Tag Archives: percutian di Amsterdam & Belgium

Wordless Wednesday – Budget ke Amsterdam & Belgium

 

 

Budget ke Amsterdam & Belgium

 

Budget ke Amsterdam & Istanbul

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

amsterdam melancong,bercuti ke amsterdam,percutian ke belgium,percutian ke brussel,trip bajet ke amsterdam

Kembara Amsterdam 14 – Apa beza Iamsterdam Card dengan Holland Pass?

Assallammualaikum wbt,

Antara benda2 yang boleh memberikan penjimatan pada kita sebagai traveller bila melancong ialah Discount Card.. Kat Amsterdam, ada dua pilihan, Holland Pass @ Iamsterdam Card.  Saya telah memilih Holland Pass sebab masa kami pegi ke sana, Keukenhoff dibuka, jadi kami nak jimat dengan penggunaan free ticket dari Holland Pass.  Nanti saya tunjukkan berapa penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets ok 🙂

 

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 4

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 3Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 2

Dari pengalaman saya, lebih mudah membeli Holland Pass di Arrival Hall 2 di Schipol Airport. Cari Holland Tourist Information, atau jika tak jumpa tanya saja di kaunter pertanyaan di Schipol Airport, staff2 di sana sangatlah helpful & friendly 🙂

Ok, berikut adalah penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets – 29 Euro.. Pada saya berbaloi sebab tak perlu beratur panjang, tunjuk tiket percuma tu dan anda terus dapat masuk ke tempat2 menarik..

Savings Benefit with Holland Pass

 

Ok, kalau anda masih mahu masuk ke tempat2 yang menarik @ museum di Holland tapi dah habis ticket free, anda boleh tunjukkan Holland Pass dan anda akan dapat diskaun 10 – 50% bagi tempat2 yang terpilih.. saya senaraikan di sini tempat2 yang menarik perhatian kami.. Anda cuma perlu tunjukkan Hollad Discount Card tu untuk mendapatkan diskaun di tempat2 yang di senaraikan di bawah.. Informasi lanjut boleh didapati di sini:- http://www.hollandpass.com/things-to-do/

 

Discounts and Free Tickets with Holland Pass 1Discounts and Free Tickets with Holland Pass 3Discounts and Free Tickets with Holland Pass 2

Saya harap posting kali ini memberi manfaat kepada future traveller ke Amsterdam, Insya-Allah 🙂  Kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ye, Insya-Allah saya cuba memberikan jawapan sebaik mungkin..

 

Kembara Amsterdam 13 – Amsterdam Tours & Tickets Price

Assallammualaikum semua..

Syukur kita semua masih diberikan peluang berpuasa lagik pada hari ke 21 Ramadhan.. Sedihnya dah makin dekat dengan penghujung bulan yang mulia ni.. Semoga amalan kita dapat dipertingkatkan lagi pada hari2 terakhir ni, Insya-Allah..

Ada pembaca yang email saya untuk bertanyakan harga tours, canal cruise & hop on hop off bus.. Oleh sebab tu, saya rasa lebih baik saya berkongsi phamplet yang sempat saya ambik di Amsterdam hari tu untuk kebaikan & informasi anda semua..

Harga2 dalam gambar ni valid sehingga 3November 2013, jadi anda yang merancang untuk pergi bulan Ogos, Sepetember, Oktober & November bolehlah rujuk pada gambar2 ni untuk harga tours & sesuaikan dengan budget anda ye 🙂

Ok, sebelum tu saya nak bgtau:

1)  Saya tak ambik mana2 pakej dalam phamplet ni, saya cuma ambil untuk informasi sahaja so saya tak dapat nak advise sama ada ia bagus atau tidak.. Tapi dari pengamatan saya, office travel agent ni penuh dari pagi hinggalah petang, so i guess  its safe to book the tours with them;

2)  Mudah untuk menemui office travel agent ni.. Namanya Tours & Ticket, dalam tulisan berwarna merah terang & besar.  Dari Central Station, anda terus berjalan ke arah kedai2, menuju ke Dam Central.. Ia terletak di sebelah kanan anda.. Belah kiri tu sungai, so tak payah tengok belah kiri ye.. hehe

3)  Keistimewaan ambik tours  ni ialah anda boleh combine dengan canal cruise @ hop on hop off bus, so anda boleh save a few euro kat situ..

