Tag Archives: Sawadika – Sehari di Hatyai – Khlonghae Floating Market

Floating Market, Hatyai – Update as @ 3hb November 2013

Assallammualaikum wbt

Buat para sahabat & pembaca yang dikasihi sekalian, sukacita ingin saya maklumkan di sini, jambatan yang menghubungkan tempat meletak kereta dengan Floating Market sedang mengalami pengubahsuaian dan saya tak tahu pula berapa lama tempoh masa pengubahsuaian tersebut.  Buat sementara waktu, para pelancong perlu menggunakan jambatan kayu seperti di dalam gambar. Gambar di ambil ketika saya & keluarga mengunjungi Floating Market tersebut pada 3/11/2013.


Floating Market 2013

 

Floating Market 2013 c

 

Floating Market a

 

Ini adalah gambar jambatan asal yang diambil pada 03hb Februari, 2013, sebelum dirobohkan.

Jambatan Floating Market

 

 

Musim hujan menyebabkan jalan menuju ke jambatan kayu tersebut sangat licin dan lecak…  Jambatan kayu tersebut juga agak tidak stabil, bergegar2 ketika kami melintasi jambatan tersebut, agak mendebarkan juga walaupun jambatannya pendek.. haha..

Ingin saya kongsikan sedikit tips untuk para pelancong dari Malaysia yang nak ke Hatyai sepanjang cuti sekolah ini:-

1)  Sentiasa bawa payung @ baju hujan sebab kebiasaannya hujan lebat pada waktu petang

2)  Pakai kasut sports @ kasut bertutup yang sesuai kerana jalan sangat lecak dan licin, kalau pakai selipar habis kotor kaki dengan tanah merah.. 

3)  Kawasan makan di hadapan Floating Market sangattttttttttttt sesak dengan para pelancong, perlu banyak kesabaran dan berhati-hati kerana bimbang ada penyeluk saku dan makanan tertumpah ke atas baju anda dek kerana kesesakan dan orang yang berasak2.

Kunjungan kali kedua ini tidak sehebat yang pertama, mungkin kerana faktor cuaca + pelacong yang terlalu ramai.. Jadi saya harap anda rancang masa lawatan anda sebaiknya, dan sediakan payung sebelum hujan, amat penting jika tidak mahu basah kuyup ketika menikmati juadah di Floating Market.  Selamat melancong!

 

 

 

 

 

Sawadika – Sehari di Hatyai – Khlonghae Floating Market

Assallammualaikum semua! Pom mi cuam suk ti dai pop khun (Happy to meet you). Hai, bila menulis pasal Thailand ni mula la tekak terasa nak makan tomyum + nasik paprik! Haha. Ok la, hari ni kita sambung journey ke Hatyai ye.. Dari Samilla Beach, kami ke Plaza Shopping Center, tapi tak ada apa yang best sangat kat sini, baju2 pun mahal.. Depa tau kita ni tourist kan, tekan harga gila2.. So kita tinggalkan citer Plaza Shopping Center tu dulu, mungkin saya akan ceritakan pada last posting cuti2 Hatyai ni ye.. Sekarang, kita terus ke part yang paling menarik – Khlonghae Floating Market!  Saya belum sempat buat detailed research, nanti bila dah jumpa saya akan berikan informasinya ok!

Floating Market

Apa agaknya rupa Floating Market ni dulu2 kan.. Macam ni la rupa sungai yang menempatkan Floating Market ni satu ketika dulu:-

 

Ini la rupa sungai yang menempatkan Floating Market ni dulu2..

Ini la rupa sungai yang menempatkan Floating Market ni dulu2..

 

Ha Kak Bedah, Kak Senah, sanggup ko nak makan @ beli barang kalau rupa Floating Market ni macam ni sekarang? Mati idup balik pun ko dah tak nak datang kan? Hahahha.. Tapi tu cerita dulu kak Senah, sekarang ni Floating Market ni dah cantik, bersih & harum baunya.. (harum ker? heheh)

 

Suasana Floating Market pada masa ini :)

Suasana Floating Market pada masa ini 🙂

 

Ok, bila anda sampai kat Floating Market ni, kena parking keta dulu ye, bukan masuk2 jalan terus jumpa Floating Market! Anda akan lalu kat tokong & akan jumpa gendang besarrrrrrrr di bahagian parking kereta tu.. Parking adalah PERCUMA.. kat sini juga ada tuk-tuk yang menunggu pengunjung..

Tokong @ Floating MarketGong @ Floating Market

Di Floating market ni, ada 3 bahagian, pertama ialah deretan kedai yang anda akan jumpa sebelum ke jambatan yang menghubungkan jalan masuk, kemudian kedai2 yang berada di belah atas sungai & yang ketiga ialah sampan2 yang menjual makanan2. Di bahagian jalan masuk, terdapat banyak deretan kedai2 yang menjual barangan seperti mainan kanak2, t-shirt, ikan laga, makanan exotic thai (serangga2 & ulat2 goreng), cenderamata seperti fridge magnet, bunga porselin, keychain & ada juga makanan.. Saya tak beli makanan kat atas ni, sebab nampak meragukan.. Di atas ni saya beli t-shirt & baju cotton.. Nanti saya update harganya, tak berapa ingat.. Tak silap saya tshirt kanak2 cuma RM8.00, t-shirt orang dewasa pula RM12.00.  Baju cotton yang saya beli pula berharga RM29.00.. Part baju cotton ni memang saya ralat sikit, sebab beli 2 helai kat Plaza City Centre, harganya RM40.00! Tipah tertipuuuuuuuu!!

