Tag Archives: rasul

Doa-doa seharian yang baik untuk di amalkan

Assallammualaikum,

Para pembaca yang dikasihi, moga Allah melimpahkan keampunan dan rahmatNya untuk kita hari ini..

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa doa yang saya perolehi dari internet dan buku.  Doa2 ini pendek sahaja, dan mudah dihafal.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi doa tersebut dalam tulisan jawi, tapi saya akan memberikan bacaannya dalam bentuk rumi.  Harap anda semua dapat mencari doa2 tersebut dalam tulisan jawi agar lebih tepat sebutan huruf2nya.. Jazakallah..

DOA BANGUN DARI TIDUR

Seharusnya, sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur, kita harus mengucapkan Alhamdulillah apabila kita bangun di waktu pagi, dan bersyukur kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup dan beramal kepadaNya.  Doa bangun tidur yang boleh anda amalkan setiap pagi ialah:

Alhamdulillahil ladzi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur. .

Maknanya – Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

Doa tersebut sebaik2nya dibaca dengan penuh kesyukuran dan keinsafan kepada Allah.

Setelah itu, bangunlah, dan bersugi, mandi dan berwuduk untuk mengerjakan solat Subuh.

Usai solat Subuh, ada 2 doa yang saya ingin saya kongsikan dengan anda.

1)  Allahhumma inni as-alukal jannata wa a’uuzubika minan nar

Maksudnya – Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar dimasukkan ke dalam syurga dan aku berlindung kepadaMu dari neraka.

2) Hasbiyallahu laa ilaaha illa huwa ‘alaihi tawakaltu wa huwa rabbul ‘arsyil ‘azim

Maksudnya – Allah lah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, kepadaNya aku bertawaqal.  Dialah Tuhan ‘Arasy yang Agung.

Bacalah doa ini sebanyak 7 kali setiap hari, di waktu pagi atau selepas usai solat setiap waktu.  Rasullullah telah bersabda, yang bermaksud – Sesiapa membaca doa ini di waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah akan mencukupkan baginya segala urusan dunia & akhirat yang menjadi perhatiannya – Hadis Riwayat Ibn Sunni & Abu Daud.

Saudara & saudari, sesungguhnya sesuatu sedikit dan kecil. andainya dilakukan secara istiqamah, itulah yang lebih disukai oleh Allah.. marilah kita sama2 berlumba2 mencari keredhaan dan keampunan Allah.. Jika anda ada doa2 yang baik untuk dikongsikan, silalah post di bahagian komen.. Terima kasih..  🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa selepas solat dalam rumi,doa selamat dalam rumi,doa dalam rumi,doa selamat rumi,doa seharian,doa selepas solat rumi,doa kesyukuran dalam rumi,doa ringkas selepas solat dalam rumi,bacaan doa selamat dalam rumi,doa tidur rumi,doa kesyukuran rumi,doa selamat ringkas dalam rumi,doa ringkas selepas solat rumi,doa ringkas selepas solat dalam tulisan rumi,doa doa seharian,doa tidur dalam rumi,doa selamat dalam bahasa rumi,doa selepas solat dalam rumi dan jawi,doa selepas solat dalam bahasa rumi,doa selepas solat rumi dan jawi,doa tidur jawi,doa dalam bahasa rumi,doa doa dalam bahasa rumi,doa selepas sembahyang dalam rumi,Doa Dalam Tulisan Rumi,doa tidur dalam bahasa rumi,doa ringkas selepas solat,doa selamat ringkas rumi,doa selepas sembahyang rumi,bacaan doa selamat ringkas

1 REJAB, 1430(H) – [24.06.09 – RABU] – JOM PUASA RAMAI-RAMAI..

Salam buat semua…

Cepat sungguh masa berlalu, esok 24.06.09, dah masuk 1hb Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.  Buat pengetahuan anda, banyak kebaikan yang terkandung dalam bulan Rejab..

Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

 2 . Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

 3 . Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 June 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat  

4. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430H/Isra Mi’raj (Rabu, 20 Julai 2009 ) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa  

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Subahanallah, betapa mudahnya untuk mendapatkan pahala dari Allah.. Betapa Allah menyayangi semua makhlukNya.. Jom kawan-kawan, kita berpuasa esok dan mengambil keberkatan dan kebesaran bulan Rejab ini.. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita, ibu, ayah, suami, isteri, adik, abang, kakak dan semua umat muslimin dan muslimat di dunia ini.. 

Amin… 

 

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

puasa 1rejab