4)  Dengan travel agen ni, tak payah beratur panjang, anda boleh terus potong orang2 lain tanpa rasa bersalah & dengan muka berlagak sebab diorang dah ada arrangement dengan museum @ attraction places tu.. hik2..

5) Untuk countryside tours, anda tak perlu pening2 nak ambik bus apa, nak turun kat mana, sebab semua dah sedia, naik je bus, dan mereka akan bawa anda ke sana..

Ok, sila rujuk gambar untuk melihat harga2 tours, canal cruise + hoho bus.. Sekali lagi saya ingatkan, sebelum nak ambik apa2 pakej pun, buat reserach di internet dulu ya.. Posting kali ini sekadar informasi untuk anda semua 🙂

 


Amsterdam Tours and Tickets 1 Amsterdam Tours and Tickets 2 Amsterdam Tours and Tickets 3 Amsterdam Tours and Tickets 4 Amsterdam Tours and Tickets 5 Amsterdam Tours and Tickets 6 Amsterdam Tours and Tickets 7 Amsterdam Tours and Tickets 8 Amsterdam Tours and Tickets 9 Amsterdam Tours and Tickets 10 Amsterdam Tours and Tickets 11 Amsterdam Tours and Tickets 12 Amsterdam Tours and Tickets 13

Amsterdam Tours and Tickets 14

 

Amsterdam Tours and Tickets 15

Merentas Sempadan 5 – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 1)

Assallammualaikum sahabat2 yang dikasihi & disayangi!

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga Allah menerima segala amalan, puasa & doa kita pada bulan yang penuh keberkatan ini, Insya-Allah..

Dua tiga menjak ni memang sangat la sibuk sebab banyak projek masuk maka terbengkalailah penulisan tentang kembara ke Brussels.. So hari ni kita recap balik sikit2 ye.. Nak tulis banyak2 tak sempat, gambar pun tak dan nak edit semuanya.. huhu

Ok, tiket keretapi dari Ghent ke Brussels ialah Euro 8.70 seorang (lebih kurang RM38.80) sehala.  Anak saya free of charge 🙂

Train Ticket From Ghent to Brussels

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam camtu.. Kami berhenti di Brussels Central.. Meh nak citer sikit pasal Brussels Central ni.. Antara kesemua tempat yang kami lawati masa kat Amsterdam + Belgium ni, INILAH TEMPAT YANG PALING TAK TOURIST FRIENDLY! Arghh, sakit ati kalau citer pasal Brussels Central ni:-

1)  TAK ADA TOURIST INFORMATION CENTRE

2)  POLIS TAK FASIH BERBAHASA INGGERIS

3)  TAK ADA MAP @ ANAK PANAH UNTUK MENUNJUKKAN JALAN KELUAR @ EXIT

4)  RAMAI PEMINTA SEDEKAH & HOMELESS PEOPLE.. menakutkan bila diorang datang dekat2 kita dan mula merayu2 mintak duit.. hadoi la..

Kami berpusing2 dalam Central tu lebih kurang sejam gak.. Mencari2 tourist centre.. dari hujung stesen sampai ke hujung satu lagik kami jalan, naik lif, turun lif, naik escalator, turun escalator, tak jumpa tourist information centre.. Pastu jumpa polis, tunjuk alamat Hotel, dia boleh angkat bahu kata “me dont know..”  Yang sorang lagik kata “its far away from here, its not around here, u must take a tram to the hotel.. thats all i can help!” Adoi, stress!!!

Pas dah pening2 pusing2 dalam central, kami keluar, jalan tanpa arah & duduk sekejap kat luar.. Saya pulak ambik giliran pegi tanya orang.. Pegi ke sebuah muzeum berdekatan, dia kata kena naik tram & turun kat satu stesen apa ntah, payah nak sebut.. Katanya kalau naik cab dalam 80Euro.. kecut perut saya dengar dia kata 80Euro!!

