Tag Archives: panduan cinta

24 jam lagiiiiiiiiii!

Salam dan selamat pagi semua!!!

24 jam lagi!!! ya, 24 jam lagi, ebook PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI akan datang ke pasaran!!  

Mungkin ada perempuan yang berkata – ebook ini untuk lelaki, mengapa saya harus beli?? Owh, adik-adik, kakak-kakak, buku ini bakal meyedarkan anda apa yang ada cari-cari sebenarnya dalam diri seorang lelaki…  Ada kalanya anda menyalahkan orang lelaki kerana tidak mengurat anda, ataupun seakan2 blur walaupun anda sudah beri “hint” yang anda sukakan mereka.. Mereka sebenarnya ada “masalah” lain yang bakal anda ketahui dalam ebook saya ini.. Dan jika anda sudah berpacaran, buku ini mampu dijadikan panduan untuk membentuk kekasih anda agar jadi lelaki yang terbaik untuk anda!!

Untuk para lelaki, ayuh, jangan lepaskan peluang ini!!  Jika selama ini anda tercari-cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan cinta si dia, nah, buku ini ada jawapannya!!  Saya gunakan ayat paling ringkas, paling mudah, anda akan rasa seolah2 anda bercakap dengan saya pabila membaca ebook tersebut!  Dari personaliti kepada aspek agama dan seterusnya kepada cinta dan cara berpakaian, semuanya saya sentuh dalam ebook yang saya tujukan khas untuk para lelaki!!

Ebook ini bukan hanya untuk anda yang masih single, lelaki yang telah berumahtangga atau ada hasrat nak tambah kuota pun sangat2 dialukan untuk membelinya kerana ada kalanya, ada perangai isteri yang tidak anda fahami, dan anda tidak tahu caranya untuk mengambil hati si dia, maka panduan yang saya berikan ada manfaatnya dalam perhubungan anda!!

Jangan lupa, hanya tinggal 24 jam saja lagi dan esok anda boleh mendapatkan buku yang ekslusif dan istimewa ini untuk bacaan anda!!

p/s:  Untuk para affiliate, sedia di garis permulaan, voucher percutian bakal jadi milik anda!!! 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kertas kerja pembinaan pondok bacaan,kuota cinta

Assallammualaikum…

Alhamdulillah.. akhirnya saya sudah ada blog sendiri.. Pada orang lain, ia perkara remeh, memang sudah trend sekarang ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri, tapi pada saya ia sebuah kejayaan kerana sudah lama saya ingin memiliki blog sendiri, tapi cuma hari ini, impian saya tercapai.. Kenapa saya ingin ada blog sendiri? Simple – saya suka mengarang, menulis, saya gemar berkongsi pendapat idea, dan saya suka memberi pandangan..
Seterusnya, anda mungkin bertanya lagi, kenapa MOTIVASI, INSPIRASI dan CINTA?

Semua orang perlukan motivasi dan inspirasi untuk dijadikan panduan dalam mengejar kejayaan, menjadi manusia yang lebih sempurna, matang dan berkebolehan.  Lantaan itu, saya harap tema motivasi dan inspirasi ini dapat menyumbang kepada pembagunan insan yakni teman-teman yang berkongsi pendapat, pengalaman dan pandangan dalam blog saya ini.

Cinta itu luas, love is an endless topic, u can talk about it now, and it will take forever to end.. Cinta itu misteri, ia wujud dalam diri setiap insan, tidak mengira darjat, pangkat, keturunan, umur atau harta.. Nah, pada saat ini anda mungkin akan berkata, ini hanyalah satu blog biasa, yang menghanyutkan.. Saya minta anda jangan bersikap judgmental.. Saya percaya, bab cinta ini dapat dikongsikan oleh pembaca dari semua peringkat usia.. There is something to learn from other people’s life.. Cinta bukan hanya pada kekasih, tapi juga pada Allah, pada Rasul, pada agama, pada ibu, ayah, adik2, kawan2 hatta haiwan kesayangan.. Ada kalanya, cinta inilah yang kita lupakan, yang kita pinggirkan.. Dan itulah yang akan cuba saya sampaikan dalam blog saya nanti..

Blog ini tidak terhad pada motivasi, inspirasi dan cinta sahaja, saya akan menulis tentang berbagai2 fenomena yang berlaku sekarang ini, dan saya harap anda semua akan bersama2 saya dan berkongsi segala-galanya…
Hingga bertemu di nukilan seterusnya.. Jika anda belum lagi mengucapkan kata-kata cinta pada isteri, suami, ibu, ayah atau orang2 tersayang, ucapkanlah hari ini, waktu ini, sebelum ianya terlambat..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tulisan arab hasbunallah,californi? top bloggers top posts,tulisan arab hasbunallah wanikmal wakil