Tag Archives: Sejarah Sungai Rambai

Sepetang di Sungai Rambai – Gerbang Selatan Melaka

Assallammualaikum wbt,

Salam hari Jumaat, esok cuti! Yeayyyyyyyyyy! hehe

Anda semua pernah dengar Sungai Rambai? Kalau tak pernah, meh nak cerita sikit.. Sumber dari Utusan Malaysia & Wikipedia – Sungai Rambai ni terletak di sempadan Melaka – Muar, dalam daerah Jasin.  Ia dipisahkan dari Muar oleh Sungai Kesang.  Kalau anda berdiri kat atas Jambatan tu, kiranya anda selangkah dari Melaka-Muar.

Dipercayai kampung ini mula didiami sejak awal 1800-an dan penduduk asalnya dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang, Muar, Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama daripada sebatang pokok rambai yang besar tumbuh di antara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman dan orang yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ialah Penghulu Dualim pada 1880.

Kini, landskap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sudah banyak berubah.

Pekan lama Sungai Rambai pula bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila ia dinaik taraf menggantikan premis-premis bangunan papan digantikan dengan baru selain menyediakan pelbagai kemudahan awam.

Projek naik taraf itu akan dibangunkan oleh Yayasan Melaka menerusi peruntukan sebanyak RM7 juta dan ia sekali gus menjadikan Pekan Sungai Rambai berwajah baru.

Sungai Rambai mempunyai segala kemudahan asas seperti sekolah, balai raya, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya dinikmati oleh lebih 17,730 orang penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.

DUN tersebut terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Sungai Rambai, Sebatu, Semujok dan Merlimau dan ditadbir oleh lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

DUN Sungai Rambai mempunyai keluasan tanah seluas 9,214 hektar yang mana 7.218 hektar adalah kawasan pertanian seperti dusun buah-buahan, getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pisang dan ternakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman banyak memainkan peranan penting untuk membangunkan daerah itu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2Mw4tXbuf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Haaaaaaaa, siapa sangka pekan kecil ni dah berkembang menjadi sebuah perkampungan pelancongan? Saya sendiri terkejut melihat pembaharuan yang dibuat di muara Sungai Rambai.. Dulu cuma ada meda selera, kami sekeluarga selalu pergi makan kupang rebus kat sini.. Sekarang, dah ada jambatan gantung, Laman Belia 1 Malaysia, taman permainan, medan selera & Sungai Rambai River Cruise! Masya-Allah, nampak sangat lama betul saya tak menjenguk muara ni, cuma lalu di situ aje kalau ke Muar 🙂  Rasanya kali terakhir saya ke muara tu dalam 10-12 tahun yang lepas.. Masa balik kampung bulan Januari lepas, suami ajak saya ke muara tu.. Mula2 cam malas jer, ye la kan, terbayang keadaan tempat tu 10 tahun yang lepas, bukan ada apa2 pun.. huhu.. Tapi sebab suami beria nak pergi, saya pun ikut la dia, bawak adik2 dengan anak saya sekali..  Perjalanan mengambil masa 5 minit aje dari rumah mak saya..

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

 

Masa sampai kat situ, i cant believe my eyes (ayat skema & poyo) hahah.. Serius la, sangat2 berlainan! Kalau anda pernah ke Sungai Rambai dulu kala, anda pasti tahu perasaan saya kali pertama melihat pembangunan di muara tersebut.. First thing yang saya nampak ialah Jambatan Gantung ni.. hehe.. feeling2 ala2 di Jambatan di Tamparuli kat Sabah(rasa nak tampar saya tak buat statement cam ni.. hak2)

 

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Jambatan Gantung di Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 5

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Posing kat depan Jambatan Gantung..

Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 7
Walaupun jambatan gantung ni tak sepanjang mana pun, tapi sebagai warganegara Sungai Rambai yang poyo dan dah lama tak balik kampung, melihat kelainan ini membuat hati teruja sangat! Dan, walaupun saya nampak gagah, saya sangatlah kuman bila naik atas jambatan ni.. bila jambatan bergoyang2, terus rasa gayat, jadi saya naik jambatan tu separuh jalan aje la.. haha..
 Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 3
Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka 4
Sungai Rambai River Cruise
Sungai Rambai River Cruise
Err.. cam tak yakin jer nak naik bot ni.. haha
Taman Permainan

Taman Permainan

Medan Selera

Medan Selera

Laman Belia Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

 

Laman Belia & Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Daripada muara ini, anda boleh nampak Tengkolok Gergasi ni..

Tengkolok Melayu Gergasi - Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Tengkolok Gergasi Sungai Rambai – Tengkolok terbesar Di Dunia!!

Tengkolok Gergasi 2 Sungai Rambai Gerbang Selatan Negeri Melaka

Signboard Selamat jalan jumpa lagi MDJ

 

Amacam? memang lain betul kan Sungai Rambai sekarang ni..  jadi kalau anda nak ke Muar, apa kata berhenti seketika di sini, menikmati angin petang yang mendamaikan.. 🙂

 

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

RnR berdekatan dengan Gerbang Selatan itu.

Saya tak sempat lagi cuba makan di sini, Insya-Allah kalau balik kampung lagi, saya akan cuba la makanan kat sini..
Saya bangga jadi penduduk Sungai Rambai! (poyos.. hiks2)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

sungai rambai melaka