Masa kami buat booking, nampak cam mudahnya nak pegi ke hotel tu dari Brussels Central, sebab tu dengan confidentnya kami book!!  Badan dah penat, otak dah serabut, hari pun dah mendung cam nak ujan.. Hubby cam dah give up, dia rasa nak patah balik ke Amsterdam & spend the rest of the holiday kat Amsterdam je.. Tapi saya berkeras gak nak stay di Brussels.. Rugi la kan dah sampai nak balik.. huhu.. So kami ambik keputusan, pegi balik ke Central, jumpa sorang sukarelawan WWF, dia kata kalau naik cab dalam 30-40Euro..

Saya bincang2 balik dengan suami, beranikan diri tanya cab driver.. Bila tunjuk alamat dia terus kata – Owh, Retro Hotel? Come2, 10Euro only from here!  kami ingat salah dengar so kami tanya balik “10Euro for the 3 of us?” “Yes2.. come2, its only 5 minutes from here”.. Ha.. apa lagi, terus campak semua beg dalam boot & berdesup teksi Mercedes tu membawa kami betul2 depan hotel.. Kalau ler saya tau 10Euro, dari awallllllllllll dah naik cab, takder ler berpusing2 cam bengong! hahah.. Apa2 pun, ia pengalaman yang sangattt berharga, lepas ni kalau book hotel, kena tanya dengan hotel cam mana nak gi sana dengan public transport, tak leh bergantung pada google map aje! :p

Check in memang cepat, dalam 10 minit je camtu.. Hotel ni betul2 tepi jalan, ada Carrefour Express kat bawah dia, depannya pula kedai makanan halal, so memang saya suka 🙂  Biliknya pun luas, katil yang comfortable, siap ada sediakan baby cot untuk anak saya..

Retro Hotel Brussels 5 Retro Hotel Brussels 1 Retro Hotel Brussels 2 Retro Hotel Brussels 3 Retro Hotel Brussels 4

 

Carrefour Express Brussels

First day di Brussels, kami jalan2 di sekitar hotel je, sebab badan dah penat dan cuaca pun tak mengzinkan, hujan jugak.. 🙁  Saya tak ingat pukul berapa saya tertidur, saya tersedar jam 1.30 pagi camtu.. Dari balkoni hotel, nampaklah lampu2 jalan yang cantik.. Hajat hati nak merasa angin malam, jadi dengan gagahnya saya buka tingkap.. Haaaaaaaaa, hambik kau, angin sejuk gila sampai ke tulang rasanya! haha.. terus tutup balik dan carik selimut! :p

Hari kedua, 23/05/2013, kami bersarapan ala kadar aje, hajat hati nak makan waffles kat Grand Place puas2.. hehe.. So pagi2 tu dah keluar, dengan tujuan utama, nak ke Grand Place.. Lepas ambik map dari Receptionist, dah study map sume, kami memulakan perjalanan.. Masya-Allah, cuaca di Brussels pun sejukkkkk, double sejuk dari Antwerp & Ghent.. Dah pakai 6 lapis pun sejuk lagik! Perjalanan dari hotel ke Grand Place mengambil masa lebih kurang setengah jam.. Kalau kat Malaysia, memang dah berpeluh sana sini tapi sebab angin nyaman kat sana, rasa santai je.. Di sepanjang perjalanan, ada banyak bangunan2 menarik, dan arca2 yang kami tak tau apa tujuannya..

