Assallammualaikum semua..
Sebelum saya memulakan penulisan, ingin saya berikan AMARAN kat sini.. posting kali ini penuh dengan gambar bungaaaaaaaaaaaaaaaaa aje, so anda akan tengok gambar bunga-bungaan sampai lebam! hik2…
Destinasi pertama kami selepas berehat2 sehari di hotel aje sebab jet lag ialah KEUKENHOFF!! Keukenhof dalam bahasa Belanda bermaksud Kebun Dapur. Ia adalah sebuahtaman bunga yang dibuka hanya 3 bulan dalam setahun, iaitu pertengahan Mac sehingga pertengahan May. Ia mula dibuka pada tahun 1949.. Taman ini terletak di daerah bernama Duin en Bollenstreek.
Di awal penubuhan taman ini pada tahun 1949, ia lebih bertujuan sebagai sebuah pameran bunga agar penanam bunga dari penjuru Belanda & Eropah dapat memamerkan bunga yang akan membantu Belanda sebagai pengeksport bunga terbesar di dunia. Namun ia kemudiannya berkembang menjadi taman bunga yang terbesar di DUNIA dengan keluasan 32 hektar!! Setiap tahun lebih kurang 7 JUTA benih bunga tulip di tanam di taman ini.. Bukan sekadar tulip, di sini juga terdapat bunga orkid, lily, dan daffodils.
Tiket masuk ke Keukenhoff ialah Euro15 seorang, dan anda boleh menaiki bus khas yang boleh dinaiki dari pintu Arrival 4 di Schipol Airport @ dari Leiden. Tambang pergi dan balik ke Keukenhoff ialah Euro8. So jumlah tiket dan bus ialah Euro23. Kami telah membeli Holland Pass (saya akan ceritakan kemudian) jadi kami cuma tukarkan free ticket kami, so naik bus & tiket masuk tu dah covered, terus masuk aje tak payah bayar apa2 lagik 🙂
Bus Keukenhoff ni comel sangat la, siap dengan lukisan bunga2 tulip di badan bus.. Tempat duduk pun selesa.. Kekerapan bus ialah setiap 15 minit, bermula dari jam 9 pagi bus terakhir ialah pada pukul 6 petang.
Kami menaiki bus pukul 10 pagi dan tiba di Keukenhoff kira-kira jam 10.30. Sepanjang perjalanan, boleh nampak ladang2 tulip, tapi sebab kami tiba penghujung Mei, bunga2 semua dah dituai untuk dijual..
Owh, masa nampak signboard ni, hati dah berdebar-debar sangat… Tak tau kenapa, nervous pun ada.. ye la, dah setahun menunggu saat ni, sebab tu kot debaran kuat sangat.. huhuhhu.. syukur Alhamdulillah tercapai..
Sampai aje dah nampak deretan bus kat bahagian parking.. Saya dah berbisik sendirian, habislah, kompem orang ramai gila, mesti tak dapat nak ambik gambar puas2.. huhuhu
Kami diberhentikan di tepi pintu masuk.. Sambil menarik nafas panjang & berdoa supaya semuanya dipermudahkan, kami melangkah masuk ke dalam Keukenhoff.. Bismillah.. Angin sejuk menyambut kedatangan kami di sini.. Nyaman & rasa segar aje..
Ok, selepas ni, saya akan biarkan gambar berbicara agar anda dapat menghayati kecantikan bunga2 tulip di Keukenhoff.. Yang pastinya, sebaik saja melangkah masuk, saya speechless, hanya mampu mengucapkan Subahanallah sebanyak2nya di dalam hati.. Terlalu cantik, tak dapat saya gambarkan dengan kata2.. hanya gambar yang mampu berbicara..
AMARAN KERAS – terlalu banyak gambar bunga, sila jangan pengsan!
Esok sambung lagik ye, sila mimpi yang indah2 dikelilingi bunga2an 🙂