Tag Archives: nafsu

Cinta bukan kerana nafsu…

Assallammualaikum w.b.t..

 

Based on True Story, yang saya dapat dari email seorang teman..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat …..
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.      
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya …..

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…” Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun  melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…

Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah pak suyatno bercerita… Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit …  Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

Subahannallah.. Semoga Allah merahmati & meredhai perkahwinan Pak Suyatno dan memerikan kesihatan kepada isteri beliau.. Aminnnnnn..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

suamiku encik perfect 10,mak datin kesunyian,cerpen kahwin kerana nafsu,novel suamiku encik perfect 10,suamiku encik perfect 10 9,novel suamiku encik perfect 10 9,suamiku encik perfect,novel suamiku encik perfect 10 7,cinta kerana nafsu,cinta bukan kerana nafsu,novel suamiku encik perfect 10 8,suamiku encik perfect 10 7,novel suamiku encik perfect 10 4

Suami saya sudah BEBAS!!!

Assallammualaikum!

Hai semua!!! Lagi 3 hari kita akan berpuasa! Tak sabar rasanya nak menyambut bulan yang mulia ini.. 🙂

Bulan puasa memang dikenali sebagai bulan mengawal nafsu, bulan menambah amalan, dan bulan saling bermaafan antara kita..

Namun, pada bulan puasa juga, bulan yang agak mencabar bagi orang-orang lelaki yang merokok.. Ada yang nampak tak bermaya, ada yang nampak letih, dan ada yang nampak sedihhhhhhh jer, kerana tak dapat bersarapan dengan asap.. Huhuhu.. Maaf, kalau ada yang marah membaca post saya ini, tapi saya pasti kata-kata saya ini ada benarnya..

Mungkin ada yang berkira2 mahu behenti merokok di bulan puasa ini, ada yang berjaya, ada yang tidak.. Yang pastinya, sekali sudah merokok, akan mengambil masa untuk berhenti..

Saya tahu, payah untuk berhenti menikmati asap maut ini, kerana suami saya merupakan seorang perokok tegar sebelum ini.. Asap rokok ialah makanan harian beliau.. 2 tahun bercinta dan setelah berkahwin dengannya, hanya ini sajalah tabiat buruknya yang sangattttttttt saya benci. Smoking, the one and only thing that really annoys me.. Setiap hari saya merajuk dengannya bila dia merokok.. huhuhu

Setiap hari, dalam 2 tahun ini juga, saya buat berbagai2 cara untuk buat dia berhenti.. Dari cara yang halus, hinggalah cara yang kasar.. Saya marah, membebel, bawa balik semua keratan akhbar, suratkhabar, artikel internet, dan apa2 saja risalah tentang keburukan merokok.. Jika itu tidak mencukupi, saya merajuk, diammmmm saje sepanjang hari hingga dia pun tak tau macam mana nak pujuk..

Penghujungnya, saya “tawan” dia dengan cara psikologi.. Saya tahu, suami amat sayangkan saya, amat cintakan saya, dia memang tak suka dan tak boleh lihat saya bersedih.. Saya katakan padanya “Sayang, awak tak sayang B ke? Bila awak hisap rokok tu, awak bukan rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 awak saja tau, awak rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 B juga tau.. Pastu, rahim B pun boleh rosak kalau hidu asap rokok tuh hari2..” Pastu saya sambung lagi “Membazir aje hisap rokok tu, hari2 sayang bakar duit, lepas tuh bukan tambah kebaikan, mendatangkan banyak keburukan pada kita dan orang sekeliling kita.. Atmosfera pun tercemar sebab asap rokok sayang tuh.. Orang sekeliling pun tak suka dengan bau asap rokok tu..”

Then, saya pyscho lagik “B tak nak sayang mati dulu sebelum B.. B nak hidup lama dengan sayang, ada anak2, ada cucu2, pergi menunaikan haji sama2..”

