Assallammualaikum..
Salam hari Isnin.. hehehe.. Kebanyakkan orang, termasuk saya, terkena penyakit monday blues hari ni.. lemah jer nak buat kerja sebab dah cuti 2 hari.. huhu.. wake up wake up, senam2 sikit, jalan2 sikit, selawat banyak2 dan mulakan kerja!!
hari ni just nak kongsi “penemuan” baru saya.. lately, dandruff/kelumumur banyak sangat kat kepala, kulit kepala pun gatal2 sangat.. kadang2 rasa malu sebab tergaru2 kepala, padahal setiap hari saya syampu menggunakan syampu anti kelumumur..
hari jumaat lepas, memang kulit kepala dah terrlalu gatal.. sampai luka saya garu.. dalam hati terfikir, kalau syampu dengan syampu anti kelumumur tu, confirm pedih.. tiba2 ternampak syampu iemrand.. apa lagi, terus cuba dan hasilnya – kulit kepala tak gatal2 lagi!!! dah dua hari saya gunakan, memang berkesan.. rambut lebih lembut, kepala tak gatal2, rambut pun kurang gugur! harap2 berterusan la macam ni..
so lepas ni, mama akan share syampu dengan iemrand, so kenalah beli syampu botol yang besar!! hehehe..
owh, lupa nak bgtau, saya gunakan syampu pureen macam dalam gambar ni… so sesiapa yang ada kelumumur dan kulit kepala yang gatal2, bolehlah cuba cara saya ni.. mungkin ia juga berkesan untuk anda, selamat mecuba!