Tag Archives: risau tak kawin lagi

Aku risau la.. (Part 2)

Assallammualaikum..

Ok, kita sambung kisah sebelumnya..

Masalah sukar mendapat teman lelaki ini memang fenomena biasa abad ini.. Kebanyakkan wanita sudah berpelajaran tinggi, bekerjaya, berharta.. Masing2 inginkan yang terbaik dalam kehidupan dan kerjaya.  Dalam mengejar kejayaan, ada kali mereka terlupa pada kehidupan sosial. 

Disebabkan dek kesibukan kerjaya dan hidup juga kadang kala wanita zaman ini tidak rasa kesuyian kerana tidak mempunyai teman lelaki.. “Kekosongan hati” cuma akan dirasai bila 90% kawan2, sepupu2 sudah berkahwin dan mempunyai anak2.. Rasa itu juga akan mula timbul bila emak ayah di kampung memulakan siaran langsung 12 jam sehari tentang kepentingan berkeluarga, berkawin, etc etc.. heheheh…

Sebelum berkahwin, saya juga pernah merasai perasaan yang sama.. Rakan2 majoriti sudah  berkahwin, begitu juga dengan sepupu2.. Kala itu hanya saya dan Cik X saja yang masih single mingle.. Setiap kali menghadiri kenduri atau reunion, pasti soalan favourite itu yang diajukan – bila nak kawin??? Kadang kala rasa lemas, sehinggakan ada masanya saya seakan malas untuk menghadiri apa2 function..

Bagi saya, berkahwin atau tidak, itu bukan urusan kita, itu urusan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.  Ada orang yang hendak kahwin sangat2, tapi jodoh belum sampai lagi.. Ada yang tak merancang untuk kawin, tapi tiba2 ada rombongan meminang dan terus diterima oleh keluarga.. Setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah, dan hanya DIA yang mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya.. Semua ujian yang datang hanyalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan hamba2Nya..

Saudara/saudari,

Bagi yang masih belum berkahwin, nikmatilah zaman solo anda ini sepuas2nya.. Kalau ada rezeki lebih, tunaikanlah umrah, pergilah melancong, lakukan semua perkara yang anda suka, kerana bila sudah berkahwin nanti, ada batas2 yang perlu anda jaga, ada kezinan yang perlu anda minta, ada keluarga yang perlu anda uruskan.. Kalau di zaman bujang, hari2 boleh makan di kedai, balik rumah, boleh lepak2 tengok tv, nanti dah kahwin kena belajar masak, balik rumah kena mengemas, menguruskan suami.. Anda dah bersedia?? Bukan saya nak menakutkan anda semua, tapi realitinya kehidupan perkahwinan tak semuanya indah.. Ada masam2 manisnya.. 🙂

So, kesimpulanya, JANGAN RISAU KALAU BELUM ADA JODOH.. Setiap manusia dijadikan berpasangan, cuma masanya belum sampai untuk anda bertemu dan bernikah dengan si dia..

Bagi yang masih mencari2 jodoh, jangan putus harapan, sentiasa berdoa pada Allah agar ditemukan dengan seorang yang soleh, yang dapat membentuk keluarga yang soleh dan diredhai Allah bersama2 dengan anda.. Jangan pandang harta, pandang pada budi bahasanya, agamanya, akhlaknya, Insya-Allah anda akan bahagia dunia & akhirat.. Yakinlah ada seseorang yang dicipta untuk anda, mungkin esok @ lusa, anda bakal berjumpa dengannya.. Saya doakan yang terbaik buat anda semua yang asih single di luar sana.. Amin….

Aku risau la…

Assallammualaikum..

Ada tak yang risau2 hari ni?  Mungkin masalah anda sama dengan seorang sepupu saya..

Selasa yang lalu, lebih kurang jam 7.30 pagi, si dia menelefon saya.  Terkejut juga melihat namanya terpapar di skrin telefon.. maklumlah, pagi2, saya menyangkakan ada hal mustahak..

Panggilan dijawab, dan kedengaran suaranya yang agak lemah di talian..

Biar saya namakan dia sebagai X sahaja..

“Kau sihat ker X?  Lain macam jer suara ni??”

“Aku sihat Yu.. Tapi aku risau la..”

“Ish, kenapa plak ni?  Risau pasal result ker?”  (dia sedang menyambung pelajarannya di peringkat Masters ketika ini).

“Tak, aku risau pasal kawan2 aku semua dah kawin.. Mak call aku semalam, dia kata si A sepupu kita tu nak kawin bulan 9 ni.. Maknanya tinggal aku sorang jer la dalam family yang belum kawin.. Umur dah 30 dah ni.. Mak dah membebel2 dalam telefon, suruh aku cari boyfriend cepat2.. Aku tension la Yu..”.

Saya tersenyum.. Saya faham benar masalahnya.. Bukan sekali dua kerisauan itu disuarakan kepada saya..

“Jangan risau X.. Jodoh kau belum sampai lagik.. Doa banyak2 pada Allah.. DIA Maha Mengetahui.. Dan kalau ada yang mengurat2, jangan pulak jual mahal.. Jangan jadi materialistik, yang penting lelaki tu lelaki yang soleh, baik, ada pekerjaan, ada ciri2 bapa dan suami yang baik.. ”

“Hmmm.. yer la.. Apa2 jer la..” jawabnya.. Saya tahu dia seakan putus asa..

“Sabar X.. aku doakan kau bertemu jodoh dalam tahun ni yer..”.

“Aku malas dah nak balik kampung.. Emak dengan abah balik2 tanya soalan yang sama- bila aku nak kawin.. Tension aku la.. Dah la kerja stress, balik kg pun stress, mana aku nak lari ni Yu????”

“Ish, jangan pikir yang bukan2.. takper la, nanti balik melaka aku slow talk la dengan diorang.. Dah, jangan risau2.. Adalah jodoh kau nanti.. Benda macam ni bukan kita boleh duga.. Entah2 esok lusa ko jumpa Mr Right, ko kawin lagi awal dari si A tu..”.. jawab saya..

Dia tergelak kecil..

“Ok la Yu, aku nak pegi kerja ni.. Thanks for listening.. Take care ya..”.

“You too.. do call me if you need anything ya..”  begitulah akhir perbualan kami.

Ketika itu saya dapat membayangkan wajah sepupu saya yang sedang dalam kekusutan, kerana menghadapi masalah tidak mempunyai teman lelaki lagi..

Bersambung esok.. Zzzzzzzzzzzzz 😉