Pastu saya bagi penutup membunuh “Tapi, kalau awak tak sayang kat B, takper la, hisap jer la rokok tu sampai bila2, rokok tuh lagik penting dari B.. ”

Suami peluk saya dan cakap “Ok laaaaaaaa, saya janji saya berhenti mulai esok”.. Yeayyyyyyyyyyy! Berjaya memujuk setelah sekian lama! heheheh

Esoknya, suami berpegang pada janji.. Namun dalam masa seminggu, saya terasa juga “tamparan” akibat kekurangan nikotin dalam otak dan badan suami.. Dia jadi moody, dan susah tidur.. salah cakap, memang kena marah.. huhhu.. Sedihnya masa tu, samapi saya cakap dengan dia, “Yang, kalau kamu rasa tak boleh nak berhenti, teruskan je la hisap rokok, B tak sanggup tengok kamu marah2 macam ni, u act like somebody else, not my lovely, sweet hubby… ” Owh, dia menafikan dia marah2, moody, tapi saya memang perasan sangat.. dia kan suami saya.. I know him inside out la! Hehheheh

Tapi, Alhamdulillah, berkat KEAZAMAN dan KEKUATAN MENTAL yang ada padanya, DIA SUDAH BERJAYA BERHENTI MENGHISAP ROKOK!! Masuk bulan ini, sudah 3 bulan dia berhenti!! Suami saya sudah BEBAS dari ROKOK!!! Tahniah buat suamiku… 🙂

Buat anda semua yang masih berkira2, masih berfikir untuk berhenti, teruskanlah usaha murni anda.. Jadikan bulan puasa ini permulaannya.. Kuatkan azam & semangat, anda PASTI BOLEH!! Mungkin tips2 ini boleh anda gunakan untuk berhenti merokok:-

1) Niat untuk berhenti merokok kerana Allah
2) Tandakan di kalendar tarikh anda bertekad untuk berhenti merokok
3) Buang semua benda yang mengingatkan anda pada rokok – ashtray, lighter, kotak rokok kosong
4) Beli Febreeze, sembur pada tilam, sofa, langsir & karpet dan mana2 tempat yang dah menyerap bau rokok.. Kalau boleh, cuci semua alas2 bantal, cadar, alas sofa etc
5) Beli pewangi rumah seperti ambi pur @ glade, dan sembur rumah anda setiap hari, atau beli yang ada penyembur automatik
6) Kunyah chewing gum, @ gula2 setiap kali ingin hisap rokok
7) TOLAK semua pelawaan untuk hisap rokok, dan umumkan bahawa anda sedang dapam proses berhenti merokok.. Biarlah mereka ketawa.. Mereka sebenarnya yang rugi..
8) Minum banyak jus2 seperti jus epal, jus oren dan jus lemon.. Anda juga boleh minum air halba.. ia baik untuk membantu anda berhenti merokok.. Hanya rendamkan halba itu semalaman, dan minum esoknya. Anda juga boleh amalkan makan madu..
9) Cari girlfriend @ suruh isteri anda membebel @ mengingatkan anda agar berhenti merokok setiap hari (seperti yang saya lakukan! hahahahah)

Ok, itu antara tips2 yang saya amalkan ketika dalam proses membuat suami berhenti dari merokok.. Ingat, yang paling pernting ialah KEKUATAN MENTAL!!! Sentiasa fikirkan YANG ANDA BOLEH BERHENTI MEROKOK!!!

Saya doakan anda semua juga berjaya membuang tabiat menyedut asap maut itu.. Ingat orang2 yang anda sayangi, mereka juga terkena kesan dari perbuatan sia2 anda itu..

To my hubby – CONGRATS MY LOVE, u are such a wonderful man, and u will always be.. Love u so much!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa supaya suami berhenti merokok,saya sayang suami saya,doa berhenti merokok,doa agar suami berhenti merokok,amalan berhenti merokok