Tag Archives: motivasi

Great Grandma and 40-year-old tie the knot

Falling in love – literally

Semasa mengemas sebuah kotak yang penuh dengan nota-nota dan email-email lama, mata saya tertancap pada sebuah keratan akhbar dengan tajuk di atas.

Keratan tersebut adalah daripada akhbar berbahasa Inggeris (saya tidak pasti akhbar apa), bertarikh 07.09.2005.

Begini isi kandungan artikel tersebut:

“A 71-year-old great grandmother and her 40-year old boyfriend got married after living together for a year in Singapore, reported Sin Chew Daily.

Aiu Jin Bao, in recalling her first encounter with Mokhtar, her bridegroom, said he came to help her after she had fallen in the compound of a flat about two years ago.

Since then, seh said, Mokhtar, who lives in a unit on the second floor of the same block, would carry her groceries up to her unit on the sixth floor.

Six months later, Mokhtar moved into Qiu’s house after getting the permission of Qiu’s children, the report said.

Qiu, a muslim convert, said they still had a “healthy physical relationship” despite her advanced age.

Mokhtar looked at ut this way – that it is good to have a wife 31 years his senior “as othe men would not woo Qiu”.

He furthe said that “I never had any relationship with women before meeting Qiu, I hope to start a family with her”.

Hmm.. apa yang anda rasa setelah membaca artikel ini?  Saya pasti masing-masing ada pandangan sendiri.  Sesetengah mungkin berkata, lelaki itu mahukan hartanya, ada yang berkata, lelaki itu gila dan perempuan itu pula tidak sedar diri!  Mungkin ada yang berkata “Owhhhh.. so sweeeet”.  Apa-apa sahaja pendapat anda, kita harus sedar bahawa cinta dan jodoh sesuatu yang ditentukan oleh Allah.  Cinta dan jodoh selalunya hadir tanpa kita sedari, dan mungkin pada orang yang paling tidak kita sangka.. Jadi seandainya anda masih belum menemui cinta, yakinlah ada yang telah tercipta untuk anda, cuma masanya belum tiba lagi..  Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.. Jangan berhenti berdoa, usaha dan tawaqal!

Owh, untuk para lelaki, anda mungkin boleh menemui tip-tips menarik untuk memenangi hati gadis idaman anda dalam e-book saya – Panduan Cinta untuk Lelaki.  Jangan lupa pelancarannya pada 07.06.09 ini!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikmal nasir

Assallammualaikum…

Alhamdulillah.. akhirnya saya sudah ada blog sendiri.. Pada orang lain, ia perkara remeh, memang sudah trend sekarang ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri, tapi pada saya ia sebuah kejayaan kerana sudah lama saya ingin memiliki blog sendiri, tapi cuma hari ini, impian saya tercapai.. Kenapa saya ingin ada blog sendiri? Simple – saya suka mengarang, menulis, saya gemar berkongsi pendapat idea, dan saya suka memberi pandangan..
Seterusnya, anda mungkin bertanya lagi, kenapa MOTIVASI, INSPIRASI dan CINTA?

Semua orang perlukan motivasi dan inspirasi untuk dijadikan panduan dalam mengejar kejayaan, menjadi manusia yang lebih sempurna, matang dan berkebolehan.  Lantaan itu, saya harap tema motivasi dan inspirasi ini dapat menyumbang kepada pembagunan insan yakni teman-teman yang berkongsi pendapat, pengalaman dan pandangan dalam blog saya ini.

Cinta itu luas, love is an endless topic, u can talk about it now, and it will take forever to end.. Cinta itu misteri, ia wujud dalam diri setiap insan, tidak mengira darjat, pangkat, keturunan, umur atau harta.. Nah, pada saat ini anda mungkin akan berkata, ini hanyalah satu blog biasa, yang menghanyutkan.. Saya minta anda jangan bersikap judgmental.. Saya percaya, bab cinta ini dapat dikongsikan oleh pembaca dari semua peringkat usia.. There is something to learn from other people’s life.. Cinta bukan hanya pada kekasih, tapi juga pada Allah, pada Rasul, pada agama, pada ibu, ayah, adik2, kawan2 hatta haiwan kesayangan.. Ada kalanya, cinta inilah yang kita lupakan, yang kita pinggirkan.. Dan itulah yang akan cuba saya sampaikan dalam blog saya nanti..

Blog ini tidak terhad pada motivasi, inspirasi dan cinta sahaja, saya akan menulis tentang berbagai2 fenomena yang berlaku sekarang ini, dan saya harap anda semua akan bersama2 saya dan berkongsi segala-galanya…
Hingga bertemu di nukilan seterusnya.. Jika anda belum lagi mengucapkan kata-kata cinta pada isteri, suami, ibu, ayah atau orang2 tersayang, ucapkanlah hari ini, waktu ini, sebelum ianya terlambat..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tulisan arab hasbunallah,californi? top bloggers top posts,tulisan arab hasbunallah wanikmal wakil