 

Ini la jalan masuk menuju ke Floating Market.

Ini la jalan masuk menuju ke Floating Market.

Floating Market - Tshirt Stall Floating Market - Kedai Baju Cotton Floating Market - Ikan Laga Floating Market - Ikan2 Laga

Bunga Seramik. comel2..

Bunga Seramik. comel2..

Fridge Magnet - 2 = Singgit (kata Mail) hehe Tak ingat harga, nanti saya try recall balik..

Fridge Magnet – 2 = Singgit (kata Mail) hehe
Tak ingat harga, nanti saya try recall balik..

Daripada deretan kedai-kedai ni, anda perlu menyeberangi jambatan untuk ke Floating Market, nak berenang pun bolehhhh, risiko tanggung sendiri! haha.. kat atas jambatan ni banyak betul anjing, so hati2 la berjalan, takut anjing2 ni buat aksi manja nak menggesel2 badan kat kita kan.. huhu Floating Market - Dogs

 

Dari atas jambatan, inilah pemandangan Floating Market tu 🙂

Khlonghae Floating Market

Khlonghae Floating Market

 

Saya sekeluarga bermula dari sampan yang paling hujung, sampan pertama menjual ikan bakar + ikan goreng tepung.. Sebelah sampan tu ada sotong kukus, dan juga sushi! Harga bermula dari TB20 (RM2.00) bagi setiap makanan.

Sushi atas sampan, kelas gitu!

Sushi atas sampan, kelas gitu!

Floating Market - Sotong Rebus

Hari2 naik sampan,
Pakai topi bunga2,
Ikan bakar dijual di sebelah kanan,
Di kiri pula ada sushi berwarna jingga
(Haish, fail betul la buat pantun2 ni.. haha)

 

Jom kita tengok lain2 makanan yang dijual kat atas sampan di Floating Market ni – Floating Market - Dessert 2 Floating Market - Chicken Samosa Floating Market - Chips Floating Market - Dessert Floating Market - French Toast Floating Market - Finger Food Floating Market - Food Floating Market - Food 2 Floating Market - Food 3 Floating Market - Food 4 Floating Market - Porridge Floating Market - Kuih Bakar

 

Dalam banyak2 makanan, yang paling menarik perhatian saya, ialah pencuci mulut dalam bentuk buah-buahan.. Alahai, sangatla comel + cantik.. Makanan ni dibuat dari kacang hijau agaknya, sebab bila makan, rasa cam kacang hijau yang manis.. Floating Market - Dessert in Fruits Shape

Close up, cantik kan? Comel sangat.. Harganya = TB20 = RM2.00

Close up, cantik kan? Comel sangat..
Harganya = TB20 = RM2.00

 

Satu lagi benda yang menarik perhatian ialah bekas air.. Kalau anda beli air kat sini, anda boleh memilih bekas dari tanah liat yang ada bermacam bentuk – Doraemon, Hello Kitty, Ultraman, Angry Bird @ Bentuk Nanas.. Harga bekas air + air ni ialah TB25 = RM2.50. Air yang dijual adalah teh, laici, nenas & air limau. Bekas Air Tanah Liat @ Floating market 2 Bekas Air Tanah Liat @ Floating market

Di sepanjang sungai ni, ada disediakan tempat duduk untuk makan, tapi terhad, so kalau dapat tempat kosong, cepat2 la duduk, dan gilir2 la dengan kawan2 @ family untuk beli makanan kat sini.. tempat makan di Floating market

 

Lepas dah makan2, kami naik ke atas, sebelum tu sempat la ambik gambau batu penanda ni.. Kata Abang Man, ni cam tanda yang kita dah sampai di sini la, sebab tu ada tulis nombor sifar tu (o)..

Floating Market - Batu Penanda

 

Secara keseluruhan, memang pengalama ni sangat mengujakan.. Anda semua mesti & wajib datang ke sini kalau ada peluang ke Hatyai.. Makanannya sedap & murah, sampan2 pun bersih.. Penjual pun bersih & kemas, ada yang pakai pakaian kebangsaan Thailand jugak 🙂 Pastikan datang dalam keadaan lapau, jadik boleh try semua jenis makanan.. hehe

 

p/s: Erm, Datuk Ali Rustam tak nak buat Floating Market kat Sungai Kg Morten, Melaka ke? Boleh dipertimbangkan tak idea saya ni? Hiks2..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik di hatyai,tempat shopping di hatyai,tempat menarik di hatyai 2013,tempat shopping murah di hatyai,tempat menarik hatyai,tempat menarik di hat yai,menarik di hatyai,apa yang menarik di hatyai,tempat menarik di hatyai thailand,tempat menarik di hat yai thailand,tempat menarik hat yai,apa yang best di hatyai,harga baju di hatyai,tempat menarik di hatyai 2014,baju murah di hatyai,pengalaman bercuti di hatyai,tempat menarik di hat yai 2014,tempat menarik di hat yai 2015,jual ikan laga