Tag Archives: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H dari Ayu Fatarina

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assallammualaikum wbt

Esok Insya-Allah semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri..   Sejak Sabtu yang lalu, ramai yang dah pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.. Kami sekeluarga akan bertolak ke Perlis hari ini, Insya-Allah jam 2.00 petang.. Tak tau la macam mana keadaan jalanraya, tapi jem atau pun tidak, kena redah jugak sampai la tiba ke rumah mertua di Padang Besar.. Doakan kami selamat sampai ye..

Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya penulisan saya selama ini mengguris perasaan anda semua tanpa saya sedari.. Saya hanya insan bisa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. Maaf zahir & batin ye…!  Terima kasih kepada semua pembaca, bloggers dan pengomen tegar – Cik Jarimanis yang tak jemu2 memberi sokongan 🙂  Saya amat menghargai lawatan dan masa yang anda luangkan untuk membaca posting2 saya.. Saaaaayangggggggggg anda banyak2!!

Semoga anda semua selamat balik ke kampung dan selamat pulang semula ke ibu kota atau destinasi masing.. Ingat, pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang!

Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013