Tag Archives: rezeki

Boleh jadi jutawan ke dengan internet????

Salam dan selamat hari Isnin buat anda semua..  🙂

 

Hari ni saya nak bercakap pasal jadi jutawan dengan internet.. Siapa yang tak nak jadi jutawan?? Semua orang suka pada duit, dan semua orang sanggup lakukan apa saja untuk duit dan jadi jutawan.. Tapi, bagaimana caranya nak jadi jutawan??  Ada orang bekerja keras, ada orang bekerja pantas, ada orang bekerja dengan bijak, dan ada orang pula, sanggup menipu dan membunuh demi kerana duit.. Pokok pangkalnya, tak ada jalan singkat untuk menjadi jutawan!

 

Al kisahnya, adalah sorang minah nih, selalu lah hubungi saya untuk bertanya tentang pendapatan dari internet.. Setiap kali menelefon saya, kata-kata akhirnya “Boleh ke aku jadi jutawan dengan penggunaan internet ni..?”  boleh tak aku dapat 1 juta dalam masa setahun??

 

Saya selalu nasihatkan dia, tidak ada apa yang tidak boleh di capai dalam dunia ini kalau kita bekerja keras.. Dah ramai pakar2 IM di Malaysia ni, mereka semua bukti kukuh memang boleh jadi jutawan dengan menggunakan internet.  Tidak ada orang yang terus kaya, terus jadi jutawan dalam sekelip mata, semua mesti berusaha.. Apa-apa pun, kita harus ambil the first baby step.. The first step will take us to endless journeys.. Dah hampir 3 bulan dia menelefon saya, bertanyakan perkara yang sama, namun tidak ada langkah yang di ambil.. Bila saya beritahu saya sudah siapkan ebook untuk dijual, dia seakan marah, seakan2 menyalahkan saya kerana tidak mengajar dia dengan betul “seni” mendapatkan pendapatan dari internet ini.. katanya – kalau ko ajar aku betul2, mesti aku pun dah boleh buat ebook dan jadi jutawan.. Ewahhhhh, nak salahkan saya pula!  Saya pun ambik masa hampir 6 bulan nak belajar benda2 pasal internet nih, baca sana sini dan berguru dengan sifu2 saya – Mohd Firdaus dan dibantu juga oleh suami dan beberapa IM lain.. Kenapa nak salahkan orang lain bila kita sendiri tidak berusaha?  Mengapa nak ada rasa hasad dengki dengan pencapaian orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu mengubah cara dan fikiran kita?  Itulah dia orang melayu.. semua nak disuap, semua nak senang, semua nak di bantu.. Dia sebenarnya sudah boleh sama2 dengan saya menghasilkan dan menerbitkan ebook kalau dia mahu, sebab semua nota dan penerangan telah saya berikan secara percuma pada dia.. Tapi, tak buat apa2 pun.. Jadi, saya ker yang bersalah? Huhuhu… maaf, emosi sedikit sebab geram..

 

So, buat semua newbie yang ada terdetik dalam hati – boleh jadi jutawan ker dengan internet nih? 

1)  Ya, anda boleh jadi jutawan, TETAPI;-

2)  Anda perlu berusaha

3)  Ketahui minat anda, dan fokus.  Jangan gelojoh dan ingin membuat semua serentak – contohnya ebook, ebay, adsense, clickbank etc2 pada satu masa yang sama.  Anda pasti akan gagal kerana tidak dapat beri tumpuan dan perhatian.

4)  Banyak membaca dan bertanya pada pakar, belajar segala-gala yang anda minat dan perlu tahu tentang dunia cyber ini.  Ikuti forum di wangcyber dan tulis semua nota yang anda dapat dari sana.  Email pada IM2 yang sudah berjaya jika anda ada kemusykilan.  Percayalah cakap saya, mereka semua sangat baik hati dan sedia membantu.

5)  Mesti keluar sedikit modal untuk domain & hosting, jangan hendak untung cepat tapi tak nak keluar sesen pun.

6)  Ada kesungguhan & semangat yang sentiasa membara.  Tulis matlamat anda dalam dunia internet ini dan letakkan di satu tempat yang anda boleh lihat setiap hari agar anda ingat matlamat dan semangat anda terus meluap-luap.

7)  Mesti memulakan langkah pertama secepat yang mungkin, kerana lebih awal anda bermula, lebih ramai orang mengenali dan mengetahui kredibiliti dan kelebihan anda

8)  Sentiasa berdoa & tawaqal pada Allah, jika Dia telah membuka jalan untuk mendapatkan rezeki, mengapa anda tidak ambil peluang dan mencuba?

