Assallammualaikum wbt
27 Ramadhan, jam 1.03pm.. Makin cepat rasanya masa berlalu.. Lagu raya dah makin kerap berkumandang di corong2 radio, yang ada kalanya melalaikan dan membuat kita alpa bahawa Ramadhan tinggal 2 hari aje kawan2! Jom kita sama2 manfaatkan sisa2 hari yang teinggal ni dengan ibadat yang khusyuk & bersungguh2 kepada Allah ye 🙂
Posting kali ni sekadar posting suka-suki.. Saja nak kongsi gambar2 yang diambil dari awan biru masa balik menyambut Ramadhan di Utara bulan lepas.. Ni gambar2 dari Penang Airport ke KLIA.. Waktu penerbangan ialah jam 7.45 dan sampai ke KLIA lebih kurang 40 minit kemudiannya.. Dah lama tak balik naik kapal waktu malam sebenarnya, so agak teruja la tengok lampu2.. hahahaha.. Enjoy the pics ye, anggap gambar2 yang “bergegar” tu bagaikan satu seni yang halus & tulus hik2
Dari awan biru ni, timbul keinsafan yang sangatttt mendalam, betapa indahnya Allah jadikan alam ini untuk kita terokai & gunakan.. Segala puji2an bagi Allah Tuhan sekalian alam.. Ada kala saya terfikir apa la agaknya yang ada di sebalik awan gemawan itu kan…?
p/s: Tiada niat nak riak, takbur, menunjuk2, poyo & yang sewaktu dengannya.. Penulis cuma nak berkongsi pemandangan dari awan biru.. kalau tak suka, sila tutup mata haha

KLCC (dalam bulatan) Kalau guna kamera yang lebih baik, mungkin nampak lebih jelas.. Gorgeous sangat tau..