Tag Archives: tempat yang harus dilawati di Istanbul

Diari Istanbul 15 – Museum of Archaelogy, Istanbul

Assallammualaikum,

Gambar2 ni diambil di Museum of Archaelogy.. Nanti saya update info mengenai muzeum ini ye..

 

Bahagian hadapan muzeum

 

 

 

 

Patung Mustafa Kamal Atataturk

 

 

 

 

 

In iadalah makan orang2 purba..

 

 

 

 

Patung Dewa Oceanus

Ini adalah makam2 yang dibuat dari batu.. Setiap ukran di bahagian depan
makam melambangkan orang yang berada di dalamnya
contoh, ukiran gadis untuk mayat gadis

 

Ini pun sama juga, setiap ukiran di bahagian depan makan
melambangkan orang yang berada di dalamnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diari Istanbul 12 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum – Final

Assallammualaikum..

Posting ini ialah posting terakhir mengenai Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum..

Saya mintak maaf sebab tak dapat bagi banyak info mengenai 4 seksyen terakhir ni.. Harap gambar2 ni dapat memberikan anda semua sedikit sebanyak gambaran tentang seksyen2 tersebut ye…

Seksyen Kerja Kayu
Bahagian ini menempatkan koleksi seni Anatolia dari abad ke 9 hingga abad ke 10.
Antara barang2 menarik di sini ialah kulit kura-kura, hiasan dari ibu mutiara (mother of pearl), laci, dan rehal Al-Quran.

Bekas meletakkan surat2 yang dibuat dari mutiara

 

Stone Art Seksyen
Di sini ada koleksi hasil seni batuan dari zaman Emevi, Abbasi, Memluk, Seljuk dan zaman Uthmaniyyah.  Batu2 tersebut dilukis dengan motif  & angka, tetapi kebanyakkannya mempunyai tulisan. Batu2 nisan yang dilukis dengan adegan memburu, makhluk dongeng seperti griphon dan naga juga ada dipamerkan di sini. Saya tak jumpa gambar2 yang diambil di seksyen ini. nanti saya check semula ye..
Seksyen Seramik dan Kaca

Koleksi ini kebanyakannya ditemui semasa proses penggalian yang dibuat antara tahun 1908–14.


Seksyen Seni Logam
Hasil logam yag dipamerkan di seksyen ini bermula dari abad ke-16 sehingga abad ke-19.  Barang2 dihasilkan dari perak, tembaga yang dihiasi dengan batu-batu berharga.

 

Ini adalah pencucuk yang diletakkan di Serban

 

Ini tali pinggang ye..

 

 

Rehal & Loceng

Seksyen Etnografi
Seksyen ini ditempatkan di bahagian bawah Museum.  Antara koleksi ini yang dipamerkan ialah Kilim tenunan tangan yang dikumpulkan dari berbagai wilayah Anatolia, teknik lukisan bulu, teknik menganyam, seni pakaian, barangan rumah, seni tangan, instrumen dan khemah nomad.

Kilim

 

 

 

Diari Istanbul 9 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum- Intro

Museum of Turkish and Islamic Arts adalah muzium pertama di Turki yang mempamerkan seni Islam dan perkembangan masyarakat Turki secara terperinci.

 

Perkataan MUZE di pintu masuk

 

Dibuka pda tahun 1913, Muzium ini pada mulanya terletak di bahagian bangunan dapur kompleks Masjid Süleymaniye, yang merupakan salah satu kerja-kerja yang paling penting yang dibuat oleh Mimar Sinan, dengan nama “Evkaf – i Islamiyet Muzesi” (Museum Asas Islam). Selepas pengumuman republik itu, ia telah mengambil nama ” Istanbul Turkish & Islamic Arts.

 

 

Pada tahun 1983, muzium ini telah berpindah ke Ibrahim Pasha Palace. Ibrahim Pasha Palace adalah merupakan salah satu daripada sampel yang paling penting dalam seni bina sivil Uthmaniyyah pada abad ke 16.  Bangunan ini telah dihadiahkan kepada Ibrahim Pasha oleh Kanuni Sultan Suleyman pada tahun 1520.

 

Bergambar dengan pelancong2 dari istanbul juga 🙂

 


Sejarah menyatakan bahawa Istana Ibrahim Pasha adalah lebih besar dan lebih indah daripada Istana Topkapi.  Ia telah melalui berabagai2 peringkat dan peristwa, dari majlis perkahwinan, kenduri dan sambutan yang gilang-gemilang, kepada pemberontakan dan kegawatan.  Setelah kemangkatan Ibrahim Pasha, istana ini kemudiannya dinamakan bersempena dengan nama beliau.  Setelah itu, ia telah digunakan oleh wazir besar lain, dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berek, kedutaan istana, daftar pejabat, bengkel jahit dan penjara.

 

 

Bebezanya istana ini dengan bangunan Uthmaniayah yang lain ialah, ianya diperbuat daripada batu, manakala bangunan lain pada masa itu kebanyakannya dibuat dari kayu.  Atas faktor itu, maka ia masih bertahan hingga hari ini.  Ia telah dibaiki antara tahun 1966 ke tahun 1983 dan telah dinamakan Turkish and Islamic Works Museum. Bahagian ini masih dikekalkan sebagai museum hingga ke hari ini merupakan dewan majlis besar istana pada masa dahulu.
Museum of Turkish and ?slamic Arts telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas Juri di Museum of the Year Competition of the European Council pada tahun 1984, dan juga diberikan anugerah oleh European Council – Unesco ke atas kajiannya dalam menjadikan dan menimbulkan minat kanak-kanak untuk mencintai warisan budaya.

Museum of Turkish and ?slamic Arts juga merupakan antara muzium penting di dunia dan ia  mempunyai karya dari hampir semua zaman dan semua jenis hasil seni Islam.  Museum ini dikatakan memuatkan melebihi 40,000 koleksi barangan tentang sejarah keislaman.

 

Ada beberapa seksyen di dalam Muzeum ini, antaranya ialah:-

1)                  Seksyen Permaidani

2)                  Seksyen Tulisan Tangan & Kaligrafi

3)                  Seksyen Kerja Kayu

4)                  Seksyen Hasil Kerja dari Batu

5)                  Seksyen Kerja Kayu

6)                  Seksyen Seramik dan Kaca

7)                  Seksyen Seni Logam; dan

8)                  Seksyen Etnografi

 

Seksyen Permaidani

 

 

Seksyen Al-Quran

Seandainya anda datang ke Istanbul, sila la lawati Muzeum ini, sangat berbaloi & berinformasi.. Barang2 seperti Al-Quran, dan yang paling penting sekali, sehelai janggut Rasullullah SAW adalah antara barang2 suci dan penting yang harus anda lihat..

Balang yang mengandungi sehelai janggut Rasullulah s.a.w

 

 

 

 

Saya akan meletakkan gambar setiap sekseyn dalam entry akan datang.. Insya-Allah