Tag Archives: PROJEK BANTAL

Projek Bantal

Assallammualaikum semua..

Apa khabar? Harap semuanya sihat2 dan ceria selalu yek.. Subahanallah, hampir 2 bulan tak update blog ni.. dah naik berlumut!! Tapi saya ucaapkan terima kasih kerana ada juga yang masih menyinggah..

 

Ok, kali ni saya nak ajak anda semua menderma BANTAL.. ye, bantal tidur tu.. tak kiralah apa jenamanya.. baru @ lama diterima ye.. kalau yang lama tu, yang penting bersih dan kalau boleh bagilah sarung bantal sekali yek.. Nak buat apa dengan sarung bantal tu?  Sila klik di sini – http://www.mazidulakmal.com/2011/10/projek-bantal.html

Saya rasa anda semua kenal Mazidul Akmal Sidek.. Pada masa ini, beliau dan rakan2nya sedang mengadakan Projek Bantal, satu projek mengumpulkan bantal2 untuk orang2 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.. Info lanjut boleh di dapati di blog Encik Mazidul..

Jom, kita tolong orang2 gelandangan ini, cuma satu bantal utk kita dermakan.. rasanya kat umah tu dah berlambak2 bantal, yang nak digunakan satu dua jer kan..

Kalau hati anda masih berlum terbuka untuk menyertai projek ini, saya harap gambar2 di bawah ini dapat menyentuh dah membuka hati serta sifat belas kasihan anda semua.. Sebak saya melihat keadaan anak2 ini.. betapa susahnya mereka menjalani kehidupan.. Mereka sepatutnya dibelai, dimanja dan mendapat tempat tinggal yang terbaik, bukan tidur di tepi tong sampah yang kotor dan busuk.. Bayangkan jika anak2 anda yang beradi di situ..

GAMBAR2 KREDIT KEPADA BLOG MAZIDUL AKMAL

 

 

Syukur Ya Allah, aku ada tilam, ada selimut, ada dua bantal, sedangkan orang2 di luar sana, hanya berbantalkan lengan, bertilamkan simen sejuk dan berselimutkan embum malam..

 

 

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bantal,gambar bantal,kertas kerja memohon laluan basikal,proposal laluan basikal,gelandangan kuala lumpur,www mazidulakmal com