Tag Archives: tambang bas naik lagi!!

Tambang bas naik lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Salam semua!!!

Yeayyyyy, hari ni hari Jumaat!!! Esok cuti!!! heeheheheh…

Dah baca muka hadapan akhbar pada hari ini?? Ya, tambang bas dan teksi naik lagi… Berita gembira untuk syarikat bas dan teksi, tapi bagaimana pula dengan pengguna??

Tambang bas sudah beberapa kali dinaikkan.. Dulu, sewaktu saya masih menuntut di UiTM Shah Alam, tambang bas ke Melaka cuma RM6.70, kemudian naik ke RM8.40, sekarang, sudah RM12.40, lepas nih, tak tau lah berapa ringgit lagi.. Aduh.. nampaknya bus bukan lagi pengangkutan yang ‘affordable”.. Kalau dulu, mungkin ada yang balik kampung setiap minggu, namum selepas kenaikan harga ini, ada yang terpaksa berfikir dua kali..

Saya terfikir kepada keluarga yang tidak ada kereta sendiri, yang mana memang bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk balik ke kampung pada hari-hari perayaan.. Hurm.. Kenaikan tambang pasti agak membebankan terutama jika bilangan ahli keluarga itu besar.. Owh, kasihannya!! 

Gaji masih sama, tapi barang, tambang, semuanyaaaaaaaa naik, Dan nampaknya, mereka yang menggunakan bas dan teksi setiap hari, terpaksa membuat budget baru mulai 1 Ogos ini.. !!

Saya tidak berniat untuk membidas kerajaan atau meniupkan kemarahan rakyat jelata yang membaca post saya kali ini, cuma saya meluahkan perasaan sedih dan tidak puas hati saya sebagai seorang pengguna dan rakyat yang prihatin, itu sahaja.. Saya terfikir, apakah kenaikan harga itu bererti peningkatan kualiti servis?  Adakah keselamatan penumpang akan lebih terjamin dan terjaga?  Adakah kenaikan itu akan mengurangkan kemalangan2 ngeri ataupun menghapuskan terus para pembawa teksi yang cekik darah??  Hurm, entahlah.. Siapa nak tolong jawab untuk saya?? huhuuhhu