan singa malaysia, dia gelak2 jer sambil jilat tangan dia.. hahahah


Kat Artist Zoo ni pun ada Planetarium & cafe.. Yang uniknya, pintu toilet dilukis dengan zodiak2.. cool..

Dah habis ronda2 kat Planetarium, saya gi masuk kedai souvenir.. mahal woooooooo! Last2 beli satu fridge magnet & postcard jer.. Sementara menunggu saya kat kedai tu, birthday boy sempat mengurat anak dara holland.. Amboiiiiiiiiii anak mama, taste internatinale! haha

Tamatlah sudah satu lawatan yang sangat bermakna buat kami.. Rasa berbaloi sangat sebab bukan saja dapat tengok binatang yang tak ada kat Malaysia, tapi dapat masuk Aquaria, Planetarium, dapat tengok bunga2, ikan2 yang besarrrrrrr, kebersihan & keadaan zoo di benua Eropah! Syukur Alhamdulillah.. terima kasih atas peluang ini Ya Allah..

Gambar kat atas ni adalah laluan tram..
Lepas dah melawat zoo ni, kami pergi makan pulak, lepas makan kami pergi naik canal cruise.. Insya-Allah esok saya update lagi ye.. Sayang anda semua! xoxo