Tag Archives: #pasarkaratmuar

Cuti-Cuti Malaysia – Pasar Karat Santai, Muar

Assallammualaikum wbt

Pasar Karat bukanlah sesuatu yang asing di zaman ini. Dalam arus penuh teknologi dan kemodenan ini, manusia menjadi rindu pula kepada barang-barang lama.ย  Saya kira, disebabkan faktor ini, bermula dari kecil-kecilan, akhirnya Pasar Karat menjadi fenomena biasa di kalangan penggemar dan pengumpul barang2 lama. Jangan tanya saya kenapa pasar ini dipanggil Pasar Karat ye, mungkin kerana ada barang2 lama yang berkarat di jual di pasar ini, jadi itulah nama yang difikirkan sesuai sekali.. Namun jangan terpedaya, barangan karat dan lama ini kadang kala mencecah ratusan dan ribuan ringgit, kerana ada yang sudah pupus, lantas menjadi barang โ€œrareโ€ dan berharga.

Salah satu Pasar Karat yang pernah saya lawati ialah di Pasar Karat Santai, Kesang Laut, Muar, Johor. Di sini, anda boleh jumpa berbagai2 jenis barang2 lama, dari zaman 70an, 80an dan 90an.. kalau lebih bernasib baik, ada barang2 dari zaman 50an, 60an dan 70an..

Pasar Karat Muar Johor

 

Di sini saya lampirkan setiap informasi mengenainya.. Saya tidak pasti mengenai waktu operasi, saya assume setiap Sabtu & Ahad sebab setiap kali saya lalu pada hari2 tersebut, Pasar Karat Santai ini dipenuhi pengunjung..

Waktu Operasi Pasar Karat Santai, Muar

Jom kita tengok, apa yang ada di Pasar Karat Muar ni ๐Ÿ™‚Barangan di Pasar Karat Muar

Setiap barangan lama yang dilihat di sini, pastinya menggamit memori zaman kecil.. Saya tersenyum sendirian bila melihat pelita, pinggan dan mangkuk serta tin milo dulu2.. memang secara automatik, anda akan kembali mengenang nostalgia lama sewaktu kanak-kanak.. Teringat makan beramai-ramai bersama nenek, datuk, makcik, pakcik, sepupu dan jiran-jiran.menggunakan pinggan dari corak dan bentuk yang sama.. Bagi yang sensitive dan emotional lebih tu, boleh menitis air mata.. hehe..

Pasar Karat Muar Johor 2 Pasar Karat Muar Johor 3 Pasar Karat Muar Johor 4 Pasar Karat Muar Johor 5 Pasar Karat Muar Johor 6 Pasar Karat Muar Johor 7 Pasar Karat Muar Johor 8 Pasar Karat Muar Johor 9 Pasar Karat Muar Johor 10

Bagi anda yang dalam perjalanan dari Muar ke Melaka, atau dari Melaka ke Muar, apa kata singgah sebentar di sini.. Tak beli pun tak mengapa, cuci-cuci mata kata orang.. Yang paling best, FREE ENTRY, masuk lah, belek la barang di situ berapa lama pun, ianya PERCUMA! Mana tau ada satu dua barang yang berkenan, boleh di bawa balik buat koleksi. Pada masa yang sama, boleh ajar dan tunjuk pada anak-anak, barangan lama yang pernah ada pada zaman kita dahulu.. Mungkin ada anak-anak yang berminat, dan mereka boleh jadikan hobi mengumpul barangan lama ini ๐Ÿ™‚

#pasarkaratmuar

#pasarkaratkesanglaut