Tag Archives: sawadika

Sawadika – Sehari di Hatyai – Samila Beach

Assallammualaikum wbt

Sa bai dee ruu? Hehe… Feeling2 Songkhla masih lagik menguasai diri.. haha.. Sa bai dee ruu tu maknanya how are u? 🙂 Harap anda semua sihat2 sejahtera ye

Ok, cerita disambung dari lawatan ke Zoo Songkhla.  Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Samila Beach yang terkenal di Songkhla ini kerana pasirnya yang putih & airnya yang jernih.. Samila Beach ini terletak kira2 20 minit dari Zoo Songkhla.

Waktu kami sampai tu, angin memang kuatttttttttttt sangat la, tinggi2 ombanknya.. Saya kecut2 perut jugak tengok ada pengunjung2 yang mandi-manda.. huhu..

Samila Beach

Ini arca dua orang budak, kata abang Man, mereka jadi batu sebab ditegur Sang Kelembai.. katanya..

Samila Beach 2

ini antara gerai2 yang menjual kraftangan dan makanan ringan di tepi pantai..

 

Ekor naga, kepalanya ada di hujung pantai..

Ekor naga, kepalanya ada di hujung pantai..

Kepala Naga.

Kepala Naga.

 

 

Arca orang sedang khusyuk membaca..

Arca orang sedang khusyuk membaca..

 

Masa kami datang ni, angin kencang betul, sejuk sangat..

Masa kami datang ni, angin kencang betul, sejuk sangat..

 

Jalanraya di Samila Beach

Jalanraya di Samila Beach

Kami memilih kawasan yang agak lengang dan kemudiannya berhenti untuk berkelah dan lunch.. Waktu masa tu dah lebih kurang pukul 2.30, perut masing2 dah berdangdut.. hehe.. Kat kawasan ni ada masjid so boleh la menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Muslim di sini..

 

Berkelah kat Samila Beach, melayang2 rasa badan sebab angin memang kuat betul la..

Berkelah kat Samila Beach, melayang2 rasa badan sebab angin memang kuat betul la..

Anak naga, asik minum air kotak aje kijenya.. hehe

Anak naga, asik minum air kotak aje kijenya.. hehe

 

Sewaktu kami berkelah, ada beberapa orang peniaga yang mengandar makanan ringan sepanjang pantai tersebut.. Ini adalah gambar2 beberapa orang peniaga yang sempat dirakamkan..

Salah seorang penjual makanan ringan & buah2an di Samilla Beach

Salah seorang penjual makanan ringan & buah2an di Samilla Beach

 

Penjual makanan ni malu2 bila kami nak ambil gambarnya.. Kami beli buah mangga.. Sedap, lemak2 manis, harganya TB20 @ RM2.oo sebiji..

Penjual makanan ni malu2 bila kami nak ambil gambarnya..
Kami beli buah mangga..
Sedap, lemak2 manis, harganya TB20 @ RM2.oo sebiji..

 

Ni pulak jual cotton candy, harganya pun TB20..

Ni pulak jual cotton candy, harganya pun TB20..

 

Bus pelancong ni, tak tau la depa naik dari mana.. kami sempat ambik gambar aje.. hehe

Bus pelancong ni, tak tau la depa naik dari mana.. kami sempat ambik gambar aje.. hehe

 

Usai makan, solat & sebagainya, kami ke bahagian utama Pantai Samila. Di sini ada sebuah resort yang dinamakan sempena pantai tersebut iaitu Samila Beach Resort.  Kawasan ini lebih padat dengan pelancong sebab ada tarikannya tersendiri – iaitu patung ikan duyung yang diperbuat dari gangsa..

Ni pulak di kawasan resort Samila Beach, lebih kurang 5 minit perjalanan dengan menaiki van dari tempat berkelah tadi..

Ni pulak di kawasan resort Samila Beach, lebih kurang 5 minit perjalanan dengan menaiki van dari tempat berkelah tadi..

 

Antara gerai makanan di Samila Beach..

Antara gerai makanan di Samila Beach..

 

Gerai cenderamata..

Gerai cenderamata..

Ok, kalau nak membeli belah, boleh la beli kat sini sebab harganya jauh lebih murah dari harga di tengah2 pekan, dan ada antara barang yang anda tak jumpa di pekan.. Saya memang rasa ralat tak beli purse kraftangan yang dijual di sini, sebab ingatkan boleh dapat di pekan nanti.. Bila dah naik van dan dah gerak jauh sikit baru ler Abang Man kata barang kat sini murah2.. haish, rugi2.. huhu

The legendary Bronze Mermaid.. Berebut2 orang nak ambik gambar dekat2 Kami malas nak rebut, tengok dari jauh jer ler.. hehe

The legendary Bronze Mermaid..
Berebut2 orang nak ambik gambar dekat2
Kami malas nak rebut, tengok dari jauh jer ler.. hehe

Haaaaaaaaaaaa, ini la dia Ikan Duyung Gangsa yang menjadi igauan setiap ikan di lautan.. Chewah.. hehe.. Menurut lagenda Phara Apaimanee (cerita klasik Thai), kak duyung ni tengah feeling2 sikat rambut atas batu di bawah gemerlapan bulan yang bercahaya, tiba2 ada nelayan muda yang buat dia terkejut.. Jadi duyung ni pun melompat masuk ke laut dan tak balik2 lagik ke pantai.. Nelayan muda ni tunggu dia setiap hari tapi dia tak kembali.. (Gila apa, kang nelayan tu sembelih dia jadik tom yam khung, naya aje! hik2)

Beratur orang2 ni.. Semangat nak ambik gambar dengan Puteri Ikan Duyung.. huhu

Beratur orang2 ni.. Semangat nak ambik gambar dengan Puteri Ikan Duyung.. huhu

 

Sejarah yang membawa kepada pembinaan arca ikan duyung di Samila Beach

Sejarah yang membawa kepada pembinaan arca ikan duyung di Samila Beach

Usai bergambar di Samila Beach, kami ke Plaza Shopping Centre.. nanti saya ceritakan di posting akan datang ye.. laaeo phohp gan mai! 😉

Dari Samila Beach, kami meneruskan perjalanan ke Plaza Shopping Centre

Dari Samila Beach, kami meneruskan perjalanan ke Plaza Shopping Centre

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

shopping di hatyai,pantai samila hatyai