Tag Archives: Terinai Lake Resort

Cuti-Cuti Malaysia – Empangan Timah Tasoh, Perlis

Assallammualaikum wbt

Sebut saja Perlis, pasti ramai yang teringat Padang Besar dan kemanisan Harum Manis kan, tapi sebenarnya, ada lebih banyak yang menarik di Perlis.  Salah satu daripadanya adalah Empangan Timah Tasoh atau juga dikenalai sebagai Tasik Timah Tasoh di kalangan orang tempatan.

Bagi anda yang cintakan alam semulajadi, pemandangan dari empangan ini pasti akan mencuri tumpuan anda.. Berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand di jalan menuju ke Padang Besar, hati dan mata jadi tenang dan lapang apabila berada di sini.

Sejarah Empangan Timah Tasoh (sumber dari Mstar, wikipedia & JPS Perlis –  terima kasih)

Empangan Timah Tasoh terletak 17km ke utara bandar Kangar, Mukim Beseri, dan boleh dihubungi melalui 2 jalan iaitu Jalan  Kangar-Padang Besar, dan Jalan Abi- Padang Besar.  Sekiranya anda dalam perjalanan ke Padang Besar, Empangan ini terletak di sebelah kiri anda.  Mustahil untuk anda terlepas pandang dari Empangan Timah Tasoh ini kerana ada papan tanda dan ada resort serta kedai makan yang dibuka di sini.

Empangan Timah Tasoh adalah nama yang diambil daripada pertumuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Emapang Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kos sebanyak Rm77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP)

Tasik, yang pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh dan di dasarnya pada awalnya adalah sebuah kampung yang bernama ‘Tasoh’ namun telah ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan.

Turut ditenggelamkan bersama kampung itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan selain nostalgianya yang semakin luput daripada ingatan penduduk setempat.

Kampung itu terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian yang andal dan mencukupi di samping memenuhi keperluan untuk mengairi 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Aktiviti di Empangan Timah Tasoh 

#timahtasoh

 

Terinai Lake View Cafe

Terinai Lake View Cafe

Saya kongskikan di sini beberapa gambar yang diambil di Empangan Timah Tasoh ini.  Untuk cafenya pula, bagi saya makanannya ok saja.. tapi view memang cantik, ditemani pula dengan angin yang sepoi2 bahasa, sangat nyaman dan sesuai untuk anda menenangkan fikiran.. Jadi jangan lupa singgah di Empangan Timah Tasoh jika anda menghala ke Perlis ye 🙂

Empangan Timah Tasoh Perlis

Empangan Timah Tasoh Perlis 2