Tag Archives: Panduan Membeli Minyak Wangi

Panduan Membeli Minyak Wangi

Contoh-contoh minyak wangi yang ada di pasaran

Assallammualaikum..

Amboi, wanginya cik adik yang baru lalu depan saya tadi.. Bukan main harum dan kuat bau minyak wanginya, semerbak satu ofis.. Hehehe..

Ada orang yang tidak memilih dalam membeli minyak wangi, asalkan ia dapat membuat badan berbau wangi dan segar, mereka akan membelinya.  Ada pula yang mementingkan jenama, dan tidak membeli sewenang-wenangnya.  Namun demikian, adakah mereka pasti mereka membeli minyak wangi yang tulen?  Di sini saya sertakan beberapa tips membeli minyak wangi yang tulen, Insya-Allah..

1)  Tempat jualan

Minyak wangi yang tulen biasanya dijual di pasaraya-pasaraya besar atau di kedai-kedai yang menjual minyak wangi sahaja.  Kalau dijual di pasar malam atau kedai-kedai runcit, sahihlah itu minyak wangi tiruan!

2)  Harga

Secara amnya, minyak wangi tulen adalah produk yang mahal dan boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit.  Oleh itu, seandainya anda terjumpa minyak-minyak wangi berjenama yang dijual dengan harga yang sangat murah, berkemungkinan besar, ia adalah palsu.

3)  Pembungkusan

Bagi minyak wangi palsu, pembungkusannya biasanya kasar, dengan erti kata lain, material seperti kotak dan plastik nampak sangat murah dan tidak kemas.  Adakalanya, logo dan ejaannya juga salah.  Jadi pastikan anda mempunyai bahan rujukan seperti keratan akhbar atau majalah utk membezakan logo dan ejaan minyak wangi tersebut.  Contohnya – yang asli namanya Ninna Ricci, tapi yang paslu dieja sebagai Nina Ricii.

4)  Bau

Minyak wangi palsu biasanya hanya bertahan sejam dua sahaja.  Untuk menilai baunya, semburkan di atas sekeping kadbod kecil.  Masukkan ke dalam handbag atau dompet anda.  Minyak wangi yang asli akan bertahan sehingga 2-3 hari dan baunya akan melekat dalam handbag atau dompet anda.

So, dah tau tip2 ni, pastikan anda tidak tertipu ya!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

minyak wangi,beza perfume original dan tiruan,perbezaan perfume original dengan tiruan,perbezaan minyak wangi original dengan tiruan,perbezaan minyak wangi,minyak wangi dubai,beli minyak wangi online,tips memilih minyak wangi,beza minyak wangi original,perfume original dan tiruan