9)  Bekerja dengan beberapa orang yang lain, untuk mendapat hasil yang baik.  Anda tidak boleh tamak dan ingin semua keuntungan, sebab anda masih baru dan memerlukan pertolongan dan sokongan yang pakar untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Ok, saya harap cik minah yang menelefon saya siang malam pagi petang itu akan baca dan faham post saya kali ini.. No hard feelings ya..Saya harap kita semua akan berjaya dalam dunia cyber ini.. 🙂  renung-renungkan, dan selamat beramallll!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tabiat yang mesti dihindari semasa makan,tabiat-tabiat yang mesti dihindari semasa makan,karangan tabiat yang mesti dihindari semasa makan,karangan tabiat-tabiat yang mesti dihindari semasa makan

TABIAT DAN ADAB DI MEJA MAKAN

 

Salam untuk semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang tabiat & adab di meja makan.. Post ini ditujukan khas untuk semua abang-abang dan adik-adik lelaki di luar sana.. Ada beberapa adab dan tertib yang harus anda ikuti dan amalkan setiap masa dan setiap ketika.  Adab anda di meja makan juga menjadi salah satu tarikan kepada kaum perempuan.  Ada kalanya perangai anda yang kurang sopan meloyakan tekak dan pastinya membuatkan orang perempuan menghindarkan diri dari anda!

 

1)    Mencungkil gigi

 

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh kaum lelaki.  Selesai sahaja makan, habis semua gigi dicungkil dan dikorek..  Selepas itu, kalau tidak diludah ke tepi, terus ditelan semula.  Aduhai, perempuan amat gelui kalau anda ada tabiat sebegini!

 

Amalan ini memang bagus untuk membersihkan gigi, namun adalah lebih baik anda ke tandas atau ke tempat-tempat yang terlindung dari pandangan orang.

 

2)    Sedawa dengan kuat

 

Burpppppppppp.. Aduhai, terasa begegar gegendang telinga mendengar bunyi sedawa anda!  Percayalah, tidak ada orang yang mahu aroma dari perut anda itu didengari dan dikongsi, apatah lagi jika anda baru sahaja makan jering dan tempoyak atau durian!

 

Seandainya anda memang tidak mampu menahan sedawa itu, tutup mulut untuk mengurangkan bunyinya.  Selepas itu, minta maaf, ucapakan “maafkan saya” @ excuse me!

 

  

3)    Kentut

 

Janganlah suka-suka hati membuang angin selepas makan.  Ada orang yang mungkin loya atau geli dengan perangai anda.  Meja makan tempat makan, bukan membuang “aroma hangit” dari perut anda!

Benar, memang tidak bagus menahan diri dari kentut, namun pergilah ke tempat tersembunyi atau tandas.  Jika sudah ada rasa-rasa senak, minta diri dan segeralah ke tempat yang tidak ada orang dan lepaskanlah seberapa banyak das yang anda mahu!

 

 

4)    Menyudu makanan dengan tangan kanan

 

Saudara, kita memang makan dengan menggunakan tangan kanan, tapi janganlah gunakan tangan yang sama untuk menyudu kuah di depan mata.  Sudahlah nampak selekeh, nasi di tangan pula pasti bertaburan.  Jika ada orang lain bersama dengan anda, pasti dia rasa tidak selesa kerana sudu telah dikotorkan dengan lauk pauk di tangan anda.

 

Gunakan tangan kiri untuk mencedok kuah atau makanan ke pinggan.  Ia menunjukkan anda seorang yang bersih dan teliti.

 

 

5)    Makan bersepah

 

Biasanya kalau ada lauk ayam atau ikan, selesai makan, tulang-tulang lauk akan bertaburan di sisi meja.  Nampak sungguh selekeh dan menyakitkan hati!

 

Jika anda mahu meletakkan sisa-sisa makanan itu, ambil satu lagi pinggan kecil, dan letaklah semua sisa di dalamnya.  Orang yang mengemas meja pun akan rasa senang hati!

 

  

6)    Gelojoh

 

Anda makan bagaikan sudah sebulan tidak berjumpa makanan.  Anda terkejar-kejar menghabiskan makanan itu, seolah-olah ada pertandingan yang harus ditamatkan.  Sudahlah gelojoh, berbunyi-bunyi pula bagaikan itik menyudu.  Aduhai, memang kembang tekak melihat lelaki makan begini!

 

Makanlah perlahan-lahan.  Kunyah perlahan-lahan agar makanan mudah dihadam.  Suap satu persatu.  Setelah habis satu suapan, baru anda susuli dengan suapan kedua.. Nah, kan nampak tertib dan sopan!

 

 

7)    Menjadikan pinggan makan sebagai tempat abu rokok

 

Selepas makan, bagaikan wajib menghisap rokok.  Yang tak seronoknya, pinggan makan di jadikan tempat meletak abu rokok.  Nampak kurang sopan, pinggan itukan tempat makanan, tempat rezeki.  Janganlah samakan ia dengan tempat membuang sampah!

 

Carilah bekas abu rokok, atau buangkan di bawah.  Jangan buat si dia jelik dengan tabiat kamu!

 

 

Nah, 7 adab ini harus anda jaga agar bukan sahaja dapat menambat cinta si dia, malah juga ibu, bapa dan keluarganya!  Selamat mencuba!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

adab di meja makan,karangan tabiat buruk ketika makan,contoh karangan tabiat buruk ketika makan,karangan adab makan,tertib di meja makan,etika di meja makan,mempraktikkan tertib di meja makan,ADAB DIMEJA MAKAN,adab ketika makan