Tag Archives: resipi telur dadar;

Telur dadar tidak melekat..

Assallammualaikum..

Apa khabar semua?  Dah makan?

Hari ni nak kongsi satu petua dengan anda.. Saya rasa semua orang suka makan telur dadar, tapi ada kalanya telur melekat di kuali.  Kalau guna non-stick pan, takper la kan, tapi kalau guna kuali biasa, rasa tensen gak bila telur dadar melekat dan jadi pecah.. Kalau guna lebih minyak, memang telur tu jadik cantik, tapi tak sihatlah sebab dah terlalu banyak minyak..

Rahsia ni saya dapat dari seorang tukang masak Thai.  Saya selalu tengok telur dadar yang dibuatnya jadik cantik aje, kalau buat nasi pataya pun, telur tu jadi elok dan tak hangit. Petua beliau ialah, sewaktu memukul telur, masukkan sedikit air, jangan banyak2, cukup dalam sesudu.  Saya macam ragu2 jugak, tapi bula balik rumah & try buat, Subahannallah, memang jadik elok telur dadar tu… hehehehe.. Telur dadar tu jadi gebu dan elok kembangnya..

Satu lagi, kalau nak telur dadar sedap, jangan campurkan bawang & cili ke dalam telur, sebaliknya, goreng dulu bawang & cili tu.  Bila dah naik bau, baru masukkan telur.. Telur yang dipukul tadi juga dicampur dengan sedikit garam dan lada sulah dan dikacau sebati.. Hadoi, perut dah lapar balik, nak gi dapur jap, bikin telur dadar! heheheheh 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

telur dadar sedap,resepi telur dadar kedai tomyam,telur dadar thai,resepi telur dadar thai,resepi telur dadar gebu,resepi telur dadar sedap,resepi telur dadar ala thai,telur dadar ala thai,telur dadar gebu,resepi telur dadar tebal dan gebu,cara masak telur dadar,resepi telur dadar,resepi telur dadar biasa,telur dadar siam