Tag Archives: sosej mudah

Resipi Sosej Ayam Mudah Homemade

Resipi Sosej Ayam Paling Mudah

Assallammualaikum wbt

Selamat Tahun Baru 2018, semoga tahun kita semua menjadi insan yang lebih baik dan diredhai Allah, Amin.

Posting pertama 2018 saya mulakan dengan Resipi Sosej Ayam Paling Mudah!

Mudah sebab cuma guna dua bahan utama – dada ayam & telur ayam.

Resipi Sosej Ayam Paling Mudah:

  1.  Dua dada ayam
  2.  Satu biji telur ayam
  3. Garam dgn black pepper agak2
  4. bawang merah sebiji, bawang putih seulas (ini optional, tak nak letak pun tak apa

Cara-cara buat Sosej:

Kisar semua bahan di atas sampai sebati, pipe masuk plastic ice cream.  Simpan dalam bahagian beku.  Bila nak goreng / rebus, keluarkan dari freezer, defrost dan goreng / rebus.

Tips untuk masukkan ayam kisar dalam plastik ice-cream

Benda paling leceh untuk buat sosej ni ialah nak masukkan dalam plastik ice cream.  Saya gunting hujung plastik tu, kemudian dengan menggunakan piping kek, saya tekan daging kisar ti masuk ke dalam plastik ice cream.

Kemudian, pastikan daging kisar di tengah-tengah plastik, dan simpulkan kedua-dua hujung plastik tersebut.  Saya tak buat sosej yang panjang, saya buat yang comel2 saja, agak2 boleh gigit dua tiga kali hehe

Daging ayam yang telah dikisar dan dimasukkan ke dalam bekas plastik ice-cream

Daging ayam yang telah dikisar dan dimasukkan ke dalam bekas plastik ice-cream

Resipi Sosej Ayam Buat Sendiri

Hidangkan dengan sos cili / mayonaise / kicap pedas 🙂

Resipi Sosej Ayam Mudah Homemade

Musim persekolahan ni, mak-mak mesti sibuk cari resipi untuk bekal anak, kan? Saya rasa, ini resipi mudah yang anda boleh buat masa weekend.  Masa hari persekolahan, cuma keluarkan dan goreng / rebus untuk anak bawa ke sekolah.

Kalau ada yang mengamalkan diet atkins, sosej ni boleh dimasukkan dalam menu diet anda ye!

Selamat mencuba!