Tag Archives: SEDEKAH

Projek Bantal

Assallammualaikum semua..

Apa khabar? Harap semuanya sihat2 dan ceria selalu yek.. Subahanallah, hampir 2 bulan tak update blog ni.. dah naik berlumut!! Tapi saya ucaapkan terima kasih kerana ada juga yang masih menyinggah..

 

Ok, kali ni saya nak ajak anda semua menderma BANTAL.. ye, bantal tidur tu.. tak kiralah apa jenamanya.. baru @ lama diterima ye.. kalau yang lama tu, yang penting bersih dan kalau boleh bagilah sarung bantal sekali yek.. Nak buat apa dengan sarung bantal tu?  Sila klik di sini – http://www.mazidulakmal.com/2011/10/projek-bantal.html

Saya rasa anda semua kenal Mazidul Akmal Sidek.. Pada masa ini, beliau dan rakan2nya sedang mengadakan Projek Bantal, satu projek mengumpulkan bantal2 untuk orang2 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.. Info lanjut boleh di dapati di blog Encik Mazidul..

Jom, kita tolong orang2 gelandangan ini, cuma satu bantal utk kita dermakan.. rasanya kat umah tu dah berlambak2 bantal, yang nak digunakan satu dua jer kan..

Kalau hati anda masih berlum terbuka untuk menyertai projek ini, saya harap gambar2 di bawah ini dapat menyentuh dah membuka hati serta sifat belas kasihan anda semua.. Sebak saya melihat keadaan anak2 ini.. betapa susahnya mereka menjalani kehidupan.. Mereka sepatutnya dibelai, dimanja dan mendapat tempat tinggal yang terbaik, bukan tidur di tepi tong sampah yang kotor dan busuk.. Bayangkan jika anak2 anda yang beradi di situ..

GAMBAR2 KREDIT KEPADA BLOG MAZIDUL AKMAL

 

 

Syukur Ya Allah, aku ada tilam, ada selimut, ada dua bantal, sedangkan orang2 di luar sana, hanya berbantalkan lengan, bertilamkan simen sejuk dan berselimutkan embum malam..

 

 

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bantal,gambar bantal,kertas kerja memohon laluan basikal,proposal laluan basikal,gelandangan kuala lumpur,www mazidulakmal com

CADANGAN MAJLIS BERKHATAN, DOA SELAMAT DAN SAMBUTAN 1 TAHUN RUMAH ANAK-ANAK YATIM & MISKIN TAMAN BAIDURI

Assallammualaikum,

Apa khabar sahabat2 yang saya hormati.. Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac.. Cepat sungguh masa berlalu..

Sementara masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi ini, marilah kita sama2 beramal dan beribadat sebanyak yang mungkin agar kita senang di akhirat kelak..

Saya ingin sama2 berkongsi dengan anda, email yang saya terima berkaitan dengan rumah anak2 yatim Taman Baiduri.  Secara ringkasnya, mereka ingin mengadakan majlis berkhatan, doa selamat dan sambutan bersempena dengan penubuhan rumah amal ini selama setahun.. Majlis dicadangkan pada 12.03.10 selepas magrib, dimulakan dengan  bacaan yasin dan solat hajat diikuti dengan majlis kenduri.   Esoknya 13.3.10 barulah diadakan majlis sebenar berkhatan,  seperti acara pulut kuning dan berarak.

Di bawah saya sertakan email dan nomboer telefon orang2 yang boleh anda hubungi jika anda berminat menghulur bantuan wang ringgit @ tenaga.. Anda dialu2kan untuk mengambil post ini dan menyebarkannya kepada rakan2 anda yang lain.. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keredhaan Allah.. Jazakallah!

Assalamualaikum rakan-rakan yang dermawan!

Semoga semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah sentiasa, Amin.

Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan saudari kepada email yang saya terima dari Ustaz Shukry dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri (RAYM) di Dengkil.  Seperti yang beliau maklumkan dalam email di bawah ini, RAYM kini berusia setahun. RAYM kini sedang bercadang untuk membuat majlis BERKHATAN, DOA SELAMAT DAN SAMBUTAN 1TAHUN TAMAN BAIDURI.  Nampaknya beliau amat memerlukan bantuan tenaga untuk aktiviti ini.  Jika ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubungan dengan beliau.  Jika ada yang sudi menderma wang ringgit, pun di alu-alukan.  Butiran akaun serta nombor telefon pejabat RAYM tertera di bawah ini.

Tel:    03-87688507 (pejabat)

019-6539701 (En. Shukry Latar – Pengerusi)

012-5774873 (Ust Helmi Jamaluddin – Timb. Pengerusi)

012-9520396 (Utz Fuad Hilmi – Timb. Pengerusi)

012-2904873 (Dr. Haji Lukman – Pekerja Sosial)

013-9183228 (En. Izaha Ismail – Penyelia)

NOMBOR AKAUN

· MAYBANK ISLAMIC BERHAD , ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM  /  MISKIN TAMAN BAIDURI. (162834034545).

· CIMB BANK , CAWANGAN DENGKIL. ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.

( 1267-0005898-52-4 ).

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan tenaga kerja, silalah berhubung dengan Urusetia RAYM.  Untuk yang berminat menderma wang ringgit, bolehlah menggunakan nombor akaun yang tertera di atas.

Saya bagi pihak RAYM, mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi menderma, jasa anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya!

Wassalam

Pelawat menemui web ini melalui carian:

majlis berkhatan,kertas kerja majlis berkhatan,doa majlis berkhatan,DOA BERKHATAN,kertas kerja program berkhatan,kertas kerja berkhatan,teks doa majlis berkhatan,kertas kerja majlis khatan,yhs-mystartdefault,kertas kerja rumah anak yatim,contoh kertas kerja majlis berkhatan,contoh kertas kerja program rumah anak yatim,contoh kertas kerja berkhatan,contoh kertas kerja ke rumah anak yatim,kertas kerja ke rumah anak yatim,teks doa selamat