Assallammualaikum semua!
Hari ni hari Jumaat, esok & lusa cuti kan.. So pada anda yang tinggal kat Melaka @ nak gi cuti2 kat Melaka, boleh la melawat ke Zoo Melaka 🙂
Saya dan keluarga melawat Zoo Melaka pada 29 September, 2012. Tiket parking ialah RM2.00 untuk satu kereta.. Kami sampai jam 3 petang, so masih ada lagi tempat untuk letak kereta. Tiket masuk ke Zoo Melaka ni ialah RM10.00 untuk orang dewasa, ia dibuka dari jam 9-6 petang setiap hari.
Pada anda yang ingin melawat Zoo Melaka, ia berdekatan dengan tol Ayer Keroh, dan berada di kiri anda dari tol.
Sedikit informasi tentang Zoo Melaka.
Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi Zoo Kedua Terbesar Di Malaysia. Zoo yang terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau.
Zoo Melaka dibangunkan di Ayer Keroh,Melaka dalam tahun 1963. Pada mulanya, Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) dalam tahun 1979. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, Harimau Belang, Seladang, Kijang dan rusa. Jumlah pelawat kira-kira 400,000 orang setahun.
Ha, itu dia sedikit sebanyak informasi tentang Zoo Melaka ni.
Jom layan gambar2 haiwan & burung2 di Zoo Melaka ni.. Kredit untuk photographer terbaik – Shuhaizan Shuib, my sweetheart.. love u!

Rileks je burung2 ni, tak kalut nak terbang pun.. dah hari2 jumpa manusia kan, diorang pun dah tak heran.. huhu

Ha, seram tak baca nama dia? Nama dia pun dah buat meremang bulu tengkuk kan!!! Tengok gambar seterusnya untuk tengok rupanya.. hehe

Kandang harimau ni adalah hot spot
Semua orang bertumpu kat sini
Ngauman harimau ni kuat tau!!
Bergema kawasan berdekatan.. nerbes gak saya!

Keliling kandang ini diletakkan dengan kawat elektrik
Kandang ni tak ada jaring2 ye, so ada possibility rimau ni
melompat keluar.. Takutttttttttttttt!

Kesian tengok chimpanzee ni
dia jilat plastik keropok
sape la yang tak bijak campak sampah dalam kandang 🙁
Nanti saya sambung lagik ye, kena edit gambar dulu.. 😉