Arca di Brussels Cartoon di Brussels

Sebelum sampai ke Grand Place, anda akan temui The Saint Hubertus Royal Gallery.  Dalam ayat paling simple, tempat ni adalah tempat shopping barang2 berjenama macma Longchamp, Rolex, kain2 lace, coklat, jam, topi dan macam2 lagik la.. Ni sumber yang saya dapat dari Wikepedia:-

Galeries Royales St Hubert History

Galeries Royales St Hubert History 2

Dari pandangan individu, tempat ni memang cantik.. kalau malam lebih cantik lagik rasanya.. Jangan tanya saya ranging harga barang2 berjenama kat sini sebab saya cuma MAMPU TENGOK, tak mampu nak beli.. haha.. Jom2 tengok gambar2 yang sempat suami snap di The Saint Hubertus Royal Gallery 🙂


Galeries Royales St Hubert 1 Galeries Royales St Hubert 2 Galeries Royales St Hubert 3

Galeries Royales St Hubert 11 Galeries Royales St Hubert 4 Galeries Royales St Hubert 5 Galeries Royales St Hubert 6 Galeries Royales St Hubert 7 Galeries Royales St Hubert 8 Galeries Royales St Hubert 9 Galeries Royales St Hubert 10

 

Masa kat sini, anda dah boleh bau coklat & waffles tau.. perut dah lapar dah masa tu.. huhu.. Dari sini, anda ikutttt je lorong tu sehingga ke exit satu lagi, kemudian jalan lurus, anda akan terus nampak Grand Place, memang tak akan sesat 🙂

Grand Place Brussels 3

Inilah dia banguna Grand Place, kalau anda ke Brussels dan tak singgah ke sini, bagaikan tak lengkap perjalanan anda.. Masa tiba kat sini, awan dah mendung sangat2 dah, macam dalam gambar.. Angin makin kencang, pastu turun hujan batu ok!! terkejut sangat tengok air hujan besar2 kuku, first time dalam seumur hidup tengok hujan batu! Sayangnya tak sempat ambil gambar sebab dah terlalu sejuk & sibuk cari tempat berlindung..

 

 

Kami berteduh sekejap kat bangunan bersebelahan dengan Grand Place tu, tak ingat apa namanya.. Tapi kat situ, barang2 sangat murah, ada scarf, baju2, barangan kulit, kasut, beg tangan dan macam2 lagi la.. Lebih kurang 15 minit pusing2 dalam bazzar tu, kami jengah ke luar, hujan dah teduh tapi angin masih kuat so kami decide pi makan dulu.. Ada satu Subway yang halal di Grand Place ni, ada tulisan HALAL di depan kedai, jadi makan lah tanpa rasa ragu2.. hehe.. Tak ada apa yang special pasal Subway ni, sama je cam kat Malaysia.. harganya – 7.51Euro untuk 2 kopi, 1 coke, 2 chocalate cookies dan satu 1 foot long Italian Special..

Sebelum pi ke Subway tu, sempat beli dua waffles Belgium.. My verdict? – Waffles di Antwerp jauh lebihhhhhhhhhhhhhh sedap!  Waffles di Belgium ni agak keras sikit dari yang di Antwerp.. Rasa dia pun plain je, kalau waffles Antwerp tu, ada rasa manis, rasa vanilla, rasa cinnamon sikit, rangup di luar, lembut di dalam.. Tapi tu pandangan saya la, tekak masing2 kan?? Ramai pelancong Malaysia kata waffles in Brussels is the best, tapi bagi saya Antwerp is better 🙂  Waffles tu besar tapak tangan orang dewasa, kenyang la kalau makan sorang..

Halal Subway at Brussels

Lepas dah makan kat subway ni, cuaca nampak cam dah ok.. So kami pun bergerak semula ke Grand Place.  Masa ni tengah sibuk dengan preparation untuk Jazz Festival, so ramai la orang.. Dan sayangnya, ada satu pentas utama yang dibina menutup sebuah bangunan yang sangat klasik di belakangnya 🙁  Insya-Allah esok saya sambung ye dengan cerita & gambar2 di Grand Place..

Salam Ramadhan sekali lagi buat semua pembaca, jangan membazir di bulan yang mulia ini, berbelanja ala kadar aje kat pasar ramadhan tu, jangan beli banyak2 pastu tak makan! hehe

Salam sayang

Ayu Fatarina.

Merentas Sempadan 3 – Dari Ghent Ke Brussels – “Budak Biadap”

Waffle Meneken Piss

Pelawat menemui web ini melalui carian:

fakta anak keempat