Tag Archives: tiket masuk ke muzeum polis diraja malaysia

Cuti-cuti Malaysia – Muzim Polis Diraja Malaysia

Assallammualaikum wbt,

Anak lelaki mmg kebiasaannya suka sangat tengok cerita lawan2 + tembak2, kan? Anak saya pun tak terkecuali.. Tak terkira dah berapa banyak senapang + pistol mainan dia kat rumah ni.. Hehe.. Jadi, kami decide nak beri dia lebih teruja dengan membawa dia ke Muzium Polis Diraja malaysia usai bersiar2 di Planetarium.  Secara keseleruhan, mmg lawatan ke Muzeum ini sangat bermanfaat & merinformasi.. banyak tinggalan sejarah boleh didapati di sini, dari pakaian kepada jurnal, senapang, pistol. bom & segala macam senjata ada di sini.. Saya sangat mengesyorkan anda datang ke sini bersama anak2, sebaik2nya habiskan masa lebih kurang sejam di sini agar anda dapat meluangkan masa membaca dan meneliti tinggalan sejarah yang sangat berharga di sini..

Muzium Polis Diraja Malaysia ini agak tersorok, tapi pastinya anda tidak akan terlepas pandang kerana ada papan tanda di tepi jalan.  Suasaa yang sunyi & tenang menyapa bila anda menjejakkan kaki ke Muzium Polis Diraja Malaysia ini.

Jom kita baca dulu sedikit informasi mengenai Muzium ini, saya copy paste saja dari Wikepedia ye 🙂 Terima kasih Wiki!

“Muzium Polis Diraja Malaysia adalah sebuah muzium yang mempamerkan sejarah Polis Diraja Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kini.

Dipenuhi dengan lebih 2,500 bahan pameran, tarikan utama muzium ini adalah galeri senjata. Separuh daripada senjata yang dipamerkan telah dirampas daripada komunis sewaktu tempoh darurat di Malaya. Antara senjata yang dipamerkan adalah koleksi keris Melayu, pistol Portugis, pisau Gurkha dan barangan harian yang ditukar menjadi senjata (seperti rantai basikal) yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah di negara ini.

Bahan-bahan pameran lain termasuklah senjata kongsi gelap, carta jenayah, dokumen yang dirampas dari pihak komunis dan koleksi pakaian seragam polis zaman dahulu.”

Waktu Operasi

Ditutup pada hari Isnin.  Beroperasi pada jam  10 pagi hingga 6 petang hari.  Masuk adalah PERCUMA~

Peringatan: Anda tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam Muzium ini ye..

Muzium Polis Diraja MalaysiaMuzium Polis Diraja Malaysia 2 Muzium Polis Diraja Malaysia 3

Kaunter Tiket Muzium Polis Diraja Malaysia dijaga oleh kakak-kakak polis yang sangat peramah :)

Kaunter Tiket Muzium Polis Diraja Malaysia dijaga oleh kakak-kakak polis yang sangat peramah 🙂

Muzium Polis Diraja Malaysia 1

Kamera Hunter Pentrose Muzium Polis Diraja Malaysia Muzium Polis Diraja Malaysia 4

Pemandangan sekitar kawasan di luar Muzeum

Pemandangan sekitar kawasan di luar Muzeum

Antara gambar yang sangat saya suka, anda boleh jumpa di luar Muzeum :)

Antara gambar yang sangat saya suka, anda boleh jumpa di luar Muzeum 🙂