Tag Archives: pengangkutan di london

Harrods

Autumn In London – Harrods of Knightsbridge

Assallammualaikum wbt

Harrods terkenal sebagai sebuah tempat membeli belah yang wajib dikunjungi di Kota London.  Saya mmg nak sangat ke Harrods ni sebab selalu tengok aje gambar bangunannya kan, teringin betul nak tengok bangunan ni dengan mata sendiri.

So, awal pagi kami mulakan dengan breakfast telur dan roti bakar aje.  Bila cuaca sejuk, kena pulak dengan roti bakar, mmg heaven la.. Makan apa pun jadik sedap bila cuaca sejuk dan perut lapar kan hehe..

Kami ke Harrods dengan menaiki bas.  Anda juga boleh menaiki tube untuk ke Harrods.

Saya syorkan anda refer kepada web rome2rio.com utk perjalanan, mudah dan anda boleh budget masa.. Berikut saya sertakan screen shot utk perjalanan dari Bayswater ke Knightsbridge.

bayswater-to-knightsbridge-by-bus

baywwater-to-knighstbridge

Kalau anda naik bus, bus akan berhenti betul2 depan Harrods.

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Kalau naik tube pulak, kena jalan sikit.. tak jauh mana pun..

harrods-knightsbridge-london-tube-station-2 harrods-knightsbridge-london-tube-station-3 harrods-knightsbridge-london-tube-station

Stationnya pun cantik kan..

Bila dah sampai tu, mmg teruja la tengok Harrods.. Bukan nak shopping pun, cuma nak tengok Harrods depan mata haha..

Harrods

Harrods

harrods-knightsbridge-london-2

Bangunan di sekeliling Harrods ni pun cantik2 tau.. Masya Allah, macam mana la diorang ni buat bangunan dulu tanpa teknologi yang canggih kan?

knightsbridge-london-2 knightsbridge-london-3 knightsbridge-london-4 knightsbridge-london

Dah puas ambik dan tengok bangunan sekeliling, kami pun masuk window shopping.. pada yang mmg ada banyak duit tu, boleh la membeli belah barang2 berjenama kat sini.. kami tak belek harga pun, just masuk dan tengok2 je

kami cuma habiskan masa dalam setengah jam di toys section, melayan keterujaan anak saya tengok toys dan ambik gambar 🙂

harrods-knightsbridge-london-4 harrods-knightsbridge-london-5 harrods-knightsbridge-london-6 harrods-knightsbridge-london-7 harrods-knightsbridge-london-8 harrods-knightsbridge-london-9 harrods-knightsbridge-london-10

di luar Harrods ni, ada street perfomers.. time kami pi tu ada la seorang pemain bag pipe dan sorang lagi dok ukir anjing dari pasir.. nampak real anjingnya..

harrods-knightsbridge-london-12 harrods-knightsbridge-london-13

Dari sini, kami berjalan kaki ke Hyde Park untuk ke Tower Bridge, dan ini satu kesilapan besar untuk kami.. Nanti saya ceritakan kenapa ye..

xoxo

 

Autumn In London – Oyster Card

Assallammualaikum wbt

Bestnya orang yang kerja di Selangor, cuti free hari ni.. Saya pulak dok Selangor, tapi kena kerja sebab opis kat KL.. huwaaa, bercinta betul nak bangun pagi2 tadi, jealous tengok suami dengan anak seronok golek2 atas katil sebab diorang cuti! Ini tidak adil! Haha..

Takpe, kita tepikan kecemburuan itu, kita sambung pasal pengangkutan di London. Sebut pasal pengangkutan, mesti semua dah terbayang tube underground di London. Ya, memang tepat sekali.. tapi buat pengetahuan anda, bus juga sangat sangat sangat efficient di London.

Sebelum kita cerita tentang bus, saya nak cerita pasal Oyster Card. Oyster Card ni WAJIB dibeli sebelum naik bus atau tube. Sekeping Oyster Card berharga 5 pound atau 3 pound. Kedua2 Oyster Card ni sama je, Cuma kalau anda beli yang 5 pound, boleh dipulangkan semula & anda akan dapat semula 5 pound anda. Saya tak beli masa di sana, sebab ada kawan yang baik hati pinjamkan 2 card untuk saya. Dari pembacaan, anda boleh pulangkan di mana-mana kaunter station underground untuk mendapatkan refund.

Oyster Card

Oyster Card ni boleh dibeli di mana-mana station underground. Jangan risau, staff underground sangatlah membantu, dan pembelian di machine ticket adalah sangat mudah. Masukkan duit dan beli Oyster Card, lepas tu kena top up. Oyster Card ni telah diprogramkan untuk memberikan penjimatan maksima kepada anda. Semasa pembelian di machine ticket tu, anda boleh pilih 1 day travel. Secara automatik, tak kira berapa kali pun anda touch tube / bus, perbelanjaan pengangkutan anda akan dihadkan kepada 9 pound sehari (nanti saya semak semula, tak berapa ingat sebab kawan tu dah tolong top upkan sebelum pinjamkan card).

Oyster Card 2

Oyster card ni boleh digunakan di pengangkutan berikut:-

Oyster Card

Untuk pembacaan lanjut, anda boleh rujuk di web ini – https://www.visitbritainshop.com/world/london-visitor-oyster-card/

Ok, sekarang nak cerita pasal bus. Saya memang salute la dengan bus di London ni, on time, bersih dan efficient. Anda cuma perlu satu map saja, di mana nombor bus dan tempat tarikan pelancong telah dinyatakan. Sepanjang berada di London, memang kami anak beranak naik bus aje, memang tak gunakan tube. Ada dua sebab utama kami hanya menggunakan bus:

1) Dapat lihat pemandangan dan bangunan sekitar London; dan
2) Mudah nak bawak naik stroller anak saya.

Bus merupakan cara yang paling mudah untuk anda mengelilingi kota London. Puas kami naik bus merah dua tingkat tu, memang seronok tengok bangunan-bangunan lama dan taman-taman di London, wah sana, wah sini, macam rusa masuk kampung saya dibuatnya hehehe.. Kalau naik Hop On Hop Off, sangatlah mahal, padahal lalu di tempat yang sama.. Cumanya mungkin lebih mudah sebab bus Hop On Hop Off tu akan terus pergi ke destinasi tarikan pelancong, manakala dengan bus biasa, anda perlu study map dan pastikan anda naik bus yang betul.

Saya ada map tempat2 menarik dan wajib dilawati di London yang ingin saya jual, tapi belum sempat ambil gambar. Nanti saya upload berserta harga. Dengan adanya map ni, anda tak perlu risau lagi, tak perlu buat research lagi, just tengok map, pastikan tempat apa yang anda nak pergi dan just naik bus, settle! Hehe

Bye for now, insya Allah to be continued soon..