Tag Archives: telanjang

Seluar panjang haram di Aceh..

Assallammualaikum kepada semua pembaca saya yang budiman.. Harap anda semua sihat dan berada di bawah rahmat & keredhaan Allah..

Saya tertarik dengan satu undang2 baru yang akan diperkenalkan di Aceh tahun hadapan.. bagi anda yang masih belum tahu tentang undang2 tersebut, saya paparkan di sini petikan dari akhbar Kosmo:-

BANDA ACEH – Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

“Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat,” kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

“Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek,” tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

“Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang,” kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

“Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

“Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh,” katanya. – AFP

Sejujurnya, saya amat terharu dan bersyukur kerana undang2 sebegini diwujudkan oleh rakan2 Islam kita di Acheh.. Alangkah bagusnya kalau undang2 yang sama juga diapplikasikan di Malaysia!!

Saudara/saudari,

Tahukah anda bahawa sebenarnya ada garis panduan untuk kaum muslimah dalam menjaga auratnya?  Saya petik dari blog Usrah UKP 8, bahawasanya ada 8 sifat pakaian wanita islam iaitu:

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

2.  Pakaian itu tidak nipis

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya” 2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Masya-Allah, adakah anda sebagai orang Islam sedar yang anda ada tanggungjawab dalam membentuk keperibadian Muslimah, tak kiralah sama ada anda wanita atau lelaki? 

Dewasa ini, saya lihat pakaian wanita Muslimah tidak tentu arah, bertudung pun tidak sempurna, separuh dari rambut terkeluar di dahi, semua demi kerana FESYEN.. Itu belum lagi dengan jeans ketat, blouse berlengan pendek dan nipis menampakkan bentuk badan yang mengiurkan.. Nampaknya ramai yang bertelanjang walaupun ada kain di badan.. Saya akui, saya malu melihat wanita2 yang berpakaian begitu, apatah lagi jika saya terlihat ada bangsa asing yang mencemik dan tersenyum sinis melihat pakaian kaum wanita Islam yang bagaikan “tangkap muat”. 

Kadang kala, tak dapat nak dibezakan sama ada seseorang wanita itu wanita Isalam ataupun kafir, kerana skirtnya sama pendek, seluarnya sama ketat, dan dadanya sama terjojol.. Nauzubillah..

Persoalannya, siapa yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Kerajaan? Ulama’? Ibu Bapa? Keluarga? Jawapan saya – SEMUA BERTANGGUNGJAWAB, kerana kita sesama Muslim wajib berpesan2 pada kebenaran.. Tentu ada yang berkata – alahhhh, biarlah, kubur lain2..! Sebab kubur lain2lah kita wajib tegur menegur sekarang, kalau kubur itu bagaikan kawasan perumahan sekarang, mungkin ada lagi yang bersimpati dan boleh menolong anda semasa di seksa di dalam kubur..

Saudara dan saudari, saya harap bebelan saya yang sedikit ini dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita semua.  Ingatlah, syurga dan neraka itu benar, seksaan kubur itu benar, dan padang masyar itu benar.. Amalan kita semua akan dihitung, dan pembalasan yang sewajarnya akan diberikan kepada kita di akhirat kelak.. Dunia ini hanya platform sementara, untuk kita mengumpul kebaikan dan amal jariah bagi menentukan tempat kita di akhirat kelak..

Abang2, ayah2, pakcik2, datuk2, anda ada tanggungjawab yang besarrrrrr dalam mendidik saudara2 perempuan anda agar berada di landasan yang telah ditetapkan oleh syariat..

Saya lampirkan di sini, email yang saya terima, tentang lelaki2 yang bakal menempah tiket ke neraka dek kerana kelalaian mereka membimbing saudara2 perempuan mereka:

 Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

 2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .) 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Ingatlah saudara/saudari, kita ini hamba2 Allah, apa yang telah ditetapkan oleh Allah, semestinya adalah yang terbaik untuk kita semua.. janganlah kita mempersoalkan larangan dan ketentuan Allah.. Beramalah, dan jagalah tatasusila kita sebagai orang Islam.. Mati tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat, ia datang bila2 masa sahaja.. Jadi bersedialah dengan amalan2 yang baik.. Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali.. Jazakallah…